Sunday 31 July 2011

BERSIHKAN DIRI DI BULAN RAMADHAN

Episod haru biru BERSIH 2.0 yang memualkan, penuh tipu daya dan jelas melambangkan betapa bobroknya minda umat kerana mudah diperkotak katik dan dipengaruhi oleh anasir anti-Islam sudah berlalu. Kata bijak pandai, 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Dan Ramadhan yang tiba adalah platform terbaik buat umat ini muhasabah diri. Merenung kembali apa yang telah kita lakukan selama ini. Sejauh mana adilnya kita, ihsannya diri ini sesama manusia dan makhluk yang lain.

Dan yang lebih penting, nafsu dapat ditundukkan di bulan yang mulia ini. Dengan berlapar, berdahaga disiang hari mudah-mudahan dapat membuka minda hati, melemahkan emosi amarah dan yang tidak ketahuan punca. Dalam situasi lapar, kita diajak bersabar, menginsafi penderitaan orang lain, yang kadangkala'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.Ini yang wajar direnungkan dan diinsafi, bukannya 'demonstrasi pagi dan petang' dan bermimpi ke putrajaya dengan jalan yang tidak diundang..

Alhmadulilah umumnya di Malaysia, 'rakyatnya ramai yang mati dek kerana terlebih makan'.Jarang kedapatan kes 'mati kerana tak cukup makan'. Penyakit kronik yang berkaitan dengan tabiat pemakanan, misalnya darah tinggi, kencing manis, jantung, barah kian meningkat.. Maka puasa adalah terapi yang bukan sahaja punyai penemuan saintifik untuk menyahkan toksin dalam badan dan penyakit berkaitan malah diakui misalnya oleh pakarpemakanan sedunia seperti Dr Henry Beller.

Mujarab dan afdalnya puasa punyai seribu satu rahsia, justeru itulah kenapa difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w

Dan dibulan yang mulia ini, lakukanlah gencatan senjata terutamanya di kalangan ahli politik yang tak sudah-sudah, makan politik, tidur politik dan mimpi politik. Tentang ibadah malamnya pula usahlah digaduhkan tentang perihal terawih, 8 rakaat ka 21 ka, kenapa harus bertelagah tentang perkara sunat sehingga kita sanggup bergaduh dan bermasam muka, walhal menghubung silaturahim dan berbaik sesama saudara Islam adalah tuntutan agama yang wajib.

Bagi puak yang suka berbohong sehingga isu mati pun nak berbohong, yang ketagih mikrofon, diharap di bulan yang mulia ini, henti-hentikanlah autakan rakyat. Tidak perlu pula menjelajah ke segenap surau, masjid, atas nama tazkirah Ramadhan, untuk memburukkan orang itu dan mengaibkan orang ini. Ramadhan bulan ibadah dan diharapkan selepas Ramadhan, melalui asuhan dan latihan MADRASAH RAMADHAN, jiwa UMAT INI lebih terkesan, beradab, berhemah, unggul dan tidak lagi bercakar sesam sendiri. 'BERSATU KITA TEGUH, BERPECAH KITA ROBOH'.




Saturday 23 July 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN,
SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM AIDILFITRI 1432 H

Saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri 2011(1432H) kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia. Mudah-mudahan negara ini terus aman bahagia, makmur sejahtera, dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t.

'Ingatlah cintakan tanahair adalah sebahagian dari IMAN'.

'Nun JAUH DIBALING tempat Rundingan
TUNKU DAN CHIN PENG bertemu muka
Saling bermaaf kunjung-kunjungan
Dihari Mulia Terhapus Duka'

MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari :

ISMAIL ABU BAKAR dan seisi keluarga.

Hantar pada rakan, klik



Thursday 21 July 2011

DIBERI BETIS NAKKAN PAHA!!!!!!

DEMOKRASI YANG BAGAIMANA LAGI??????
DIBERI BETIS NAKKAN PAHA!!!!!!

Jonh Locke, ahli falsafah Inggeris pernah berkata, terdapat lebih 360 jenis takrifan demokrasi, sehingga makna ini dilacurkan banyak pihak demi kepentingan sendiri.



Ada pula dari kalangan puak yang tidak sedar diri, mengaut kekayaan hasil sistem yang terbina, melalui dokongan kerajaan sedia ada, namun puak tidak sedar ini berterusan mengatakan 'kerajaan yang ada tidak adil dan melakukan diskriminasi'.

Ada pula golongan yang berfahaman chauvinis bengap lagi bahlol. Jika mereka bercakap tentang hak kaum mereka dikatakan itu adalah prinsip 'kebebasan bersuara' dan 'hak kami untuk menyatakan demikian'. Namun apabila kaum peribumi bercakap soal hak kaum tersebut yang dijamin perlembagaan, lalu dituduh peribumi dan Melayu tadi sebagai rasis.

Ada pula satu kaum di Malaysia yang hanya mewakili tidak lebih 25% dari keseluruhan penduduk negara, namun menguasai 90% kekayaan ekonomi. Kaum yang jarang mengenang budi ini berterusan mendakwa mereka dilayan kerajaan bagai warganegara kelas kedua.

Ada pula pegawai tinggi kerajaan, profesor yang diberi peluang naik pangkat, meskipun tidaklah berapa hebat sangat kualiti kerja, penyelidikan, pengajaran dan hasil karyanya untuk dimanfaat oleh masyarakat dan negara, namun 'what the so called' cendekiawan itu akhirnya menjadi cendawan apabila kerjanya hanya asyik menyatakan 'kerajaan ini salah, kerajaan tidak tahu, dan kerajaan tidak adil'.

Seingat penulis diawal 1950-1953 tatkala kerahan tenaga diwajibkan ke atas tenaga anak muda untuk menyertai pasukan keselamatan diwajibkan oleh British di Tanah Melayu untuk membendung dharurat dan komunis, lebih 10,000 anak muda Cina/India di Tanah Melayu yang melarikan balik ke negara masing-masing.

Namun tatkala Tanah Melayu Merdeka 1957,golongan yang tidak patriot ini dan hanya mahu bersama ketika senang, begitu mudah diberi kerakyatan.

Apa lagi???, demokrasi yang bagaimana lagi????, keadilan dan kesaksamaan yang rupa bentuknya bagaimana lagi yang Malaysia harus sajikan kepada mereka ini????. Tunjukkan bukti negara mana didunia yang benar-benar melaksanakan konsep 'absolute freedom dan absolute justice!!!!!. Kebebasan dinegara mana sekalipun mesti diimbangi dan diiringi dengan konsep TANGGUNGJAWAB..Berani buat berani tanggung. Dalam Islam sendiri, buat baik dibalas pahala dan syurga, buat jahat dibalas dosa dan NERAKA..!!!!

Hairan atau tidak????Lihatlah Ambiga, menyanggah dan 'DERHAKA' pada titah YDP Agong, terang-terangan menentang pihak berkuasa, degil dan tanpa berselindung melakukan perkara yang salah, melanggar undang-undang sesuka hati. Ribuan laporan polis dibuat, tetapi kerajaan yang berhemah dan bermurah hati ini terus biarkannya lepas bebas, bergerak kesana kemari, menghasut itu dan ini.Barangkali kalau AMBIGA ini membuat hal di negara China dan Cuba, entahlah kemana hilangnya dia..!!!!

Anwar Ibrahim, terpalit dengan kes jenayah, skandal seks, video porno dan bermacam lagi unsur khianat dilakukan dengan agenda porak peranda negara namun masih boleh bebas di dalam dan diluar negeri, mencaci, menfitnah dan memaki hamun kerajaan. Terbuka sungguh demokrasi di Malaysia..Bukan setakat 'betis yang diberi', malah paha juga dibaham, sehingga diselak kain dibalun sehingga lebam..

Mat Sabu dan gerombolan PAS, apa yang tidak mereka maki, fitnah dan caci kerajaan, pemimpin dan ulil amri, disokong cacian makian dan kafiran mereka itu dengan dalil naqli yang mereka tokok tambah..Akan tetapi kerajaan yang bermurah hati, dan terlalu baik ini masih membiarkan diri kerajaan dicaci dengan lulusnya permit Harakah dan permit untuk ceramah..

Entahla, demokrasi bagaimana lagi yang kita mahukan?

DAP..sudah acapkali fahaman komunis, liberalis, republik, Malaysia, Malaysia, kemuliaan Islam mereka cemarkan, hak Melayu dan peribumi mereka perkotak katitkan. Ada pemimpinya yang melanggar anak Melayu sehingga koma, ada pemimpinnya yang menentang tulisan Jawi, ada pemimpinnya yang menghalau bangsa peribumi dari berniaga kecil-kecilan dibuminya sendiri. Ada pemimpin besar DAP yang terangan berkata, 'langkah MAYAT SAYA DULU JIKA MAHU TEGAKKAN NEGARA ISLAM'..Walhal mengikutArtikel 3, Perlembagaan Persekutuan, Islam agama rasmi dan rasminya Islam menoktahkan bahawa Malaysia negara Islam.

Namun dek kerana golongan 'keparat dan pengkhianat ini bercakap kononya atas nama demokrasi, hak dan didokong pula oleh segelintir 'Melayu pekak'kerana kuasa mereka tamak, maka pimpinan seperti ini sepanjang masa bebas mengguris, dan melukakan hati umat Melayu, umat Islam tanpa sedikitpun tindakan dikenakan ke atas mereka.

Maka kebebasan dan DEMOKRASI yang bagaimana lagi yang mereka mahukan??????

Benarlah kerajaan yang ada terlalu baik, berhemah, kerajaan ini sanggup melepaskan golongan anjing tersepit dan 'anjing-anjing yang tersepit itu akhirnya akan menggigit tangan yang menolong mereka.. MAKA Jadilah kerajaan ini ibarat BUAT BAIK TERLEBIH LEBIH, SAMPAIKAN DICACI TAK HABIS-HABIS.

Sebab itu pesan orang lama, 'buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali'. Namun dek kerana mahu menjaga hati rakyat, dan menjaga semua, maka DEMOKRASI yang terlebih menjadikan puak yang berolehnya bertukar warna menjadi KADUK NAIK JUNJUNG, DIBERI BETIS MAHUKAN PAHA....

Hantar pada rakan, klik



Wednesday 20 July 2011

PDRM: The Unsung Hero!!!!!!

Di antara strategi golongan pendokong revolusi ialah menghasut rakyat untuk meragui kredibiliti institusi penguatkuasa dan pelaksana undang-undang seperti Polis, agensi berkaitan dan mahkamah.

Jika ditoleh sejarah,
Saidina Umar Al-Khattab r. a, adalah khalifah pertama yang memperkenalkan sistem bayaran gaji bulanan bagi menjaga kebajikan dan keutamaan kepada pasukan keselamatan dan tentera ISLAM yang banyak jasanya dalam menyebar dakwah dan memelihara kedaulatan wilayah Islam dari diganggut gugat oleh anasir luar.


Sama ada mahu diakui atau tidak,di Malaysia, dek kerana PDRM kita boleh bebas kemana sahaja. Dapat tidur dengan aman,dapat melakukan urusniaga seharian, dapat bergerak bebas ke sana kemari. PDRM juga insan seperti kita, tahu erti kecewa, penat dan juga punyai keluarga. Jasa mereka tatkala dizaman Dharurat 1948-1960 tidak terbilang banyaknya. Berapa ramai yang terkorban, hilang nyawa, menjadi cacat anggota semata-mata mahu pertahankan ibu pertiwi.Namun apa yang mereka perolehi??? Lebih banyak kata keji dari ungkapan memuji!!!!. Adilkah kita????????

Jasa mereka ini dan 'jihad' PDRM dalam menegakkan keamanan negara tidak terhitung catatanya. Bagi umat Islam., keamanan bermakna kita bebas mengamalkan ibadat kita. Demikian juga bagi penganut agama lain, semuanya bebas melaksanakan rutin agama dan budaya tanpa rasa gentar dan takut.

Apa lagi hendak kita pertikaikan peranan hero-hero kita ini? Cuba sesekali kita ucapkan rasa terima kasih tanda jasa dan bakti budi mereka ini. Pernahkah kita ikhlas untuk melafazkan kata keramat berkenaan? Justeru janganlah hendaknya ada hasutan, celaan, fitnah tanpa asas yang cuba mematahkan semangat dan dedikasi PDRM yang telah berkorban masa, tenaga dan nyawa demi membolehkan diri kita dan seluruh kaum keluarga kita dapat tidut menikmati malam yang nyaman lagi aman. PDRM inilah sebenarnya hero kita, THE UNSUNG HERO..
Lantas jangan jadikan negara kita back to ZERO, dengan anarki dan huru hara mengambil tempat, kesan hasutan individu yang berjiwa KEPARAT..!!!!!!

Hantar pada rakan, klik



Tuesday 12 July 2011

JAGA TEPI KAIN SENDIRI LA PULAK....

Demo sudah, salakan pun sudah. Maka sudah sampai masanya pemimpin dan golongan perusuh yang berkiblatkan PAS, PKR atau DAP menjengok perihal rumahtangga sendiri. Amanah besar di Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan tertunaikah sudah?

Dasar Islamisasi, kebajikan rakyat, kerancakan pembangunan, peluang niaga, pekerjaan dan ekonomi rakyat dilaksana atau masih akan..akan..akan direncana???
Isu kemiskinan, kebajikan warga luar bandar, masyarakat penjaja, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak,institusi pendidikan dijaga dengan betul ataupun sekadar melepas batuk ditangga?

Nasib belia, siswazah menggangur, ibu dan bapa tunggal, anak yatim, maahad tahfiz, golongan miskin, pertubuhan kebajikan benar-benar diprihatin ataupun dipandang ke lain????

Isu kemiskinan rakyat, pembangunan, kemudahan asas, penyediaan kehidupan yang kondusif lagi sejahtera sudah terbina ataupun masih melekat dibibr dan sekadar menjadi kata-kata..??

Itulah, 'kata dulang paku serpih, mengata orang jangan terlebih'. teliti dan periksa perihal rumahtangga sendiri..persoalan di negeri sendiri masih belum tertuntas, janganlah pula bercita-cita besar, buat malu saudara, perjuangan dan prinsip sahaja.

Kata orang lagi..'siakap senohong gelama ikan duri, janji bohong lama-lama boleh jadi YB PAS, PKR dan DAP..'

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Hantar pada rakan, klik



Monday 11 July 2011

JALAN MESTI MELANGKAH KEHADAPAN

JALAN MESTI MELANGKAH KEHADAPAN...BUKAN BERUNDUR KEBELAKANG..


Ungkapan di atas juga adalah sebahagian bai-bait ayat dalam iklan Hari Kemerdekaan tajaan PETRONAS..Pepatah Melayu ada menyebut, 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Muafakat membawa berkat, diplomasi lebih indah dan berhemah berbanding revolusi. Keamanan lebih afdal dari kekacauan. Dan konsep atau gagasan bidang strategi yang menyatakan, 'jika mahukan keamanan maka bersedialah untuk berperang sudah tidak sesuai lagi diaplikasikan dalam tamadun ini.Sedaya mungkin bersamalah kita elakkan peperangan, kacau bila dan ganggu gugat.

Allah s.w.t menganugerahkan kita akal. minda, iman dan hati budi. Berfikirlah gunakan KEPALA akal,bukannya KEPALA Lutut. Jangan pula berfikir bersandarkan emosi, kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu..

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Jangan jadikan lagi kata perpaduan, keamanan sebagai bahan klise atau retorik yang pada akhirnya tidak mampu dilaksanakan. Rukunegara dan penghayatannya wajar kembali disemarakkan. Kempen budi bahasa harus diterapkan menjadi budaya dominan rakyat Malaysia secara berterusan.

Api dan sengketa perkauman dan sensitiviti agama wajib kita kendur dan basmikan..Budaya Revolusi bukan budaya rakyat. Bunga Raya adalah bunga kebangsaan, jangan dikaitkan ianya dengan REVOLUSI yang boleh memusnahkan.

Marilah kita memandang kehadapan, kita bina dan pastikan kualiti hidup rakyat lebih selesa, Islam dijulang, hak semua kaum dipertahan, dan program untuk rakyat diutamakan..

Kepada petualang dan pengacau yang terus-terusan inginkan Revolusi, apa kata kita sarankan mereka tukar warganegara, menjadi rakyat Cuba..Ataupun jika inginkan revolusi sebenar, maka bersiap sedialah ke Palestine, berperanglah dengan regim zionis Israel, Yahudi laknaktullah.

Bebaskan Palestine, bebaskan Masjidil Al-Aqsa...Bukankah itu lebih mulia dan pasti jika mati..dijamin syurga.....Barulah dikatakan 'berani pada tempatnya' dan itulah KEADILAN yang sebenar-benarnya..Apa macam..ADA BERANI??????


Hantar pada rakan, klik



Sunday 10 July 2011

ANDALAH PATRIOT NEGARA..!!!

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA: ANDALAH PATRIOT NEGARA..!!!

Hari ini, 9 Julai FRU dan PDRM yang bersengkang mata sejak dua minggu lalu, adalah hero dan WIRA Rakyat Malaysia. Golongan pengacau, lembu bebal yang merosak keamanan, dan berteriak tanpa hujung pangkal yang menyusahkan 4 juta warga kota sudah dapat dibendung.Lari bertemperian ibarat anak ayam kehilangan ibu.. BERJIHAD Konon.JIHAD KEPALA TENGKORAK KAMU!!!!


Perjuangan apa sebenarnya yang dibawa oleh lembu-lembu bahalol ini. Menyusahkan hak majoriti apakah dibenarkan Islam. Bertakbir dijalanraya sekadar mahu melindungi si kemaruk Anwar SI peliwat dan Hindu Ambiga apa motifnya??? Inilah dikatakan perjuangan yang sia-sia.Perjuangan bahalol angkara diajar sipenyamun dan penyangak..

Menjadi pak turut tak tahu pangkal cerita. Menjadi lembu dicucuk hidung menyusahkan semuanya. Pakar dalam bergaduh, bengap dalam membina negara, lupa pada prinsip kedaulatan undang-undang dan kesetiaan pada raja dan negara. Dalil mana yang Melayu lebai ini gunakan. Hujah dari nas mana yang dijadikan landasan. Walhal terang-terangan Allah s.w.t berfirman, 'Dan jangan kamu campakkan diri kamu di dalam kebinasaan".


Namun 98% Melayu PAS, PKR yang sanggup menjadi 'barua', lembu dan talibarut DAP dan AMBIGA, masih tidak tahu malu..Mereka menentang 'ulil amri' mereka sendiri. Mereka cuba rosakkan keamanan. biar orang lain bertepuk tangan.REFORMASI YANG SUDAHPUN BASI..BERSIH KAMU penuh dengan agenda paling KOTOR..


Mereka sanggup membela AMBIGA penentang Islam nombor wahid, memuja Anwar sang peliwat dan penzina yang terhebat dalam sejarah Malaysia. Dek kerana dijampi dengan air liur ambiga dan ANWAR maka si lembu Melayu PAS dan PKR ini sanggup malukan diri, menjatuhkan maruah dan krediiliti menjadi MELAYU BALACI..

Tahniah seluruh rakyat Malaysia yang menentang BERSHIT 2.0..TAHNIAH PDRM, SB, PASUKAN KESELAMATAN....ANDALAH WIRA NEGARA...ALHAMDULLLILAH, ALLAH S.W.T TELAH MEMBERSIHKAN BERSHIT 2.0 YANG KOTOR DENGAN TURUNNYA HUJAN MENCURAH CURAH LAGI LEBAT, tatkala si LEMBU BERSHIT ini terpekik terlolong memusuhi saudara seagama mereka sendiri yakni PDRM yang bertungkus lumus menjaga keamanan.

Benarlah kata orang jawa, 'CILIK-CILIK MOS MODAR, WES GEDIK NYUSAHKAN WUO'
'ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT'

Hantar pada rakan, klik



Friday 8 July 2011

Ayah Yang Gemarkan Perangai 'gila-gila'

BURUNG APA????
BURUNG MURAI NAK..
BURUNG APA????
BURUNG MURAI NAK..

Ungkapan di atas adalah rentetan satu iklan hari raya Aidilfitri yang seringkali tersiar. Iklan hasil sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad dan tajaan Peteronas.

Nilai kekeluargaan dan kemanusiaan yang cuba disingkapkan melalui iklan tersebut cukup tinggi. Dalam maknanya, punyai maksud dan falsafah tersirat dan tersurat.

Demi mahu melayani kehendak anak, dan memuaskan hati si anak, si ayah berulang kali sanggup menjawab pertanyaan si anak. Demikianlah sifat seorang ayah,ketua keluarga, kerajaan, yang saban waktu berusaha memenuhi apa jua kehendak pengikut, rakyat, ahli keluarga atau rakyat yang dipimpinnya.

Cuma yang dipimpin, ahli keluarga atau rakyat sering kurang bersyukur. Mereka terus merengek meminta itu dan ini, tidak puas dengan apa yang ada. Selalu sahaja ada seribu macam yang tidak kena, tidak puas..Namun disudut hati , mereka secara diam mengakui dan mengiktiraf bahawa hanya 'bapa' atau 'ayah' yang satu inilah yang boleh menjaga mereka.Namun negitu entahlah kenapa mereka gagal untuk menyatakan dengan hati dan mengiktiraf sumbangan bapa atau ayah yang satu ini. Barangkali dijiwa mereka ada sindrom 'penyakit hati' atau diserang virus 'sakit hati'.

Namun kerana hasutan, kerana was-was, buruk sangka, ayah terbaik yang mereka sudah miliki cuba mereka tukarkan dengan 'ayah' yang bertopengkan wajah seribu macam. 'Beraja di mata bersultan di hati'. Ayah baru yang mereka cuba nobatkan ini, penuh dolak dalih, penuh muslihat, cantik dan baik nampak dipermukaan, namun hati budi Masya-Allah, hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.

Kita bersyukurlah dan redhalah dengan 'ayah' yang kita ada.. Ayah bernama 'Malaysia' yang terbukti berjaya memberi kita kedamaian, keamanan, cukup makan, pakai, peluang pendidikan, ruang meningkat ekonomi, jalan terbuka untuk memperkaya diri dengan syarat berusaha. Ayah yang sentiasa berusaha, berfikir dan merencana serta tidak putus-putus menggandakan tindakan untuk memberi yang terbaik buat anak-anak Malaysia.

Janganlah kita mencari ayah yang lain, ;ayah yang berperangai badut, ayah yang ibarat sarkas, ayah yang hipokrit, ayah yang bertalam dua muka dan ayah yang gemarkan perangai 'gila-gila'. Sehinggakan semuanya sama rasa, sama rata, 'depan belakang tiada bezanya'...

Untuk semua para ayah..terima kasih..kerana dari benih mu lah, lahirnya kami ke dunia yang fana ini..
Bagi mereka yang sudah kehilangan ayah..kerana kembali ke rahmatullah, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Hantar pada rakan, klik



Monday 4 July 2011

'MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH'

Pendekar Melayu sejati pantang berundur bila berhadapan musuh. Kata dikota janji dilaksana. Sumpah pendekar Melayu dengan 'darah dan airmata' kita korbankan segala.Demi mendaulat nusa, bangsa dan agama.

Pendekar Melayu sejati pantang dicabar, pasti bangkit ibarat helang menyambar. Melayu sejati cukup unggul dan ampuh sifatnya dengan Islam sebagai sendi, bukan peralatkan Islam bagi meraih undi.

Pendekar Melayu sejati tidak gentar hadapi cabaran, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Membujur lalu melintang patah. Semangat kepahlawanan Mat Kilau, Dato Maharajalela,Dato Bahaman, Tok Gajah, Kiyai Salleh, Pahlawan Tok Jangut sentiasa jadi inspirasi. Menentang penjajah bukan kepalang, ke tali gantung mereka relakan sepertimana hati budi dan semangat keberanian Rosli Dobi menyanggah Gabenor Duncan Stewart di Sarawak. Malah kepahlawanan Leftenan Adnan Saidi berjuang ketitisan darah terkahir membentengi kemaraan tentera JEPUN di Bukit Chandu bukan lagi sekadar satu kisah nostalgia yang hanya layak disimpan di muzium sejarah.


Kepahlawanan mereka ini wajar dijayati, menjadi inspirasi..kerana setiap Melayu ITU mengalir darah pahlawan dijiwa mereka. Tanpa mengharapkan nama, demi sebuah negara, demi agama yang mulia dan demi bangsa tercinta, maka biar apa pun merentang, MELAYU  pasti BANGKIT MENENTANG...Malayan Union menjadi bukti, kuatnya Melayu penjajah pun lari...

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..Jangan mewarisi sifat bacul golongan yang suka 'MELEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN'....

Melayu itu bangsanya berani,
tulus hatinya gagah perkasa,
Jangan diusik Hak Kami, kelak nanti buruk padahnya...

HIDUP MELAYU!!!!!!!!


Hantar pada rakan, klik



SEMBAH DERHAKA, HUKUM MEREKA, DAULAT TUANKU...!!!!!

SEMBAH DERHAKA...
HUKUM MEREKA!!!!!!
DAULAT TUANKU...!!!!!

Titah KBDYMM Tuanku Sultan hatta YDP Agong adalah manifestasi peranan duli-duli baginda sebagai payung mahkota rakyat. Jika ramai yang bertanya kenapa titah perlu dijunjung(ditaati) maka jawab mudahnya pengertian 'kerajaan' yang berasal dari bahasa sanskrit bermaksud wujudnya keadaan beraja.

Sejarah mencirikan bahawa SISTEM POLITIK TERAWAL yang dikenali dan diamalkan bangsa ini adalah sistem monarki. Hakikat juga membuktikan baik British, Portugis, Belanda dan JEPUN, kedatangan penjajah tersebut tidaklah pernah menghakis peranan institusi beraja di Tanah Melayu, malah mengukuhkan lagi meskipun pada hakikatnya peranan Raja dan Sultan hanya dikesampingkan sebagai penjaga hal-ehwal umat Islam dan adat istiadat Melayu.

Cubaan British untuk menghapuskan sistem beraja mulai nampak apabila Malayan Union mahu diperkenalkan pada tahun 1 April 1946. Di tahun berkenaan jugalah tertubuhnya UMNO bagi mempertahankan hak raja dan sekaligus hak Melayu.

Justeru jika titah mula disanggah,Raja mula diterjah sepertimana kelakuan makhluk hijau yang sanggup berbaring di atas jalan raya tatkala berlaku peralihan kuasa di Perak satu ketika dahulu antara kerajaan boneka DAP kepada BN maka, tampaklah bahawa elemen liberalisme kian menggugat dan menggoyah institusi tertinggi yang membawa simbolisme Melayu.

Bukan itu sahaja sudah ada keceluparan untuk menjadikan Parlimen Malaysia punyai kelas bertaraf dunia, bahasa Inggeris mestilah digunakan. walhal pindaan penting bagi lima perkara tradisi dalam perlembagaan memerlukan persetujuan dan tandatangan 9 orang Raja-Raja Melayu. Lebih parah apabila 'songkok' kini cuba dibakulsampahkan, tatkala melihat gelagat puak-puak komunis yang mencabar dan sering mempertikai etika berpakaian ketika sidang pembukaan Parlimen atau DUN yang dilakukan oleh Raja-Raja Melayu.

Dan ketika titah KBDYMM Yang Dipertuan Agong, agar keamanan negara dipelihara, supaya rakyat jangan menggadai nasib masa DEPAN dengan menyertai perhimpunan haram yang tidak ketahuan kesudahannya, RAMAI pulak tanpa disedari yang sudah diresapi ajaran komunis dan fahaman Republik mula mempertikaikannya. LIBERALISME yang tidak ketahuan hala ini diungkap tanpa asas atau kefahaman ilmu yang mendalam berhubung sosio-politik, sistem kerajaan dan fungsi sistem beraja di Ma;aysia.

REALITINYA GOLONGAN INI JUGA SERINGKALI MELACURKAN ISTILAH 'RAKYAT' ATAU KEPENTINGAN RAKYAT, WALHAL APA YANG MEREKA LAKUKAN adalah berkisar pada kepentingan puak, kumpulan, parti atau sebahagian kecil pengikut mereka.

Dan kepada kumpulan kecil atau puak ini..yang layak digelar kepada mereka adalah 'PENDERHAKA'. Jika dizaman fedual dahulu barangsiapa yang melancarkan perang kebawah Duli YANG MAHA MULIA TUANKU, HUKUMANNYA ADALAH HUKUM PANCUNG.

PATIK-PATIK SEKELIAN YANG HINA INI MERAFAK SEMBAH KBDYMM Tuanku dan menjunjung segala titah serta akan taat tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan KBDYMM Tuanku.Maka hukum segera golongan petualang dan PENDERHAKA NEGARA INI!!!!

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun
Sembah patik mohon diampun

DAULAT TUANKU!, DAULAT TUANKU!, DAULAT TUANKU!

Hantar pada rakan, klik



Sunday 3 July 2011

KEADILAN UNTUK SEMUA...

Adil bermakna 'meletakkan sesuatu pada tempatnya'. Jika yang bersalah mesti dihukum, bukan dilindungi atau dijulang.

Yang miskin dibantu, yang bijak dan pintar didorong, yang rajin digalakkan untuk terus rajin, yang malas dinasihati agar keluar dari belenggu kemalasan. Yang kurang cerdik dibimbing agar lebih bijak..Yang kaya membantu yang miskin, pemimpin meimpin dan membela rakyat bukan menganiaya dan memperalatkan rakyat..Susah senang bersama, bukan ketika senang dan berseronok, menggilai tawa kepuasan keseorangan.

Namun bila ditimpa masalah, musibbah kesan perbuatan sendiri diajak orang lain yang tidak bersalah untuk terlibat sama..Diajak bukan pun untuk menjulang atau meneguhkan kebenaran atau menegakkan keadilan, namun mempertahankan ''''ANU'''' yang sudah terlebih had digunakan.

Adil apakah maknanya, jika dosa kita lakukan, kesalahan besar jelas kita praktitkan, namun kesalahan tidak mahu diakui, pembohongan jadi senjata untuk pertahan diri dan lebih malang, segelintir penyokong yang bertaklid buta, dan yang tidak tahu apa-apa, rela pula berkorban nyawa, hanya kerana mahu memastikan nafsu buas si ANU yang bernama 'ABANG ANWAR' terus menggila..

Tentulah kurang adil namanya..Semasa berseronok, menikmati aksi ranjang, kenikmatan dunia dilayaninya seorang diri, bila sudah tersepit,bukti dapat dijejaki dan terpapar ke seluruh dunia bahawa orang itulah 'LELAKI ANUGERAH TUHAN', masyarakat terbanyak pula mahu diajak dilibatkan BAGI melindungi DOSA-DOSA yang telah dizahirkan..

Bukankah 'PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIR'?????.Maka jika mahu adil seadilnya yang empunya diri perlu lebih berani, mengakui salah dan dosa..Berundur segera, jangan lagi menyusahkan dan menjadikan rakyat yang tidak berdosa sebagai mangsa.

ANWAR UNDUR! ANWAR UNDUR!
UNDUR SEGERA! UNDUR SEGERA!
SELAMATKAN MALAYSIA..

Hantar pada rakan, klik