Tuesday 20 September 2011

SEMOGA MOMENTUM TERUS DIPERHEBAT

Minggu ini dua event terbesar dianjurkan BN Kedah,20 hb September, Jamuan Hari Raya di Stadium suka menanti. Melihat dari sudut kuantiti atau bilangan yang hadir ternyatalah UMNO/ BN Kedah masih ada pengikut dan para simpatinya.

Dan pada 24 hb september nanti bakal berlangsung konvensyen BN Kedah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit.

Memang benar diperingkat pusat, UMNO dan BN telah diberi suntikan transformasi oleh YAB PM. Cuma sikap mahu berubah dan beranjak kepada model dan budaya politik baru harus turut seiring di peringkat akar umbi. Biar ada laungan di pusat diikuti tindakan sepadu di Bahagian dan Cawangan.

Hakikatnya ramai rakyat dan pengundi Kedah masih sayang dan yakinkan UMNO dan BN Kedah. Memang ramai yang menyesal mengundi pakatan rakyat dalam PRU ke-12 yang lalu. Kesan undi merajuk, undi marah, undi sabotaj dan undi balas dendam. Benarlah pepatah melayu menyebut, orang Melayu khususnya sering mengamalkan tindakan, 'MARAHKAN NYAMUK kelambu di BAKAR'.

Dalam keadaan emosi, marah, pertimbangan rasional ditolak ketepi, bangsa ini lazimnya menyesal setelah berlakunya sesuatu perkara, jarang ada usaha untuk mengamalkan prinsip 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI'.

Namun dalam pada kita mengharapkan rakyat dan pengundi di Kedah kembali yakin dan menyokong UMNO dan BN Kedah, barisan pimpinan dan ahli UMNO/BN sendiri harus menunjukkan teladan. Bersatu, berpadu, bersetia, taat pada parti, mendokong parti, mengutamakan parti dan tidak mempunyai agenda peribadi.

Ingatlah sentiasa pesan YAB PM, jika UMNO/BN tidak berubah UMNO/BN pasti rebah. Barang yang lepas jangan dikenang, kenalpasti kelemahan dan kesalahan lalu, bingkas bangun gerakkan jentera, kukuh dan rapatkan barisan, dekati rakyat sentiasa, ubah diri, pendekatan dan cara gerakerja, biar rakyat merasa selesa, yakin dan percaya, BAHAWA UMNO/BN, dulu kini dan selamanya adalah pembela rakyat yang UTAMA.

DAHULUKAN RAKYAT, UTAMAKAN RAKYAT..itulah yang patut menjadi pedoman kita...pasti PRU ke-13 nanti, UMNO/BN Kedah akan beroleh jaya, dan menghapus segala duka yang membelenggu rakyat Kedah yang dilingkungi awan mendung semenjak bernaung di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih banyak retorik dari usaha terbaik...

Kita berusaha dan bermunajat kepada Allah s.w.t,, mudah-mudahan perjuangan UMNO/BN diberi rahmat dan laluan mudah, agar KEDAH KEMBALI melangkah GAGAH...


Sunday 18 September 2011

SYOK SENDIRI... :D hehehehe

Di antara perkara paling disukai manusia apabila dirinya dipuji, dipuja dan segala arahannya diikuti oleh pengikut setia yang taksub semborono tanpa mahu memikir sedikit menggunakan akal lojik anugerah Allah s.w.t.

Ramai dikalangan manusia yang langsung tidak boleh menerima teguran, krtikan dan sentiasa menganggap dirinya 'maha betul' dan orang lain selama-lamanya salah. Golongan jenis ini sentiasa berfikiran terhad dalam ruang lingkup dirinya sahaja lantas tidaklah menghairankan akan menyatakan apa jua yang dilakukan manusia lain semuanya tidak betul.
Mat Sabu Ka... Tu !!!???...

Berbalik kepada cerita syok sendiri...banyak gejala seperti ini kian menjadi budaya hidup. Misalnya apabila melakukan kenduri kahwin, yang mahu digahkan adalah hiasan pelamin, hantaran kahwin yang puluhan atau ratusan ribu, persiapan khemah lima bintang dan jemputan kepada golongan tertentu sahaja. Katering pula diambil dari jenis yang bertaraf 5 bintang.

Maka dari sudut luaran majlis sebegini tentulah akan mendapat pujian namun dari sudut pengisian terasa hambar dan kurang impaknya. Apa tidaknya, jemputan kepada saudara mara , iiran terdekat tidak dihulurkan, sebaliknya jemputan dalam bentuk kad eksklusif kepada VIP yang jauh sanggup didahulukan. Jemaah surau dan masjid setempat juga tidak dilibatkan untuk memeriahkan majlis, selain penduduk setempat langsung tidak dikhabarkan untuk membolehkan muafakat dan gotongroyong dan kerjasama sepadu melaksanakan majlis dilaksanakan. Maka inilah yang dikatakan syok sendiri, gah secara luaran tetapi menyebabkan hati dan perasaan golongan sepatutnya dirai diketepikan.

Program politik juga banyak yang seperti ini. Apabila mahu diadakan majlis, konsep selalunya terbalik, yang mahu diutamakan untuk diraikan adalah pemimpin atau golongan VVIP yang bakal datang merasmikan majlis tersebut. Demi meramaikan majlis muka-muka yang sama sahaja dijemput, yang tidak menyokong dipinggirkan, inilah kesalahan tipikal penganjuran program. Keutamaan dilebihkan kepada persiapan kosmetik bukankan impak program. Majlis persiapan menelan belanja puluhan dan ratusan ribu namun kesannya tidak seberapa. Jika ada sumbangan, senarai nama yang diberi perhatian hanyalah dari kalangan saudara mara atau golongan yang dikenali, sedangkan yang berhak dan benar-benar layak dapat diketepikan.

Maka jadilah program politik berkenaan tidak mencapai matlamatnya, syok sendiri dan hanya disulami dengan ucapan puji-pujian kepada pemimpin atasan yang datang merasmikan selain diraikan dengan hidangan yang enak-enak walhal fokus untuk meraikan rakyat, pengundi melalui majlis yang dianjurkan sama sekali telah diabaikan.

Maka wajarlah ingatan PM, bahawa jika membuat program politik atau apa jua majlis sekalipun elakkan mengadakan program bersifat SYOK SENDIRI. Pentingkan dan dahulukan OUTCOME, agar rakyat, penduduk, atau warga yang menghadirinya benar-benar diraikan dan mendapat manfaat tanpa mengira latarbelakang mereka itu dari sudut ideologi politik.,kaum, agama, budaya dan status sosial... Lagi Syok !!! dekat sini...

Hakikatnya RAKYAT MALAYSIA.....

Sama ada disedari atau tidak keunikan Malaysia terletak pada lanskap sosio budaya dan kekuatan dasarnya. Lebih 40 etnik di Sabah dan Sarawak, 3 etnik utama di Semenanjung, 13 buah negeri, 9 orang raja Melayu dan 4 orang Yang Dipertuan Negeri.

Malaysia memilih demokrasi berparlimen, dengan kuasa memilih kerajaan terletak di tangan rakyat melalui undi setiap 4 atau 5 tahun sekali.

Naik atau jatuhnya sesebuah parti politik sebagai kerajaan sama ada diperingkat negeri atau persekutuan adalah perkara biasa. Pemimpin dan sistem yang terlaksana di Malaysia bukanlah bersifat autoritarian dengan mewariskan kepimpinan dari ayah ke anak.

Pemimpin yang ada juga tahu bila masa untuk turun, dan peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan lazimnya berlaku dalam suasana aman dan teratur. Wujud institusi pelbagai sebagai pengimbang dan pengawas agar kuasa satu institusi tidak melebihi yang lain.

Pentadbiran awamnya bersifat perkecualian, dikatakan mereka must obey and administer the country and support the present goverment. Dengan lebih 1.2 juta kakitangan mereka telah berjaya memastikan urusan pentadbiran negara dilaksanakan dengan lancar melaui arahan dan panduan dari jemaaah Menteri.

Pasukan keselamatan seperti PDRM dan ATM pula sentiasa siapsiaga, dan telah terbukti berjaya menangani banyak krisis sama ada dhraurat 1948-1960., ancaman komunis, Tragedi 13 Mei 1969, tuntutan puak pelampau, dan para demonstrator yang hanya tahu berteriak untuk memenuhi hajat segelintir puak mereka tanpa mahu memikirkan suara majoriti yang terdiri dari 14 juta pengundi berdaftar dan 28 juta rakyat Malaysia.

Umumnya etnik utama seperti Melayu, Cina , India, Iban dan Kadazan mampu hidup aman semenjak Malaysia merdeka 1957. Berlainan bahasa, agama,,budaya bukanlah satu masalah untuk integrasi dan perpaduan antara kaum dipupuk. Sungguhpun kadangkala isu-isu sensitif seperti perkauman, agama dimainkan oleh puak 'fundamentalis kaum' yang cuba meniup api dalam sekam, namun pendekatan pencegahan yang diambil melalui ISA, Ordinan Dharurat ternyata berkesan.

Rangkuman keseluruhannya menjadikan MALAYSIA aman, stabil dan makmur sehingga menjadi negara dagang pada kedudukan tangga ke-16 di dunia. Ramai pelabur dalam dan luar mengintai peluang kerana kestabilan politik. Urustadbir dan transformasi sentiasa disuntik agar sistem pentadbiran dan dasar kerajaan pro rakyat dapat ditegakkan.


Dan dinamisme pentadbiran serta kestabilan inilah yang menjadi tonggak bagi survival Malaysia. Maka dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk menghapuskan ISA, Ordinan dan Akta Dharurat, menambah baik Akta Percetakan dan Mesin Cetak, akta Polis dan memberi tumpuan kepada penggubalan Akta Baru yang ada kaitan dengan langkah membendung anasir subversif dan teroris kena pada masanya. Adalah diharapkan keamanan, dan kestabilan yang telah dicipta legasinya oleh negara dapat dipertahankan.

Pembaharuan ini adalah kesan kesedaran pimpinan untuk memahami denyut nadi rakyat. Satu pengiktirafan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sudah semakin matang, dan terbuka minda untuk memahami bahawa syarat bagi kelangsungan hidup bernegara adalah dengan memastikan negara ini terus aman.Bukannya bergaduh, berperang dan berkonfrantasi sepertimana yang berlaku antara puak Serb, Croat dan Bosnia suatu ketika dahulu. Tidak pula dengan amalan seperti diLibya yang menyaksikan sesama rakyat dan saudara seagama berperang hanya kerana taksub pada pemimpin tertentu.

Justeru menghapuskan ISA bukanlah kerana desakan melalui kaedah kotor dan berkepentingan dari pihak pelampau dan pembangkang, namun tindakan tersebut di buat kerana pimpinan negara mahu mengiktiraf sumbangan dan tingkahlaku rakyat yang semakin sedar dan faham bahawa peperangan, kacau bilau, keganasan, kaedah revolusi bukanya budaya rakyat di negara ini.

Hakikatnya RAKYAT MALAYSIA cintakan keamanan, dan sebagai mengiktiraf kemahuan rakyat, maka AKTA yang bersifat pencegahan dihapuskan, bagi segelintir yang masih ada elemen radikalisme dan revolusioner dalam diri dan yang hanya rakus mahu berkuasa meskipun rakyat sanggup diperalat dan dijadikan mangsa, usah khuatir, aspek perundangan lain, dan dua akta baru yang bakal digubal selain kecekapan PDRM dan ATM sudah cukup untuk membendung dan membatasi sebarang niat dan tindakan jahat mereka.
DEMI NEGARA..Marilah kita julang keamanan dan pastikan MALAYSIA terus AMAN..

Friday 16 September 2011

'sesumpah'

Ramai kalangan manusia yg nampak baik secara luaran, namun di hati penuh tipu daya.sama ada pemimpin politik, ceo sebuah syarikat,pengarah jabatan, penghulu, profesorm imam, tok guru, pengerusi yayasan atau sesiapa sahaja boleh mempunyai sifat sesumpah ini.

Mampu berubah warna mengikut masa, tempat dan keadaan..
bercakap yang muluk muluk, namun dihati punyai nafsu serakah yg jahat..kalangan yg disebut oportunis, manipulator ini cukup ramai..mereka peralat dan memijak org lain demi keuntungan sendiri..

Mereka haru birukan msyarakat asalkan mereka selamat, mereka mengadu domba untuk popular, mereka fitnahkan org lain untuk menutupi keburukan mereka..walhal golongan sesumpah inilah barah, bisul yg menyakitkan badan..dan cara untuk melayani golongan seperti ini adalah dgn tidak endahkan dan memulau mereka..

Puncanya golongan jenis ini ada ataupun tiada sebenarnya langsung tidak menguntungkan sesiapa..maka jika didatangi spesis sesumpah ini maka berhatilah.




Monday 12 September 2011

DAMAI ATAU KONFLIK ???

Pemimpin khususnya bagi jawatan sama ada MB atau Perdana Menteri pada setiap hari harus membuat 1001 keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dan institusi. Jawatan tertinggi menjadikan anda sebagai orang yang paling sunyi dalam hidupp meskipun rutin program anda penuh dalam jadual.

Pemimpin yang baik ialah yang mampu melatih bakal penggantinya untuk mengadakan kesinambungan dasar-dasar yang telah dirangka. Alhamdulilah dalam konteks kepimpinan negara peralihan kuasa antara seorang Perdana Menteri dengan Perdana Menteri yang lain berlaku dalam suasana penuh aman, tertib dan mengikut lunas undang-undang.

Belum ada dalam, sejarah negara selepas Merdeka, revolusi digerakkan untuk memerangi dan menjatuhkan pemimpin sungguhpun ada beberapa cubaan kecil yang kurang beretika misalnya BERSIH 2.0 dan Tragedi Memali. Sebenarnya inilah kekuatan Malaysia, musyawarah, diplomasi dan perundingan.

Malaysia lebih terdorong memilih jalan damai berbanding konflik, penyelesaian masalah berbanding polemik yang boleh mencetuskan peperangan. Ironinya peperangan, ketidaktentuan, kacau bilau tidak ada dalam kamus warga Malaysia. Rakyat Malaysia dididik dan amat sayangkan keamanan dan kestabilan selain perpaduan. Inilah sebenarnya ramuan, formula dan kekuatan UTAMA MALAYSIA. Kekuatan yang cukup dicemburui, maka demi meruntuhkan kekuatan ini, jarum halus, elemen propaganda, adu domba menggunakan landasan agama, persaingan politik, perebutan kuasa, elemen subversif dilancarkan oleh pihak tertentu mulai 1998.



Namun nampaknya cubaan demi cubaan yang berserampangkan pelbagai metodologi ini gagal. Gagal kerana rakyat Malaysia sendiri menolak fahaman extremis, radikalisme dan revolusioner. Maka sesiapa pun jua sama ada pemimpin, ahli politik atau pengikut puak tertentu yang amat ketagih kepada elemen keganasan, huru hara dan budaya mobokrasi menjerit jerit di tengah jalan,, maka kita sarankan mereka ini kita pindahkan ke SOMALIA..Kenapa SOMALIA????. 


Kerana jika ke sana barulah puak-puak bebal ini bakal mengerti BETAPA BERUNTUNGNYA HIDUP DI BUMI BERNAMA MALAYSIA....

Friday 9 September 2011

Sekeji British Di Mata Mat Sabu

Rakyat Tanah Melayu Dijaga Keselamatan - Part 2





Sehina-hina penjajah British dari pandangan mata Mat Sabu keselamatan rakyat Tanah Melayu tetap di beri keutamaan.


Part 1 - part 3


Thursday 8 September 2011

BETAPA BERTUAHNYA KITA

Apabila timbul isu kesihatan Ustaz Azizan dan ura-ura kemungkinan Pemangku MB atau jawatan Timbalan MB mahu diwujudkan, maka politik Kedah yang agak suram seakan rancak kembali.

Dalam konteks undang-undang tubuh negeri Kedah yang dirangka mulai tahun 1948, jawatan Timbalan Menteri Besar tidak wujud, maka jika mahu diperkenalkan jawatan tersebut, usul harus dikemukakan di dalam Sidang DUN dan undian 2/3 dari ahli dewan diperlukan selain perkenaan KBDYMM Tuanku sultan sebelum pindaan kepada undang-undang tubuh dapat diwartakan.

Apa sekalipun yang penting adalah sifat-sifat asas yang perlu ada pada pemimpin. Jika berdasarkan pemerhatian C.C Rodee,sarjana sains politik dari Columbia University, 13 ciri utama perlu ada dan salah satu yang utama ialah 'energetic' yakni bertenaga dan berupaya menggalas tanggungjawab.

Sunday 4 September 2011

ANTARA PENGKHIANAT NASIONALISME DAN PENGKHIANAT KEBAJIKAN





Hari raya sudah berlalu, sambutan Merdeka ditenggelami dengan kerancakan siaran hiburan dan telemovie Raya. Barangkali jika tidak kerana hari raya sekalipun, lazimnya erti hari kemerdekaan bagi kebanyakkan orang hanyalah satu lagi hari cuti umum. Dan cuti itu pula dihabiskan dengan bersantai, membeli belah atau membawa anak ke taman rekreasi. Isunya bagaimana penghayatan kemerdekaan kita? Mungkin kita ambil enteng kerana kemerdekaan Malaysia diperolehi dalam dulang emas, hasil kebijaksanaan ALMARHUM TUNKU berdiplomasi dan tanpa menumpahkan darah, mengikut tasawur Islam, bermusyawarah. Namun bagi Mat Sabu kejayaan putera kesultanan KEDAH ITU memerdekakan negara dengan cara aman dianggap sebagai kurang 'ummph' kurang unusr revolusinya, maka sebab itu Mat Sabu yang terkenal dengan sikap rakus dan ganasnya sehingga 'bini orang pun disapu' menggangap Tunku Abdul Rahman (gambar) bukan pejuang kemerdekaan sebenar dan hanyalah talibarut dan pegawai British.



Isunya kerana lencongan sejarah yang diutarakan oleh golongan tak ketahuan bukan sejarawan sebenar seperti Profesor Emeritus Khoo Kay Kim (gambar), maka inilah jadinya.. Mungkin Mat Sabu wajib mengenali siapa itu E.H Carr,Morgentahu, Woodrow Wilson, Arnold J.Toynbee, Leopold Von Ranke, Ibnu Khaldun,jika mahu memahami apa itu 'sejarah'..,Akan tetapi janganlah ditanya Mat SABU tentang nama-nama sejarawan tersohor itu kerana bunyi bahasa Inggeris dari nahu Mat Sabu mungkin berbunyi katak ataupun spesis yang entah apa nama yang boleh kita berikan( Bukan maksud menghina tapi kalau tak percaya cuba la try dengar MAT SABU berkata kata dalam Bahasa bukan IBUNDANYA).....Namun generasi Mat Sabu dan pelajaran sejarah yang dipelajarinya mungkin datang dari sumber buku jingga atau buku bintang tiga, maka demikianlah jadinya.


Baik kita tinggalkan bab Merdeka yang kian tidak dihayati dan kurangnya pengisian di hati khususnya dikalangan generasi kini. Paling penting harus dibentuk pendekatan dan kaedah untuk menyemarakkan lagi faham nasionalis dikalangan bangsa melalui program yang lebih tersusun.



Kini kita toleh sejenak bab kebajikan, satu aktiviti yang merupakan antara kegiatan yang cukup popular dan digemari dilakukan rakyat Malaysia. Lantas tidak hairanlah ramai peminta sedekah bersindiket menjadi kaya raya. Ramai warga asing menjadikan kerja peminta sedekah sebagai profesion utama.


Kerja kebajikan rakyat kita cukup tersohor, jauh merentasi sempadan negara.Kita harus menyanjung kerja pertubuhan sukarela yang sanggup menggadai nyawa demi membantu sesama manusia. Lihat sahaja bagaimana jurukamera BERNAMA TV yang mengikuti misi kemanusiaan ke Somalia terbunuh kerana terkena peluru sesat. Al-Fatihah untuk allahyarham,. Dan jasa rakyat Malaysia dalam berkebajikan membantu rakyat Palestine tidak terhitung banyakknya.


Cuma ada beberapa aspek kerja kebajikan dalam negara yang mesti dibetulkan. Ada pertubuhan atas nama Yayasan misalnya mengutip dana dari syarikat dan organisasi kemudiaan melakukan pakatan dengan syarikat tadi bagi tujuan mengelakkan bayaran cukai. Ada setengah pertubuhan kebajikan dan yayasan yang menyalahgunakan dana yang dikutip dengan sebahagian kecilnya sahaja benar-benar digunakan untuk tujuan kebajikan selebihnya disalahgunakan. Inilah yang harus dielakkan, jika MAT SABU kita boleh anggap pengkhianat kepada NASIONALISME BANGSA, maka pertubuhan dan YAYASAN seperti ini kita boleh gelar sebagai PENGKHIANAT KEBAJIKAN..Maka renung-renungkanlah!!!!!