Friday 8 July 2011

Ayah Yang Gemarkan Perangai 'gila-gila'

BURUNG APA????
BURUNG MURAI NAK..
BURUNG APA????
BURUNG MURAI NAK..

Ungkapan di atas adalah rentetan satu iklan hari raya Aidilfitri yang seringkali tersiar. Iklan hasil sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad dan tajaan Peteronas.

Nilai kekeluargaan dan kemanusiaan yang cuba disingkapkan melalui iklan tersebut cukup tinggi. Dalam maknanya, punyai maksud dan falsafah tersirat dan tersurat.

Demi mahu melayani kehendak anak, dan memuaskan hati si anak, si ayah berulang kali sanggup menjawab pertanyaan si anak. Demikianlah sifat seorang ayah,ketua keluarga, kerajaan, yang saban waktu berusaha memenuhi apa jua kehendak pengikut, rakyat, ahli keluarga atau rakyat yang dipimpinnya.

Cuma yang dipimpin, ahli keluarga atau rakyat sering kurang bersyukur. Mereka terus merengek meminta itu dan ini, tidak puas dengan apa yang ada. Selalu sahaja ada seribu macam yang tidak kena, tidak puas..Namun disudut hati , mereka secara diam mengakui dan mengiktiraf bahawa hanya 'bapa' atau 'ayah' yang satu inilah yang boleh menjaga mereka.Namun negitu entahlah kenapa mereka gagal untuk menyatakan dengan hati dan mengiktiraf sumbangan bapa atau ayah yang satu ini. Barangkali dijiwa mereka ada sindrom 'penyakit hati' atau diserang virus 'sakit hati'.

Namun kerana hasutan, kerana was-was, buruk sangka, ayah terbaik yang mereka sudah miliki cuba mereka tukarkan dengan 'ayah' yang bertopengkan wajah seribu macam. 'Beraja di mata bersultan di hati'. Ayah baru yang mereka cuba nobatkan ini, penuh dolak dalih, penuh muslihat, cantik dan baik nampak dipermukaan, namun hati budi Masya-Allah, hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.

Kita bersyukurlah dan redhalah dengan 'ayah' yang kita ada.. Ayah bernama 'Malaysia' yang terbukti berjaya memberi kita kedamaian, keamanan, cukup makan, pakai, peluang pendidikan, ruang meningkat ekonomi, jalan terbuka untuk memperkaya diri dengan syarat berusaha. Ayah yang sentiasa berusaha, berfikir dan merencana serta tidak putus-putus menggandakan tindakan untuk memberi yang terbaik buat anak-anak Malaysia.

Janganlah kita mencari ayah yang lain, ;ayah yang berperangai badut, ayah yang ibarat sarkas, ayah yang hipokrit, ayah yang bertalam dua muka dan ayah yang gemarkan perangai 'gila-gila'. Sehinggakan semuanya sama rasa, sama rata, 'depan belakang tiada bezanya'...

Untuk semua para ayah..terima kasih..kerana dari benih mu lah, lahirnya kami ke dunia yang fana ini..
Bagi mereka yang sudah kehilangan ayah..kerana kembali ke rahmatullah, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Hantar pada rakan, klik



No comments:

Post a Comment