Sunday 31 July 2011

BERSIHKAN DIRI DI BULAN RAMADHAN

Episod haru biru BERSIH 2.0 yang memualkan, penuh tipu daya dan jelas melambangkan betapa bobroknya minda umat kerana mudah diperkotak katik dan dipengaruhi oleh anasir anti-Islam sudah berlalu. Kata bijak pandai, 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Dan Ramadhan yang tiba adalah platform terbaik buat umat ini muhasabah diri. Merenung kembali apa yang telah kita lakukan selama ini. Sejauh mana adilnya kita, ihsannya diri ini sesama manusia dan makhluk yang lain.

Dan yang lebih penting, nafsu dapat ditundukkan di bulan yang mulia ini. Dengan berlapar, berdahaga disiang hari mudah-mudahan dapat membuka minda hati, melemahkan emosi amarah dan yang tidak ketahuan punca. Dalam situasi lapar, kita diajak bersabar, menginsafi penderitaan orang lain, yang kadangkala'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.Ini yang wajar direnungkan dan diinsafi, bukannya 'demonstrasi pagi dan petang' dan bermimpi ke putrajaya dengan jalan yang tidak diundang..

Alhmadulilah umumnya di Malaysia, 'rakyatnya ramai yang mati dek kerana terlebih makan'.Jarang kedapatan kes 'mati kerana tak cukup makan'. Penyakit kronik yang berkaitan dengan tabiat pemakanan, misalnya darah tinggi, kencing manis, jantung, barah kian meningkat.. Maka puasa adalah terapi yang bukan sahaja punyai penemuan saintifik untuk menyahkan toksin dalam badan dan penyakit berkaitan malah diakui misalnya oleh pakarpemakanan sedunia seperti Dr Henry Beller.

Mujarab dan afdalnya puasa punyai seribu satu rahsia, justeru itulah kenapa difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w

Dan dibulan yang mulia ini, lakukanlah gencatan senjata terutamanya di kalangan ahli politik yang tak sudah-sudah, makan politik, tidur politik dan mimpi politik. Tentang ibadah malamnya pula usahlah digaduhkan tentang perihal terawih, 8 rakaat ka 21 ka, kenapa harus bertelagah tentang perkara sunat sehingga kita sanggup bergaduh dan bermasam muka, walhal menghubung silaturahim dan berbaik sesama saudara Islam adalah tuntutan agama yang wajib.

Bagi puak yang suka berbohong sehingga isu mati pun nak berbohong, yang ketagih mikrofon, diharap di bulan yang mulia ini, henti-hentikanlah autakan rakyat. Tidak perlu pula menjelajah ke segenap surau, masjid, atas nama tazkirah Ramadhan, untuk memburukkan orang itu dan mengaibkan orang ini. Ramadhan bulan ibadah dan diharapkan selepas Ramadhan, melalui asuhan dan latihan MADRASAH RAMADHAN, jiwa UMAT INI lebih terkesan, beradab, berhemah, unggul dan tidak lagi bercakar sesam sendiri. 'BERSATU KITA TEGUH, BERPECAH KITA ROBOH'.




No comments:

Post a Comment