Wednesday 24 August 2011

INILAH NEGERI BERKEBAJIKAN :)

Anak buah saya dua hari yang lalu yang tinggal di Alor Setar sempat mengunjungi bazar Aidilfitri yang menjadi acara tahunan. Deretan khemah, gerai yang menganjur di Dataran Tunku dihadapan Bangunan UMNO Kedah melimpah sehingga ke depan Kedah supermarket.

Tanpa deretan bazar ini yang mengadap Pekan Rabu, institusi niaga unggul umat Melayu Kedah, maka Aidilfitri dan sambutannya di Alor Setar dirasa tidak lengkap dan kurang meriah. Dan anak buah saya yang membawa anak dan isterinya untuk membeli pakaian raya sempat berbual dengan beberapa peniaga di situ. Dapatan paling menarik, sewa gerai melambung tinggi mencecah RM6,000, ada peniaga yang mendapat tiga buah gerai sekaligus, ada yang tidak mendapat langsung meskipun undian pemilihan peniaga dikatakan dibuat secara undi terbuka..

Jika sewa khemah dan gerai yang luasnya 20X10 atau 10X10 itu mencecah RM6,000 bayangkan peniaga kecil-kecilan yang 100%nya adalah umat Melayu Islam terpaksa berikhtiar untuk membuat untung bersih purata sehari RM200 bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Namun dua minggu seminggu dua kebelakangan ini hujan, ribut menjadi semacam satu tren di bandaraya Alor Setar.

Jumlah pengunjung pula agak suram dan mungkin hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri baru menampakkan kemeriahan pengunjung. Itupun kuasa beli pengguna kian menurun, kerana ramai yang lebih berhati-hati dan berjimat cermat meskipun kakitangan awam baru sahaja beroleh bonus setengah bulan gaji..Nampaknya inilah nasib dan himpitan yang terpaksa diharungi oleh peniaga kecil umat Melayu yang mahu berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan disebuah negeri berkebajikan yang menjanjikan slogan SEJAHTERA untuk rakyatnya.

Dan rasanya tidak perlulah kita memanjangkan hal ini kepada pembesar negeri KEDAH DARUL AMAN ini yang kini masih lagi dalam medication, dipantau kesihatannya oleh doktor kesan penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.Justifikasinya jika diajukan sekalipun maka jawapan si pembesar negeri yang berjawatan MB ini tentulah, 'SAYA TIDAK TAHU, SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'..

Maka bersabarlah kita semua di bulan mulia ini dalam menanggung pelaksanaan 'NEGERI BERKEBAJIKAN' di negeri KEDAH DARUL AMAN.

No comments:

Post a Comment