Monday 23 January 2012

NAGA MENGAUM!!!!!!

Lazimnya hanya harimau yang mengaum, namun apabila disebut naga mengaum tentu ada sesuatu yang tidak kena..Bagi masyarakat Tionghua naga adalah binatang lagenda yang hidup subur sepanjang zaman,lambang kegagahan dan kekentalan.




Demikian jugalah kentalnya semangat kaum Cina dalam memajukan ekonomi negara dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Melayu dan India. Justeru tahun baru Cina pada tahun ini mengikut kalendar lunar masyarakat Tionghua jatuh pada tahun naga. Diharapkan masyarakat Tionghua akan terus aman, makmur dan mencapai kejayaan selain terus mendokong setia kerajaan Barisan Nasional yang selama ini cukup bertimbang rasa kepada semua.


 'GONG XI FA CAI ,saya Ismail Abu Bakar dan sekeluarga ucapkan kepada seluruh rakan-rakan Tionghua'.




Berbalik kepada cerita naga mengaum tadi, terpecatnya Hassan Ali bakal membawa musibbah yang besar kepada PAS. Jelaslah sepertimana kata Hassan Ali, PAS bukan agama. Pas hanya parti politik yang dalam kebanyakkan hal memperalatkan agama demi kuasa. Sebab itu kepercayaan bahawa PAS itu adalah agama kesan tarbiyah PAS kepada ahli-ahlinya menimbulkan kesan taksub assobiyah yang melampau dan ini boleh menjadikan aqidah ummah bercelaru dan perlu dinilai semula.




Nampaknya selain Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa, Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, dan YB Ustaz Taib Azamuddin akan turut mengaum satu hari nanti.Hanya detik masa sahaja yang akan menentukannya. 


Kerana kebenaran itu pastinya akan menghapuskan kebathlian. Maka akan tersirnalah Islam dibumi Malaysia. Apabila adanya penyatuan ummah yang sebenar selain bangsa dan kaum lain akan turut berasa aman apabila kaum majoriti bersatu padu atas landasan aqidah yang benar. Insya-Allah, sama-sama kita doakan moga titik pertemuan antara dua parti umat Melayu Islam yang terbesar ini dapat mencapai asas persefahaman yang total.

Monday 16 January 2012

KONVENSYEN SYOK SENDIRI!!!!

Bayangkan di saat rakyat Kedah masih bergelut dengan pelbagai isu dan janji-janji PR yang 90% belum tertunai, Konvensyen PR diadakan pula. Kononya untuk menunjukkan kekuatan yang bersifat retorik.


Bayangkan di saat rakyat Kedah mahu menyambut ulangtahun hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah kali ke-84, para pemuka dan pemimpin PR berhimpun di Stadium Suka Menanti untuk menghambur fitnah dan janji-janji palsu demi 'melekakan pengikut taksub mereka'.


Bayangkan tatkala umat Islam di Kedah merayu pada kerajaan Islam agar tidak merobohkan sebuah madrasah yang berusia 106 tahun, tiba-tiba keegoan kerajaan Islam Kedah terserlah kerana himpunan syok sendiri yang menganggu lalu lintas dan ketenteraman awam.


Hakikatnya sidang konvensyen yang menghimpunkan pemimpin utama PR gagal. Sidang pagi hanya dihadiri 1,200 peserta berbanding jangkaan 2,500 peserta. Himpunan disebelah malam pula hanya dihadiri 40,000 penyokong. Lebih 85% datang dari Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Trengganu. Hanya sebahagian kecil dari Kedah yang hadir. Malah disetiap cawangan DAP di Pulau Pinang diwajibkan 10 orang ahli dihantar untuk menghadiri konvensyen ini.




Hakikatnya penyokong PAS, sudah beralih arah:


1) Mereka masih keliru dengan pemecatan Hassan Ali yang konsisten dengan perjuangan mendaulatkan syiar dan syariat Islam.


2) Penyokong PAS di Kedah melihat kegagalan Ustaz Azizan dan kerajaan PAS Kedah melaksanakan janji-janji terbaik dalam bentuk tindakan untuk mensejahterakan rakyat Kedah.


3) Penyokong PAS Kedah kecewa di atas isu perobohan madrasah dan kedegilan Azizan untuk ubahsuai plan pembangunan Aman Central.


4) Pengundi dan penyokong PAS serta pengundi atas pagar sudah muak dengan sikap pemimpin PR di Kedah yang hanya bijak berceramah tetapi gagal selesaikan masalah.


5) Penyokong PAS kecewa kerana Anwar Ibrahim terus dijulang disebalik masalah moral yang menimpa dirinya.


Hakikatnya Konvensyen PR tiada pengisian, dan hanya diisi dengan ceramah auta dan mengaibkan diri pemimpin serta menfitnah pimpinan negara. Itu sahaja..Jelas PR kian lemah dan bakal berkubur akibat dosa-dosa mereka yang lalu

YAKINLAH..PERCAYALAH

Janji dikota, Kata Dilaksana. Baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan bukan Bumiputera semuanya dijulang, dibantu sebaik mungkin.Diberi peluang sebanyak mungkin!!!!!!




Di atas PM, TPM bersungguh bekerja, di bahagian, pimpinan terus berusaha. Konsisten dalam memberi khidmat. Walhal pihak yang satu lagi meskipun sudah diberi mandat sebagai kerajaan, namun kerja mereka asyik berceramah, berbohong disegenap pelusuk kota dan desa.




Mustahil mereka tidak tahu bekerja, mustahil mereka tidak punyai sumber. Kuasa sudah ditangan, ayuh apa lagi???. Gerakkanlah usaha kebajikan.


Namun yang nampak nyata BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA, Skim baucer buku RM200, Bantuan anak sekolah RM100 setiap orang. Kedai Rakyat 1Malaysia. Skim Saraan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Perumahan Rakyat 1Malaysia..Apa lagi bukti yang mahu ditonjolkan. Pemimpin kita terus-terusan mencari jalan. Memberi yang terbaik untuk seluruh rakyat.




Maka yakin dan percayalah bahawa BN Tetap dengan tradisi dan usahanya,
 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Saturday 14 January 2012

Merafak Sembah
Menjunjung Kasih




Patik hamba yang hina ingin merafak sembah, menjunjung kasih dan menyembah tahniah di atas ulangtahun keputeraan ke-84, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Haj Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.


Mudah-mudahan berkat naungan payung mahkota Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Kedah bertambah aman, makmur dan bahagia.


Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku!, Daulat Tuanku


Ikhlas dari patik pacal yang hina,
Dato' Ismail bin Abu Bakar

Friday 13 January 2012

1 UMMAH,

Saya terfikir sampai bila isu penyatuan dan perpaduan Melayu sebagai bangsa teras dan majoriti di Malaysia mampu diselesaikan?.


Bukankah umat Melayu yang kebiasaanya beragama Islam yang mengadap 1 kiblat yang sama, punyai 1 pegangan yang sama, bernabikan Muhammad s.a.w, percayakan Allah yang esa tidak berupaya untuk merungkai perbedaan yang wujud sesama mereka.




Apakah ideologi politik, taksub puak dan fahaman kepartian mengatasi aqidah umat Melayu yang beragama Islam?. Bukankah jika Melayu Islam berpadu akan lebih banyak membawa kebaikan berbanding kecelaruan yang kini melanda kesan wujudnya Melayu PAS, UMNO, dan PKR serta Melayu atas pagar?.


Penyatuan bukan bemakna hanya satu parti politik Melayu sahaja yang dibiarkan terus hidup. Penyatuan bermaksud kita semua senada dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu, kepentingan bangsa, kepentingan pendidikan anak bangsa, kepentingan negara, kesuciaan agama dan perihal berkaitan kedaulatan Raja-Raja.


Susah sangatkah untuk kita mencari titik persamaan dan bersenada dalam satu suara atas nama 1 UMMMAH untuk isu-isu yang saya maksudkan itu? Tentulah tidak, sebab kata pepatah, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.

Wednesday 11 January 2012

DUNIA KIAN CELARU..

Golongan yang konsisten memperjuangkan prinsip Islam akhirnya dipecat atas alasan tidak senonoh oleh Murshidul Am sebuah parti berjenama 'cop Islam'.Inilah nasib Hassan Ali. Rupanya tindak-tanduk Hassan yang tidak mahu Anwar mengajak rakyat ke jalanraya bagi mengadili nasibnya dan usaha Hassan memerangi gejala murtad di kalangan umat Islam dan melaksanakan gerak kerja 'amal maaruf dan nahi mungkar' diibaratkan sebagai 'kerja tidak senonoh' oleh Tok Guru dari partinya sendiri.




Tidak apalah YB Dato Hassan Ali, biarlah anda dipecat kerana merugikan perjuangan PAS bersama sahabat baik mereka DAP dan PKR. Apa yang penting apa yang YB Dato perjuangkan menguntungkan syiar dan syariat Islam.



Monday 9 January 2012

LIWAT DAN GAY KINI HALAL...

Kaum Nabi Lut yakni kaum sodom dimusnahkan malaikat kesan aktiviti homoseksual mereka, 'diluar tabiee'.


Dalam dunia barat 'perkahwinan sejenis' sudah lama dihalalkan atas nama hak asasi manusia. Dan kini Ambiga boleh tertawa, Anwar bebas Merdeka. Aktiviti liwatnya dibenarkan kerana perlakuan yang terjadi antara Anwar dan Saiful Bukhari adalah atas dasar suka sama suka. Demikianlah alasan PENGHAKIMAN..justeru fahami makna tersirat dan tersurat kesan penghakiman kes Anwar Ibrahim.




Maka benarlah kata Raja Petra, kalau Anwar naik jadi Perdana Menteri dialah PM gay pertama dalam sejarah politik Malaysia..Siapa yang akan malu..kita dan generasi bangsa  dan agama kita..

Saturday 7 January 2012

BILA AGAMA DIJUALBELIKAN..

Saya mengikuti dengan penuh prihatian isu MADRASAH SALIHIAH KANCHUT yang hangat didebatkan. Namun kian hari ceritanya banyak menampilkan isu dan pengaruh politik dan jawapan bersifat menghina dan berbelit belit.


Bagi saya persoalannya cukup mudah, yang dipertikaikan bagaimana sekeping tanah wakaf khas yang dijariahkan oleh pewakafnya untuk tujuan khas yakni bagi tujuan pembinaan surau dan madrasah boleh dijual beli kepada pemaju Cina Kristian yang bermaksud untuk membangunkan shopping complex 8 tingkat bernama AMAN CENTRAL?


Inilah pada saya persoalan pokok yang menuntut jawapan absolute demi maslahat dan kepentingan umat Islam di masa hadapan