Wednesday 20 July 2011

PDRM: The Unsung Hero!!!!!!

Di antara strategi golongan pendokong revolusi ialah menghasut rakyat untuk meragui kredibiliti institusi penguatkuasa dan pelaksana undang-undang seperti Polis, agensi berkaitan dan mahkamah.

Jika ditoleh sejarah,
Saidina Umar Al-Khattab r. a, adalah khalifah pertama yang memperkenalkan sistem bayaran gaji bulanan bagi menjaga kebajikan dan keutamaan kepada pasukan keselamatan dan tentera ISLAM yang banyak jasanya dalam menyebar dakwah dan memelihara kedaulatan wilayah Islam dari diganggut gugat oleh anasir luar.


Sama ada mahu diakui atau tidak,di Malaysia, dek kerana PDRM kita boleh bebas kemana sahaja. Dapat tidur dengan aman,dapat melakukan urusniaga seharian, dapat bergerak bebas ke sana kemari. PDRM juga insan seperti kita, tahu erti kecewa, penat dan juga punyai keluarga. Jasa mereka tatkala dizaman Dharurat 1948-1960 tidak terbilang banyaknya. Berapa ramai yang terkorban, hilang nyawa, menjadi cacat anggota semata-mata mahu pertahankan ibu pertiwi.Namun apa yang mereka perolehi??? Lebih banyak kata keji dari ungkapan memuji!!!!. Adilkah kita????????

Jasa mereka ini dan 'jihad' PDRM dalam menegakkan keamanan negara tidak terhitung catatanya. Bagi umat Islam., keamanan bermakna kita bebas mengamalkan ibadat kita. Demikian juga bagi penganut agama lain, semuanya bebas melaksanakan rutin agama dan budaya tanpa rasa gentar dan takut.

Apa lagi hendak kita pertikaikan peranan hero-hero kita ini? Cuba sesekali kita ucapkan rasa terima kasih tanda jasa dan bakti budi mereka ini. Pernahkah kita ikhlas untuk melafazkan kata keramat berkenaan? Justeru janganlah hendaknya ada hasutan, celaan, fitnah tanpa asas yang cuba mematahkan semangat dan dedikasi PDRM yang telah berkorban masa, tenaga dan nyawa demi membolehkan diri kita dan seluruh kaum keluarga kita dapat tidut menikmati malam yang nyaman lagi aman. PDRM inilah sebenarnya hero kita, THE UNSUNG HERO..
Lantas jangan jadikan negara kita back to ZERO, dengan anarki dan huru hara mengambil tempat, kesan hasutan individu yang berjiwa KEPARAT..!!!!!!

Hantar pada rakan, klik



No comments:

Post a Comment