Monday 11 July 2011

JALAN MESTI MELANGKAH KEHADAPAN

JALAN MESTI MELANGKAH KEHADAPAN...BUKAN BERUNDUR KEBELAKANG..


Ungkapan di atas juga adalah sebahagian bai-bait ayat dalam iklan Hari Kemerdekaan tajaan PETRONAS..Pepatah Melayu ada menyebut, 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Muafakat membawa berkat, diplomasi lebih indah dan berhemah berbanding revolusi. Keamanan lebih afdal dari kekacauan. Dan konsep atau gagasan bidang strategi yang menyatakan, 'jika mahukan keamanan maka bersedialah untuk berperang sudah tidak sesuai lagi diaplikasikan dalam tamadun ini.Sedaya mungkin bersamalah kita elakkan peperangan, kacau bila dan ganggu gugat.

Allah s.w.t menganugerahkan kita akal. minda, iman dan hati budi. Berfikirlah gunakan KEPALA akal,bukannya KEPALA Lutut. Jangan pula berfikir bersandarkan emosi, kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu..

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Jangan jadikan lagi kata perpaduan, keamanan sebagai bahan klise atau retorik yang pada akhirnya tidak mampu dilaksanakan. Rukunegara dan penghayatannya wajar kembali disemarakkan. Kempen budi bahasa harus diterapkan menjadi budaya dominan rakyat Malaysia secara berterusan.

Api dan sengketa perkauman dan sensitiviti agama wajib kita kendur dan basmikan..Budaya Revolusi bukan budaya rakyat. Bunga Raya adalah bunga kebangsaan, jangan dikaitkan ianya dengan REVOLUSI yang boleh memusnahkan.

Marilah kita memandang kehadapan, kita bina dan pastikan kualiti hidup rakyat lebih selesa, Islam dijulang, hak semua kaum dipertahan, dan program untuk rakyat diutamakan..

Kepada petualang dan pengacau yang terus-terusan inginkan Revolusi, apa kata kita sarankan mereka tukar warganegara, menjadi rakyat Cuba..Ataupun jika inginkan revolusi sebenar, maka bersiap sedialah ke Palestine, berperanglah dengan regim zionis Israel, Yahudi laknaktullah.

Bebaskan Palestine, bebaskan Masjidil Al-Aqsa...Bukankah itu lebih mulia dan pasti jika mati..dijamin syurga.....Barulah dikatakan 'berani pada tempatnya' dan itulah KEADILAN yang sebenar-benarnya..Apa macam..ADA BERANI??????


Hantar pada rakan, klik



No comments:

Post a Comment