Monday 4 July 2011

SEMBAH DERHAKA, HUKUM MEREKA, DAULAT TUANKU...!!!!!

SEMBAH DERHAKA...
HUKUM MEREKA!!!!!!
DAULAT TUANKU...!!!!!

Titah KBDYMM Tuanku Sultan hatta YDP Agong adalah manifestasi peranan duli-duli baginda sebagai payung mahkota rakyat. Jika ramai yang bertanya kenapa titah perlu dijunjung(ditaati) maka jawab mudahnya pengertian 'kerajaan' yang berasal dari bahasa sanskrit bermaksud wujudnya keadaan beraja.

Sejarah mencirikan bahawa SISTEM POLITIK TERAWAL yang dikenali dan diamalkan bangsa ini adalah sistem monarki. Hakikat juga membuktikan baik British, Portugis, Belanda dan JEPUN, kedatangan penjajah tersebut tidaklah pernah menghakis peranan institusi beraja di Tanah Melayu, malah mengukuhkan lagi meskipun pada hakikatnya peranan Raja dan Sultan hanya dikesampingkan sebagai penjaga hal-ehwal umat Islam dan adat istiadat Melayu.

Cubaan British untuk menghapuskan sistem beraja mulai nampak apabila Malayan Union mahu diperkenalkan pada tahun 1 April 1946. Di tahun berkenaan jugalah tertubuhnya UMNO bagi mempertahankan hak raja dan sekaligus hak Melayu.

Justeru jika titah mula disanggah,Raja mula diterjah sepertimana kelakuan makhluk hijau yang sanggup berbaring di atas jalan raya tatkala berlaku peralihan kuasa di Perak satu ketika dahulu antara kerajaan boneka DAP kepada BN maka, tampaklah bahawa elemen liberalisme kian menggugat dan menggoyah institusi tertinggi yang membawa simbolisme Melayu.

Bukan itu sahaja sudah ada keceluparan untuk menjadikan Parlimen Malaysia punyai kelas bertaraf dunia, bahasa Inggeris mestilah digunakan. walhal pindaan penting bagi lima perkara tradisi dalam perlembagaan memerlukan persetujuan dan tandatangan 9 orang Raja-Raja Melayu. Lebih parah apabila 'songkok' kini cuba dibakulsampahkan, tatkala melihat gelagat puak-puak komunis yang mencabar dan sering mempertikai etika berpakaian ketika sidang pembukaan Parlimen atau DUN yang dilakukan oleh Raja-Raja Melayu.

Dan ketika titah KBDYMM Yang Dipertuan Agong, agar keamanan negara dipelihara, supaya rakyat jangan menggadai nasib masa DEPAN dengan menyertai perhimpunan haram yang tidak ketahuan kesudahannya, RAMAI pulak tanpa disedari yang sudah diresapi ajaran komunis dan fahaman Republik mula mempertikaikannya. LIBERALISME yang tidak ketahuan hala ini diungkap tanpa asas atau kefahaman ilmu yang mendalam berhubung sosio-politik, sistem kerajaan dan fungsi sistem beraja di Ma;aysia.

REALITINYA GOLONGAN INI JUGA SERINGKALI MELACURKAN ISTILAH 'RAKYAT' ATAU KEPENTINGAN RAKYAT, WALHAL APA YANG MEREKA LAKUKAN adalah berkisar pada kepentingan puak, kumpulan, parti atau sebahagian kecil pengikut mereka.

Dan kepada kumpulan kecil atau puak ini..yang layak digelar kepada mereka adalah 'PENDERHAKA'. Jika dizaman fedual dahulu barangsiapa yang melancarkan perang kebawah Duli YANG MAHA MULIA TUANKU, HUKUMANNYA ADALAH HUKUM PANCUNG.

PATIK-PATIK SEKELIAN YANG HINA INI MERAFAK SEMBAH KBDYMM Tuanku dan menjunjung segala titah serta akan taat tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan KBDYMM Tuanku.Maka hukum segera golongan petualang dan PENDERHAKA NEGARA INI!!!!

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun
Sembah patik mohon diampun

DAULAT TUANKU!, DAULAT TUANKU!, DAULAT TUANKU!

Hantar pada rakan, klik



No comments:

Post a Comment