Monday 4 July 2011

'MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH'

Pendekar Melayu sejati pantang berundur bila berhadapan musuh. Kata dikota janji dilaksana. Sumpah pendekar Melayu dengan 'darah dan airmata' kita korbankan segala.Demi mendaulat nusa, bangsa dan agama.

Pendekar Melayu sejati pantang dicabar, pasti bangkit ibarat helang menyambar. Melayu sejati cukup unggul dan ampuh sifatnya dengan Islam sebagai sendi, bukan peralatkan Islam bagi meraih undi.

Pendekar Melayu sejati tidak gentar hadapi cabaran, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Membujur lalu melintang patah. Semangat kepahlawanan Mat Kilau, Dato Maharajalela,Dato Bahaman, Tok Gajah, Kiyai Salleh, Pahlawan Tok Jangut sentiasa jadi inspirasi. Menentang penjajah bukan kepalang, ke tali gantung mereka relakan sepertimana hati budi dan semangat keberanian Rosli Dobi menyanggah Gabenor Duncan Stewart di Sarawak. Malah kepahlawanan Leftenan Adnan Saidi berjuang ketitisan darah terkahir membentengi kemaraan tentera JEPUN di Bukit Chandu bukan lagi sekadar satu kisah nostalgia yang hanya layak disimpan di muzium sejarah.


Kepahlawanan mereka ini wajar dijayati, menjadi inspirasi..kerana setiap Melayu ITU mengalir darah pahlawan dijiwa mereka. Tanpa mengharapkan nama, demi sebuah negara, demi agama yang mulia dan demi bangsa tercinta, maka biar apa pun merentang, MELAYU  pasti BANGKIT MENENTANG...Malayan Union menjadi bukti, kuatnya Melayu penjajah pun lari...

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..Jangan mewarisi sifat bacul golongan yang suka 'MELEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN'....

Melayu itu bangsanya berani,
tulus hatinya gagah perkasa,
Jangan diusik Hak Kami, kelak nanti buruk padahnya...

HIDUP MELAYU!!!!!!!!


Hantar pada rakan, klik



No comments:

Post a Comment