Sunday 29 May 2011

ADA APA DENGAN BALING ?

Sebuah daerah di selatan negeri Kedah yang bersempadan dengan negeri Perak, dilingkungi berdekatan dengan tiga daerah lain selain berjiran dengan negara Thailand. 'A district with three boundries'.

1955, Rundingan Baling diadakan, mempertemukan kerajaan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya.
View Larger Map
Awal tahun 70-an, kononya ada rakyat Baling mati kelaparan, lantas timbullah gerakan demonstrasi mahasiswa secara besar-besaran di ibu kota Kuala Lumpur.


1985, Tragedi Memali, pertembungan sesama Islam, mengorbankan lebih 18 nyawa termasuk 4 anggota keselamatan yang bertarung jiwa dan darah untuk kekalkan keamanan negara.


Baling juga seringkali dikaitkan dengan daerah terpencil, mundur dan antara yang terus corot dalam kemiskinan.

Sebagai anak jati Baling, saya terpanggil untuk merekayasa semula fungsi, corak pembangunan dan penjanaan aktiviti ekonomi untuk rakyat setempat..

Persoalannya bagaimana dan bila semua ini harus dilaksanakan?
Bagaimana pula dengan upaya idea, sumber, kekuasaan dan autoriti untuk menggerakkan transformasi tersebut.


Impian tetap ada, namun Insya-Allah perubahan Baling perlukan komitmen semua, yang pasti Baling kaya dengan aset flora dan faunanya, suasana yang damai. Sumber tenaga manusia yang punyai kemahiran tersendiri.


Baling boleh dimajukan dengan produk pelancongan alam semulajadi, sukan lasak,perubatan tradisional. Dapat dipacu menjadi pusat pengajian agama tersohor, Baling juga kaya dengan hasil setempat yang jika dibuat branding, packaging, marketing yang menarik pasti memberi nilai tambah.


Baling perlu keluar dari kepompong dan stigma yang kurang menyenangkan, sebut apa sahaja tragedi atau peristiwa buruk yang tercatat dalam sejarah negara, semuanya pasti bermula di Baling.

Anak-anak Baling yang jauh, dekat, cerdik pandai, usahawan, teknokrat, pimpinan agama, alim ulama, ahli politik, pentadbir yang berasal dari Baling bersama seluruh rakyat perlu gembleng tenaga agar Baling tidak terus dibaling dan terbaling dari arus kemajuan, pemodenan negara. Jangan lagi Baling terus terlindung dan hanya terpacul bila adanya peristiwa ngeri atau yang menyayat hati..

Baling tidak mampu Menangis lagi...






1 comment:

  1. aku kurang selesa dgn kenyataan yg memperlihatkan kematian 4 anggota keselamatan dlm peristiwa Memali sebagai menjaga keamanan negara ?..Apa ? penjenayahkah al marhum Ibrahim Mahmud tu...berapa juta wang bank yg dia rompak? Berapa ratus rakyat Kedah yg mati kena bunuh oleh al marhum...berapa banyak jambatan yg roboh kerana dibom?...Kalaulah almarhum itu penjenayah yg amat membahaya kenapa DYMM Sultan Kedah (sekarang yg Di Pertuan Agong)sudi mencemar duli untuk menyiram air mawar dikubur almarhum?? Jangan cuba untuk membelit cerita demi survivor politik...

    ReplyDelete