Sunday 25 December 2011

SIGNIFIKAN 9 JANUARI 2012

Adam Adli,mahasiswa yang belum berjiwa Merdeka,bakal dibicarakan oleh Lembaga Tatatertib UPSI pada 9 Januari 2012


Dr Khir Toyo bakal membuat keputusan berhubung masa depan politiknya juga pada 9 Januari..setelah beliau didapati bersalah dalam kes rasuah.


Anwar Ibrahim bakal menerima keputusan pengakiman berhubung kes liwatnya juga pada 9 Januari.


Kita berdoa semoga 9 Januari 2012, tidak memunculkan apa-apa tragedi yang boleh dicatitkan dalam sejarah buruk politik negara..


Kita mohon perlindungan dari Allah s.w.t agar Malaysia dan rakyatnya bebas dari segala malapetaka..Amin...

Saturday 24 December 2011

PENGHUJUNG 2011, MOGA ADA SINAR DI 2012

Bermula 2012 kita mengharapkan sinar baru untuk menjernihkan politik negara dari elemen kacau bilau, titik bengit yang selama ini dicetuskan oleh golongan subversif dan kurang prihatin kepada ketenteraman awam.


Biarlah jika ada titik hitam 2011 kita lupa dan tinggalkan memori duka itu. Namun realitinya  tahun baru 2012 bakal menjanjikan lebih banyak usaha bersungguh kepimpinan YAB Dato Seri Haji Najib Tun Abdul Razak.


Benarlah gagasan 1Malaysia diupayakan dengan bersungguh oleh beliau dan barisan jemaah menterinya. Biar seribu tohmahan yang datang, biar sejuta ombak yang menghalang namun anakanda kepada Tun Abdul Razak ini bukan pemimpin sebarangan.


Kemahuannya kuat, istiqamah dan kesabarannya tinggi, komitmennya jelas, halatuju rakyat dan negara yang ingin dibawa kehadapan telah dipetakan dengan penuh murni.


Kita sebenarnya bertuah, negara ini aman, makmur, bebas beribadat, toleransi antara kaum cukup tinggi. Cuma ada segelintir gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan saya percaya dengan kefahaman dan kematangan rakyat yang tinggi, api dan gunting itu dapat kita buang jauh ke dalam lembah. Biar ianya rebah dan tidak lagi menggangu rakyat yang hidup dalam keadaan muhibbah.


Dan dihujung tahun ini, kakitangan awam tersenyum riang, bonus hasil bajet 2012 sudah tersedia di dalam akaun, tidak lama lagi lebih 6 juta rakyat bakal menerima imbuhan RM500 setiap orang..Ekonomi terus segar, keamanan terus subur, kerja kuat pemimpin BN terserlah..Nak Nafi apa lagi???. Bersyukurlah kita, kerana kerajaan ini kotakan janji, laksanakan tindakan dengan bestari.


Kepada penganut agama Kristian saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas, dan kepada yang masih bercuti selamat bercuti dan bagi anak-anak yang bakal memulakan penggal persekolahan 3 Januari nanti selamat kembali ke alam yang penuh menyeronokkan.


Apa pun diminggu terakhir 2011, ini kita tumpukan usaha untuk sediakan keperluan sekolah anak-anak itu yang lebih utama. Tanpa ilmu hidup tiada maknanya, tanpa ilmu hidup menjadi sia-sia.Syabas dan tahniah untuk anak-anak kita yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang diumumkan baru-baru ini.
Selamat menyambut tahun baru 2012.


Ikhlas dari saya:
DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR

Thursday 22 December 2011

TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!

Hakikat PAS menjadi alat PKR dan kuda tunggangan DAP bukan rahsia lagi. Hakikat bahawa PAS lebih menjaga hubungannya dengan 'kafir harbi' DAP dan sanggup memusuhi saudara seagama yakni jemaah UMNO juga bukan satu rahsia lagi.


Hakikatnya juga PAS takutkan DAP sehingga sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam ditukar ke Negara Kebajikan juga sudah diketahui umum. Dan hakikat bahawa PAS hanya menjadi alat PKR untuk PKR bertapak dengan kukuh dalam arena politik Malaysia juga tidak dapat disangkal lagi.


Realitinya juga PAS bukan berminat sangat untuk memenangkan perjuangan Islam juga telah diketahui masyarakat. Matlamat menghalalkan cara mereka adalah berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk 'iblis' semata-mata mahu menang dalam pilihanraya dan menjadi rakan kongsi kuasa kepada PKR dan DAP yang perjuangkan pluralisme dan negara rebublik yang tak ketahuan hala.


Dan apabila DR Hassan Ali dan YB Nasharudin Mat Isa dedahkan segala-galanya maka bertambah fahamlah kita akan rupa sebenar PAS, 'serigala yang bertopengkan wajah kambing tua'.

Wednesday 21 December 2011

GAYA POLITIK BARU?????

Kebelakangan ini pelbagai insiden yang dulunya tidak pernah difikir dan tergambar dek fikiran kini menjadi realiti.


Perhatikan contoh-contoh ini:


1. Parti Islam sudah melupakan dan meninggalkan sama sekali prinsip asas menegakkan negara Islam.


2. Mahasiswa khususnya Melayu rela 'berjiwa hamba' untuk menjadi kuda tunggangan segelintir pihak tanpa faham apa pun tujuan sebenarnya. Lebih malang pencapaian akademik mereka ini pula sekadar 'cukup makan'.


3. Lelaki Melayu pertama dengan gah sudah berkahwin dengan lelaki Inggeris dan gambar perkahwinannya disebar serata dunia.




4. Bukan Islam, direla dan dibenarkan untuk mencaci, mempersenda Melayu, persenda Islam, persenda Ketua Agama Islam dihadapan audien Melayu dan Islam.


5. Lebih malang, yang bermasalah dan melakukan pelbagai karenah dijulang sebagai 'orang baik' dan orang yang bersusah payah bekerja untuk mensejahterakan rakyat difitnah dan diadu domba dengan pelbagai cerita palsu.


6. Permusuhan sesama Melayu Islam dihangatkan, diapi-apikan dengan pelbagai cara, oleh bukan Islam yang kini bertepuk tangan menanti ruang untuk memasukkan jarum penjajahan bentuk baru.


*Mungkin ini agaknya yang dikatakan 'POLITIK BARU' yang dianjurkan oleh sebilangan pihak. Politik baru yang jelas menyanggahi prinsip, budaya, adat resam, terlalu bebas, melanggar undang-undang dan tidak lagi mentaati Ulil amri atau pemimpin dan juga golongan yang sepatutnya.


Siapakah penganjur budaya POLITIK BARU INI?
Apakah agenda mereka sebenarnya?
Perjuangkan demokrasi atau inginkan negara ini berada dalam keadaan Anarki (huru-hara)?


TEPUK DADA TANYA IMAN!!!!!! 

Sunday 18 December 2011

PETANDA YANG KIAN JELAS...

Memang benar, tanda-tanda kian jelas. Kegentaran pakatan pembangkang kian meluas, kelemahan mereka ditunjukkan dengan bukti nyata. Kecelaruan sesama mereka satu petanda. Di sebalik keghairahan BN terus bekerja tanpa mengira masa, pakatan pembangkang, alpa pada amanah utama.


Politiking mereka keterlaluan, ujian yang Allah s.w.t berikan dengan mandat memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan jelas mereka abaikan.


Umat Islam kian celik dan nampak 'wajah' sebenar PAS yang selama ini memuja Daulah Islamiyah. Namun kini perjuangan negara Islam ditinggalkan, negara kebajikan pula dimomokkan. Prinsip dan idealisme kian hancur, mereka lebih gentar pada DAP dan rakan sekutu PKR berbanding takutkan Allah s.w.t.


Mereka bersekongkol menginjak institusi raja, memperlekeh pimpinan negara dengan budaya biadap dan ala samseng jalanan, memporak peranda pegangan agama umat, mengharu birukan ajaran agama melalui tafsiran ikut suka.


Nah wajah mereka kian terserlah, demikian juga PKR, parti yang tiada halatuju kerana agendanya hanya 'menyelamatkan nafsu Anwar Ibrahim'. Nafsu kemaruk mahu menjadi PM at all cost biar dengan cara apa sekalipun.


Dan DAP tidak ketinggalan, bukan sedikit cercaan mereka yang mengguris umat Melayu, yang mewakili 67% penduduk negara ini. Barangkali Melayu itu jiwanya sabar jika tidak habis semua sudah terbakar!!!!!.


Rakyat boleh menilai, ya memang sebagai kerajaan BN ada salah silap dan kelemahan tertentu, namun muhasabah diri dan pembaikan sentiasa dilakukan, dan mengertilah serta akuilah apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini tidak mungkin muncul begitu sahaja tanpa usaha dan pendekatan tersusun yang dirangka dan dilaksana oleh BN.


Rakyat mengerti, rakyat memahami ini semua, namun pemahaman rakyat saban hari ditusuk dengan racun propaganda, dakyah jahat dari golongan yang tidak senang dengan kemakmuran, perpaduan dan kestabilan Malaysia.




Hakikatnya petanda kian jelas, pakatan pembangkang bakal temui jalan keluar, Jalan untuk dihumban ke lembah kehancuran dan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia. Dan rakyat yang matang lagi rasional akan mengajar mereka semua..!!!!





Saturday 17 December 2011

APA DAH JADI NI?????

Saya tertanya masih berfungsikah kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS?. Atau mereka terus dengan sikap pekak, buta dan tuli yang berpanjangan?. Benarkah mereka berkebajikan?

Baiklah kita utarakan tiga isu asas ini yang melibatkan kepentingan rakyat, yang sehingga kini
mereka(PAS, PKR dan DAP) buat endah tak endah.

1. Banyak jalan-jalan negeri gagal diturap, diselenggara, dan dibiarkan berlopak, berlubang sehingga mengancam keselamatan nyawa pengguna, hatta di ibu negeri, Alor Setar sendiri. Bukti dapat dilihat jika melewati Jalan Kilang Tebu, Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra, Jalan Tambang Badak, Jalan belakang RTM(Taman Pelangi), Jalan disimpang Traffic Light Sime Tyre, kualiti dan keadaan jalannya seperti di tahun 60-an.Lebih RM154 juta kerajaan Persekutuan peruntukkan kepada negeri untuk selia jalan, menerusi JKR, namun kerajaan negeri hanya belanja RM34 juta setakat ini. Selebihnya mengikut kata MB Azizan, disimpan
dalam Tabung Amanah MB, apa
maknanya ini?, tabung amanah MB atau tabung pilihanraya parti????

2. Ikan temenung(ikan kembong panggilan orang KL) hatta di jeti dan pasar Kuala Kedah sendiri harganya RM10 sekilo, mana EXCO Perdangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna Negeri Kedah, ADUN Tan Soo Nee dari PKR?. Tidurkah dia, makan gaji butakah dia?, tidak tahukah dia, mana dia program bersepadu untuk menyiasat dan meneliti kenapa hal ini berlaku, yang pelik di negeri-negeri diperintah BN tidaklah harga ikan temenung setinggi itu. Apa dah jadi ni???

3. Minyak masak dalam paket(1 KILO) susah sangat diperolehi di kedai runcit, mini market dan pasaraya. Yang ada hanya dalam botol 5 kilo itupun minyak MAZOLA(Minyak jagung) atau minyak sayuran dari luar negara. Nak beli minyak seperti mahu membeli dadah, dicari kesana sini namun letih Mak Teh, Mak Ngah dan Pak Tam mahu membelinya. Sekali lagi apa susulan tindakan kerajaan negeri, tidurkah mereka?, sedarkah mereka?, ataupun seperti biasa jawapan mereka, 'SAYA TAK TAU SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'. Ataupun jawapan standard lain 'NANTI KITA SIASAT'.Atau jawapan, ini urusan kerajaan pusat bukan kerajaan negeri. Kalau begitu jawapan PAS, PKR dan DAP maka jika sekiranya mereka sakit, kereta mereka terjatuh dalam longkang, kita jangan sama sekali tolong mereka, katakan pada mereka, 'INI BUKAN URUSAN KAMI, panggil orang KL pakat mai tolong tolak kereta hangpa". Baru padan dengan muka!!!!

4. Apa dah jadi ni??. Kalau nak mentadbir serius sikit buat kerja buat kerja cara Islam..Kasihani rakyat, utamakan rakyat, utamakan khidmat, sepertimana yang ditunjukkan oleh pimpinan BN terutamanya PM 1Malaysia, Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


Wednesday 14 December 2011

LAMA..TETAPI MASIH BERTENAGA!!!!!


Jenama Maggi, makanan segera, adalah jenama lama yang sudah pun mula dikeluarkan semenjak Perang Dunia ke-2. Namun kini terus hangat dipasaran dengan jualan lebih 40 juta bungkus sehari. Demikian juga jenama Ford, Daimler, Mercedes semuanya adalah jenama yang dihasilkan oleh pembuatnya pada awal kurun ke-20 dan penghujung abad ke-19, namun jenama-jenama itu terus menguasai pasaran automatif dunia.

Di negara China, jutawan unggul dari kaum wanita menjadi bilionaire hasil usahaniaga 'barangan lama dan kitar semula'. Dan bagi kebanyakkan orang ataupun hartawan didunia, status mereka diangkat dan dibanggakan apabila mampu memiliki barangan antik atau barangan lama yang harganya bernilai berjuta-juta dollar.

Jangan pula lupa, momentum gerakan tentera Jepun dalam Perang Dunia ke-2 menjadi mudah dalam menakluki Tanah Melayu kesan bantuan 'gerek(basikal) tua' yang menjadi kenderaan utama askar berkenaan.

Di sentuh soal 'lama' ini bukan apa. Cuma mahu menyanggah teori seorang tukang popaganda PAS di Kedah yang menyatakan faktor terlalu 'lama' berkuasa di Malaysia akan menyebabkan BN tumbang dalam PRU ke-13 nanti.

Jika teori 'lama' ini terpakai bermakna Nik Aziz yang sudahpun lebih 4 dekad menceburi politik patut sama tumbang. Demikian juga Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sudah melebihi 30 tahun menjadi Ahli Parlimen.

Isunya PAS juga sebuah parti yang juga sudah agak berusia, ditubuhkan pada tahun 1951, bermakna usianya sudah 60 tahun. Namun belum ditakdirkan Allah s.w.t untuk menerajui negara. Berbanding UMNO dan BN yang usianya menganjak 65 tahun.

Namun dengan pendekatan pragmatik, penjenamaan semula, khidmat bakti yang cemerlang, konsisten perjuangkan isu rakyat, dan sentiasa ada transformasi serta penambahbaikan, penjenamaan semula dan cara bekerja, maka UMNO/BN terus diterima rakyat..
Insya-Allah dalam PRU ke-13 nanti berkat dokongan, usaha dan doa semua, UMNO/BN sekali lagi akan terus diberi mandat untuk menyambung kerja-kerja membangunkan Malaysia tercinta.

Inilah yang dikatakan 'LAMA NAMUN TETAP BERTENAGA'. Ibarat orang tua yang sudah kematian isteri selama 30 tahun, namun apabila berkahwin semula dan ditemukan pula jodoh dengan anak dara sunti usia awal 20-an, maka orang tua tadi pastinya ditahniahkan dengan ucapan "Selamat pengantin Baru".

Monday 12 December 2011

MENJUJUNG KASIH DAN SEMBAH TAHNIAH!!DAULAT TUANKU


Ampun Tuanku beribu ribu ampun sembah patik mohon diampun

Patik pacal yang hina, Ismail bin Abu Bakar ingin merafak sembah, menjunjung kasih dan sembah tahniah di atas perlantikan KeBawah Duli Yang Mulia Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-14.Patik juga ingin menyembah tahniah di atas pertabalan KBDYMM Tuanku justeru terasmilah KBDYMM Tuanku sebagai payung mahkota negara.

Sembah tahniah juga kepada YTM Tunku Bendahara, Tunku Temenggong, dan Tunku Puteri Dato Sri Intan Shafinaz di atas perlantikan di dalam Majlis Perajaan Negeri Kedah.

Perlantikan ini cukup bermakna dan bersejarah bagi rakyat dan negeri Kedah. Mudah-mudahan KBDYMM Tuanku akan menduduki singahsana dan menjadi payung mahkota kepada seluruh rakyat Malaysia, agar Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.

Daulat Tuanku!!!

Sunday 11 December 2011

HAPPY FOR RAKYAT AND HAPPY FUN PARK


Usaha demi usaha digagaskan untuk lerai kesusahan rakyat. Bermula dengan Klinik 1Malaysia,Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia(PRIMA), Kedai Rakyat 1Malaysia(KRIM) terus gah menyedikan barangan kualiti dengan harga murah, walau dicerca dan difitnah.Kemudiaan kesemua pelajar rendah dan menengah menerima habuan RM100 setiap orang dengan peruntukkan kerajaan pusat BN berjumlah RM530 juta.

Kini bantuan rakyat 1Malaysia(BRIM) wang saguhati one-off berjumlah RM500 bakal diagihkan bermula Januari, meskipun Mat Sabu kata haram siapa yang menerima wang berkenaan.Justeru kepada penyokong dan ahli PAS, PKR dan DAP harap jangan ambil wang itu, lebih baik diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Isu asasnya disebalik caci maki pakatan pembangkang, kerajaan BN terus berusaha, bekerja memberi khidmat merata-rata. Disebalik kecelaruan pakatan pembangkang mengadu domba, menghasut rakyat jangan menerima itu dan ini namun rupa-rupanya mereka, ahli dan pemimpin pembangkang yang terlebih kehadapan mengambil bantuan kerajaan.

Dulu pemimpin pakatan pembangkang mengatakan Kapal selam milik TLDM tidak boleh menyelam, dan kini NAH, apabila Lim Guan Eng , P. Ramasamy, Dr Mansor Othman, sendiri dibawa oleh Zahid Hamidi menaiki kapal selam, baru dia tahu kebenarannya.

Bercakap memang mudah, namun melakukannya bukan perkara enteng. Apapun keghairahan rakyat untuk kembali pada BN kian terserlah, inilah yang menggusarkan pakatan pembangkang. Lalu digunakan pelbagai cara, dan helah, HAKIKATNYAmereka benar-benar terdesak kali ini. Disebabkan itulah di Kedah yang diterajui oleh parti yang kononya berjuang atas nama Islam, kian hari terlibat dengan kerja mungkar.

Rumah hiburan, pusat karaoke, rumah urut tumbuh merata-rata, syiar dan dakwah Islamnya entah kemana. HAPPY FUN PARK, atau funfair gah diperkarangan stadium Darul Aman, bunyi bingit, percampuran bebas lelaki perempuan, waktu sembahyang entah kemana, namun itulah yang kini menjadi taruhan PAS untuk menarik hati rakyat.

Inilah skala pengurusan ekonomi 'lebai malang'. Sekadar funfair, pasar malam, dan ekspo kacang putih, tidak ada sinergi untuk majukan lagi ekonomi negeri dengan lebih matang. Perniagaan kian muram, rakyat kian tidak senang. Pelaburan di KHTP kian susut, duit GLC banyak yang kian kering, yang gah dinyatakan hasil balak, namun yang tidak didedahkan hasil balak meningkat kesan kawasan konsesi dibuka luas dan makin bertambah.

Duhai rakyat Kedah, sedar dan insaflah, tidak ada apa makna pun bertuankan parti yang kini sudah menjadi sayap terbaru DAP. Sebab itu mereka sanggup buang soal hudud dalam manifesto. Amal maaruf nahi mungkar mereka tinggalkan, kerja dakwah mereka abaikan, dulu benda yang mereka kata haram kita dah jadi halal dan kebaikan yang BN lakukan serta benda halal yang mahu diberikan kepada rakyat mereka kata haram..

Marilah bersama kita kembalikan kegembiraan rakyat dengan memilih sebuah kerajaan yang cekap bekerja bukan hanya bijak berkata-kata. Kerajaan yang boleh merangsang ekonomi dan daya maju negeri bukan kerajaan yang sekadar tahu menganjur funfair dan sarkas yang basi.

Wednesday 7 December 2011

LIMA DAN LANGKAWI



Pameran LIMA 11 sedang gah berlangsung di pulau lagenda LANGKAWI dari 6-10 Disember. Hotel-hotel dan chalet dipulau yang pernah disumpah Mahsuri itu dalam minggu ini 'fully booked'. Industri perkhidmatan seperti kereta sewa, kedai makan, outlet menjual barangan bebas cukai usah dihitung lagi laba keuntungannya.

Nikmat kesan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir mengistiharkan LANGKAWI BEBAS CUKAI pada tahun 1987. Selain lebih 104 buah pulau yang indah, Langkawi dikenali kerana dua event terbesar, 'LE TOUR de LANGKAWI dan LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AIROSPACE yang mengambil tempat setiap 2 tahun sekali.

Tahun ini sudah memasuki edisi kesebelah, pengunjungnya begitu hebat, sambutan cukup gah dari pempamer dalam dan luar negara. Nilai dagangan mencecah RM4bilion. Terima kasih DATO NAJIB kerana meneruskan legasi TUN DR MAHATHIR..Inilah kebijaksanaan perancangan dan tindakan pimpinan negara.

Agar ekonomi setempat boleh dimakmurkan dan rakyat beroleh manfaat. Mentadbir negeri bukan sekadar dengan kata-kata atau hamburan air liur atau ceramah panjang berjela, tetapi mesti melalui tindakan tersusun, JANJI DIKOTA, KATA DILAKSANA..Barulah KEDAH DAN RAKYATNYA BENAR-BENAR SEJAHTERA...

Sunday 4 December 2011

SIAPA WINNABLE CANDIDATE DI BALING???????


Berdasarkan laporan puluhan agensi dan setelah suluhan, analisis dan kajian dilakukan,tentulah agensi terbabit telahpun mengenalpasti calon-calon boleh menang yang sesuai untuk ditandingkan di Parlimen Baling, DUN Kuala Ketil, DUN Bayu, dan DUN Kupang.

Namun siapapun calon-calon berkenaan, saya amat yakin dengan momentum yang telah dinyalakan oleh Presiden parti dalam amanatnya di Perhimpunan Agung UMNO 2011 dan semangat baru yang dititipkan dikalangan ahli, maka kesemua DUN dan Parlimen di Baling saya yakin insya-Allah dapat dimenangi.Perihal paling mustahakan adalah kesiapsagaan jentera parti.

Kurangkan polemik dan masalah dalaman. Gemblengkan penyatuan hati dan kesungguhan. Dan yang termustahak sekali ahli UMNO, orang UMNO, pengundi atas pagar dan kalau boleh seluruh pengundi di Baling kembali mengundi calon UMNO.

Dan jangan sesekali ahli parti dan pekerja parti setelah bekerja dengan ikhlas secara bersungguh-sungguh lupa untuk berdoa serta bertawakkal kepada Allah s.w.t dan memohon pertolongan darinya untuk memenangkan 'jihad' kita bagi membela agama, bangsa dan negara. Siapapun yang diberi amanah selaku calon, maka hendaklah mereka berbaiah kepada rakyat dan komited laksanakan tugas. MUDAH-MUDAHAN, UMNO dan BN akan diterima dan diyakini kembali oleh seluruh pengundi dan rakyat di Baling...

Friday 2 December 2011

LANTUNAN UMNO BALING!!!!!


Percaya atau tidak, UMNO di Baling akan melakukan lantunan semula atau 'bounce back'. Memang benar dalam PRU 2008 lalu, calon UMNO kalah di kerusi Parlimen, DUN Kupang dan DUN Kuala Ketil. Hanya DUN Bayu yang berjaya dipertahankan
Namun percayalah kali ini, dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan, 'winnable candidate' pasti diletakkan. Ayuh sayap pemuda, puteri dan wanita! kita sepadu gerak kerja.Kita simpulkan tenaga, musuh kita hanya satu yakni PAS.

Kita kembalikan keyakinan pengundi kepada kita, kita tabur khidmat dan jasa tanpa mengira masa. Telah terserlah antara yang haq dan bathil. Selama 4 tahun PAS diberi amanah mentadbir Kedah, mereka hanya bermain kata-kata, kerja dibawah tidak seberapa, RAKYAT KEDAH MASIH TIDAK SEJAHTERA, dan NIKMATNYA PULA BUKAN UNTUK SEMUA.

Ayuh seluruh ahli, penyokong dan orang UMNO di Baling, kembalikan maruah parti dan perjuangan KITA!!!.Pastikan PRU 2008 ini kita menang BERGAYA!!!!!

Thursday 1 December 2011

LAKUKAN SAJA!!!!!!




JUST DO IT (Lakukan saja!) adalah tagline bagi jenama terkenal barangan sukan 'NIKE'. Dan dalam kerangka menghadapi PRU ke-13 yang dikatakan 'IBU SEGALA PILIHANRAYA' Presiden parti dalam amanatnya sempena Perhimpunan Agung UMNO ke- 62 bertarikh 1 Disember 2011 telah memperincikan 'game plan' yang teliti.

Benarlah, kesetiaan, komitmen dan kecintaan kepada parti harus mendahului kepentingan diri. Jika benar kita orang UMNO, maka nyawa dan badan, harta, masa dan tenaga sanggup kita korbankan demi menangkan parti.

Ahli UMNO membayar yuran seringgit lalu bertanya 'APA SAYA DAPAT'. Orang UMNO pula sering bertanya 'APA LAGI YANG SAYA BOLEH BUAT untuk menangkan PARTI KERAMAT'.

HIDUP UMNO!, HIDUP MELAYU!. HIDUP ISLAM.!!!!!.

Monday 28 November 2011

BERSEDIAKAH UMNO/BN KEDAH...

Persoalan ini rasanya sudah banyak dikomentar hatta di dalam media arus perdana seperti Utusan Malaysia.Namun dalam kebanyakkan hal rasanya tidak banyak perubahan atau transformasi gegak gempita yang membolehkan UMNO/BN Kedah dilihat memberi ancaman kepada kerajaan PR di Kedah..Banyak isu yang mudah ditepis oleh kerajaan negeri yang memerintah.






Dulu Kedah menjadi tumpuan, kerana negeri Perdana Menteri, selama 22 tahun Tun Mahathir Ahli Parlimen Kubang Pasu menjadi PM, Kedah tidak terlepas dari perhatian..


Kini Kedah harus bergerak bersendirian, jentera tidak boleh terlalu berharap pada kunjungan kerja atau lawatan walkabout PM dan TPM semata-mata. Semua sayap parti baik UMNO mahupun komponen BN harus kreatif dan bergerak secara sepadu untuk menawan kembali hati pengundi di Kedah.


Kurangkanlah ketegangan di peringkat bahagian, tidak ada makna menjadi KETUA UMNO Bahagian, jika negeri jatuh ketangan orang. Bak kata pepatah, 'MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'.


Hanya UMNO dan BN yang boleh memenangkan calon dari parti UMNO dan BN. Jika kita masih gagal bergerak seperti yang sepatutnya dan hanya menanti sentuhan dari pemimpin pusat semata-mata, maka susahlah.






Jangan jadikan KEDAH sebagai KELANTAN KE-2..Semua pendukung UMNO dan BN di Kedah ingatlah, elakkan sabotaj, muafakat demi membolehkan kita beroleh berkat. Kemenangan mutlak dalam PRU ke-13 nanti, tolonglah UMNO DAN BN dengan penuh ikhlas dan rasa insaf di hati..

Sunday 27 November 2011

MENITI MASALAH RAKYAT...

Kesungguhan PM dan TPM dalam melakukan kerja turun padang, merencana dasar terbaik untuk rakyat tidak boleh disangsi.




Saksi dan bukti berhubung perkara ini cukup banyak jika mahu dicoretkan. Persoalannya sejauhmana kerja murni yang ditunjukkan oleh kedua pemimpin budiman ini bersambut. Dihayati oleh pelaksana dasar, pegawai tinggi di Kementerian, Jabatan mahupun pimpinan UMNO, MCA, MIC, PPP , GERAKAN serta parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.


Rasa cemburu terhadap beberapa langkah 'merakyat' yang dilaksanakan oleh PM cukup terserlah, dek kerana itulah isterinya DATIN SERI ROSMAH dan peribadi NAJIB sendiri 
menjadi sasaran fitnah dan kecaman bertalu-talu yang direka oleh sang pemuka dan pengkhianat negara.


Maka yang wajar menilai dan menghakimi perkara ini tentulah rakyat dan pengundi. NAJIB selaku PM seperti selalu sentiasa tenang, terus bekerja biar apapun tohmahan yang datang..Maka sebagai rakyat yang matang kita nilailah, kaji dan analisis secara rasional, tidak cukup baikkah PM kita yang seharian ke sana dan kesini semata-mata mahu merasai denyut nadi RAKYAT dan MENITI MASALAH RAKYAT

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT BERSIDANG...

Setuju atau tidak Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang akan dimulakan pada 29 November-2 Disember di PWTC bakal menjadi titik tolak dalam menentukan sama ada UMNO terus kekal signifikan ataupun tidak. Disebalik gesaan demi gesaan agar UMNO perlu berubah jika tidak mahu rebah, rasanya masih banyak ruang penambahbaikan yang wajib disiapsagakan.


Namun berbanding dengan parti-parti lain, UMNO biarpun dibenci, disukai, dan dilabel dengan pelbagai nista, namun terus melangkah gagah dan track record sebagai parti umat Melayu yang terlalu banyak jasa pada pembangunan bangsa dan negara tentulah tidak boleh disangkal.


Isunya bagaimana mahu memahamkan generasi muda tentang kaitan UMNO dengan kemajuan dan sejarah negara bangsa.. Ini memerlukan iniovasi dan kreativiti, sama seperti 'dakwah' yang harus sesuai dengan realiti semasa begitu juga cara berpolitik UMNO..Mestilah 'fit' dan sesuai dengan selera dan kehendak pengundi semasa.


Kaedah lama yang 'kuno' terlampau out to date, wajar ditinggalkan..Mampukah UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu menanggapi mesej ini.Mudah-mudahan UMNO terus kekal disanubari umat Melayu/Islam dan menjadi pemimpin tulang belakang untuk seluruh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan1 Muharram 1433H yang kita sambut pada hari Ahad 27 November 2011 akan terus menempiaskan UMNO untuk turut sama berhijrah demi kepentingan ummah


SALAM MAAL HIJRAH 1433


'BERSATU, BERSETIA DAN BERKHIDMAT'.

Tuesday 22 November 2011

HARIMAU MENGAUM..GARUDA TERSEMBAM...

Disebalik provokasi,caci maki, serangan saikologi dan ancaman keselamatan, anak-anak muda HARIMAU MUDA gah membuktikan, bahawa dengan gabungan pemain keturunan Melayu, India, Cina atas nama pasukan bola sepak Sukan Sea Malaysia, GARUDA INDONESIA dibaham.


Tahniah, HARIMAU MUDA, isunya bukan sekadar kalungan pingat emas, persoalan lebih besar ialah kekentalan jiwa anak muda MALAYSIA yang tabah dan kental. Tahniah sekali lagi, KITALAH JUARA...

Friday 18 November 2011

SHOPPING COMPLEX DIUTAMAKAN, MADRASAH DIROBOHKAN






Ramai orang berkata, perihal tentang agama, hak dan budaya atau bahasa kaum lain jangan sesekali disentuh, kerana nanti Melayu dituduh ultra, pemimpin Melayu saban waktu berusaha untuk menjaga hati pengundi bukan Melayu kononya mereka penentu.

Namun dalam usaha mahu menjaga hati pengundi bukan Melayu, sedikit demi sedikit, hak, kemuliaan dan maruah pengundi Melayu dan umat Islam tercemar,diaibkan disepak terajang. Pemimpin boleh berlembut, berunding dengan bukan Melayu bila tiba isu misalnya mahu memindah atau merobohkan kuli, gereja atau tokong(sekadar satu contoh).

Namun bila tiba mahu meruntuhkan MADRASAH yang berdiri atas tanah wakaf khas dan berusia lebih 100 tahun, pemimpin parti Islam yang mentadbir Kedah, boleh berkata umat Melayu atau orang Islam yang degil serta membantah MADRASAH SOLIHIAH DI JALAN TAMBANG BADAK, ALOR SETAR dari dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan pusat beli belah 5 bintang ala BUKIT BINTANG adalah 'golongan BINGAI'(BODOH DAN BENGAP'.

Takpalah duhai USTAZ yang menjadi MB di Kedah, analah orang yang paling pandai, andalah MB yang paling hebat, tahu serba serbi hukum, bijak mengurus. JIKA GOLONGAN MARHEIN yang sanggup mempertahankan RUMAH ALLAH DARI dirobohkan dianggap BINGAI DAN BENGAP, maka kita nilaikan nanti ukuran darjat mereka di AKHIRAT KELAK...Apakah sudah menjadi satu tren di KEDAH atau di SELANGOR atau di Pulau Pinang, 'SHOPPING COMPLEX, GEREJA, TOKONG HINDU, TOKONG CINA DIUTAMAKAN, MADRASAH DAN HAK UMAT ISLAM DIKETEPIKAN?..

Jangan jawab sekarang duhai pemimpin parti Islam, jawablah nanti tatkala di YAU MIL MAHSYAR NANTI!!!!!

Tuesday 15 November 2011

ADA SAJA YANG TAK KENA!!!!!


Bila dibuka Klinik 1Malaysia di kawasan kediaman padat penduduk, ada suara dari sebuah parti chauvinis kononya klinik 1Malaysia hanya akan mengurangkan pendapatan klinik swasta yang lain yang beroperasi di kawasan kejiranan yang sama.

Lalu pelbagai dakyah dibuat kononya klinik ini hanya memberi rawatan asas, tidak dikendalikan oleh doktor sepanjang masa dan hanya dikendali oleh pembantu perubatan bertaraf atendan. Kini bila Kedai Rakyat 1Malaysia pula menjengah bandar-bandar utama agar rakyat dapat membeli barangan pada harga dan kos yang rendah, macam-macam pula rungutan yang timbul. Diada-adakan oleh parti chauvinis yang sama kononya harga barangan di KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA mahal, kualitinya rendah dan ada pula barangan yang sudah luput tarikh gunanya.


Sebenarnya parti chauvinis ini yang dulu, kini dan selamanya membawa fahaman chaunivis dan tersisa baki dengan pengaruh komunis mahu mensabotaj apa sahaja elemen yang me
mbawa manfaat kepada rakyat. Mereka ini tidak senang jika ada apa pun jua tindakan yang dilakukan kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat negara ini. Kerja mereka hanya satu, menjadi elemen sibversif untuk meracun fikiran masyarakat. Dulu mereka menentang dalam bentuk perang gerila, kini mereka berada di bandar-bandar besar, di Parlimen, di DUN dengan tujuan yang sama, tapi dalam bentuk yang lain, MEREKA MAHU melancarkan PERANG MINDA..

APA SEPATUTNYA KITA LAKUKAN PADA GOLONGAN INI???????


Monday 14 November 2011

SEMOGA SPM DIHADAPI DENGAN YAKIN!!!!


Tidak ada yang mustahil, jika sudah berusaha, bersiap sedia dan berdoa selain melakukan yang terbaik, saya yakin anak-anak yang bakal menempuh gerbang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia besok akan dapat melaluinya dengan yakin dan tenang.

Semoga anda semua mampu menghasilkan keputusan terbaik demi masa depan negara

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM
Ikhlas dari
DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR

Friday 11 November 2011

WINABLE CANDIDATE THAT CAN WIN..!!!!!


Istilah 'winable candidate' bergema kembali.Kali ini PM memberikan tafsiran yang lebih luas semasa perjumpaan dengan MUBARAK(Majlis Bekas Wakil Rakyat) di Sri PERDANA baru-baru ini. PM menyatakan winable candidate ini tiada had umur, tidak kisah jika calon itu calon recyle(kitar semula) ada yang sudah berpenggal-pengal menjadi wakil rakyat, yang penting calon berkenaan boleh menjamin kemenangan cemerlang BN.

Paling mustahak dalam PRU-ke 13 yang dianggap paling getir, apabila diumumkan saja calon berkenaan, maka sudah ternampak dengan jelas lagi cerah bahawa calon berkenaan ada WOW factor, ada aura dan punyai advantage untuk menang berbanding calon parti lawan.

Pada hemat saya, tafsiran winable candidate cukup mudah. CALON YANG PENGUNDI SUKA, bukanya CALON yang pengundi sudah menyampah akibat janji yang tidak tertunai, sikap hipokrit, sentiasa sibuk dan tiada masa untuk rakyat dan bekerja mengikut musim.Yang penting winable canidate pada tanggapan saya ialah CALON yang bila diumumkan, sudah CONFIRM dianya akan mampu menjamin kemenangan hakiki untuk parti diwakilinya..Sebab itu BN perlukan WINABLE CANIDATE THAT CAN WIN..

ADA PIHAK NAK AMBILALIH PERANAN TUHAN!!!!!!


Lebih kurang 3 dekad lampau ada puak yang secara terang-terangan cuba mengambilalih peranan Tuhan. Maka terkeluarlah amanat guru mereka bahawa, 'sembelihan orang itu haram dimakan, solat berimamkan imam golongan lain tidak sah dan jika mati menentang puak yang satu lagi matinya adalah syahid'.

Malang sungguh, wanita,anak-anak dan golongan pertengahan yang tidak berdosa dari sebuah perkampungan yang bernama Kg Memali menjadi mangsa puak ini. Lebih malang tatkala para suami, anak mereka meninggal dan digahkan akan dibantu oleh jemaah dari sebuah parti, dana yang ditubuhkan habis disapu dengan diketuai oleh insan yang kita bergelar Senator.

Nampaknya kini makin ramai pihak yang seolah-olah bila berpolitik makin terlampau aksinya. Mereka bukan sahaja mempertikaikan soal-soal asas tetapi juga seolah-olah mula mahu memainkan dan mengambilalih peranan Tuhan. Maka dihukumkan bahawa orang itu kafir, walhal masih melafazkan syahadah, umat Islam di Johor dikatakan murtad hanya kerana tidak mahu menyokong parti mereka dan berterusan setia dengan UMNO/BN

Ibadah haji orang lain dihukum tidak sah, orang itu dan pemimpin atau khalifah yang mengetuai negara difitnah memakai tangkal dan lebih ajaib ada Tok Guru puak ini demi mahu menguasai undi sanggup pula keluarkan kenyataan bahawa, 'JIKA UNDI KAMI DIJAMIN SYURGA'.

Inilah keajaiban dan kekeliruan ajaran bentuk baru. Ajaran yang sungguh-sungguh mengelirukan umat, hanya kerana politik maka MEREKA INI CUBA MENGAMBILALIH PERANAN TUHAN. Seolah-olah keputusan dan hukuman mereka yang tentukan walhal semua balasan baik atau kejahatan manusia ini yang layak membalas dan menentukan hatta persoalan SYURGA DAN NERAKA hanyalah terletak dibawah kekuasaan ALLAH S.W.T

Renung-renungkan

Thursday 10 November 2011

PERANG MEDIA BARU...


Keberkesananya sudahpun terasa dalam kempen PRU-2008 yang lalu. Kekuatan manipulasi, paparan maklumat pilihan yang lebih cepat, tangkas dan terkini serta sajian yang lebih bebas tanpa terikat dengan norma kewartawanan menjadikan media baru lebih sensasi.

Lumrahnya di Malaysia atau dimana sahaja yang sensasi dan kontroversi itulah yang diminati. Dan kini pertembungan dunia maya baik melalui medium blog, facebook, twitter cukup jelas, aliran maklumat, berita dan hebahan cukup banyak.

Dan ini juga penyebab kenapa akhbar dan media konvensional kurang laris dan kian mengececil edarannya. Persoalannya, sudah bersediakah parti pemerintah dengan penguasaan dunia maya ini sebagai wahana penyebaran maklumat dan saluran informasi?. Jika PM sendiri mempunyai lebih 900,000 pengikut dilaman muka bukunya selain laman blog 1MALAYSIAnya diikuti ramai dan beliau lebih santai berinterakasi dengan generasi muda menerusi perjumpaan berkala dengan rakan dalam talian bagaimana pula dengan pimpinan yang lain?.

Ramai penganalisis berkata, dan sudahpun terbukti, 'era PRU ke-13' medium media maya akan menjadi penentu utama keupayaan parti untuk menarik sokongan pengundi saluran 3, 4 DAN 5. Benarlah juga kata tokoh futuristik dunia, PETER F. DRUCKER, 'barangsiapa menguasai maklumat dialah menguasai dunia'.

Bahan media baru ini jugalah yang membolehkan rakyat mengetahui pembohongan, sikap hipokrit dan amalan songsang kebanyakkan pemimpin pembangkang. Bahang media baru juga yang buatkan semakin ramai pemimpin lebih berhati-hati dalam tindakan mereka, kerana kemana jua mereka pergi, apa pun jua tindakan dan aksi mereka seolah-olah ada CCTV dan mata yang merakamkannya. Dan ingatlah kalaupun boleh terlepas dari aksi CCTV dan mata didunia, CCTV dan mata yang hakiki yakni pemantauan dari Malaikat dan Allah s.w.t pasti kita tidak akan terlepas dar pemerhatian.

Maka, alatan sudah ada, media baru sudah bercambah, terpulanglah pada yang empunya diri, menggunakan untuk kebaikan atau untuk tujuan meruntuhkan..Paling penting siapa yang kurang IT savy dan masih kurang arif tentang manfaat dan penguasaan media baru maka dirasakan dialah orang yang agak janggal dan kerugian dalam arus modenisasi masa kini.

Tuesday 8 November 2011

BANYAK SUNGGUH JANJI TAK TERKOTA!!!!!


Lidah tidak bertulang memang mudah berkata-kata. Pesan orang tua-tua menanam tebu ditepi bibir. Entahlah, berkunjung ke rumah kawan rakan dan sanak saudara sempena Cuti Aidiladha ini, kedapatan banyak sungguh rungutan.

Ini belum dihitung musibah demi musibah yang kian mengasak rakyat Kedah. Namun seperti biasa, terrpacullah dari mulut golongan prpaganda parti pakatan rakyat di Kedah, 'bersabarlah ini semua dugaan Allah'. Kita akui musibbah, bencana adalah ujian, namun tatkala BN memerintah dahulu, jika ada lembu dilanggar lori di pendalaman Baling sekalipun, maka akan berkokoklah ustaz PAS mengatakan, lihatlah 'ini semua bala dari Allah kerana BN memerintah Kedah'.

Kini bukan sahaja ribut mengasak di Taman Bersatu, banjir kilat di Taman Desarena semuanya di Kuala Kedah, sebelum Aidiladha, ribut mengganas di Jalan Langgar, Alor Setar, awal tahun 2010 dahulu kemarau terik diKedah, diakhiri dengan banjir besar yang hampir menenggelamkan Kedah dan gara-gara banjir itu MBnya naik marah yang aksinya boleh dilihat di skrin media elektronik..

Dan kalau bertanya pada rakan, taulan dan mendengar keluhan rakyat pelbagai peringkat, maka berjilid-jilid buku karangan boleh ditulis, semuanya tentang janji PAKATAN RAKYAT yang dahulunya begitu mudah dilafaz semasa kempen PRU 2008. Di Baling sendiri yang paling 'popular' janji yang pernah dilafazkan oleh tukang kempen PAS, ialah 'jika kami menang, sebelum subuh pengunjung lelaki dan perempuan yang mengunjungi kolam air panas AKAN KAMI ASINGKAN'.(Banyak lagi janji lain cukuplah sekadar dibawakan satu contoh janji yang belum tertunai).

Namun kini rakyat yang telah memberi mandat sudah naik rimas dan mereka kian sedar bahawa menanti janji janji manis untuk dilaksanakan ibarat 'MENUNNGU BULAN JATUH KE RIBA'..Rupanya yang gah hanya bendera BULAN yang tercacak di atas pokok buluh.

Inilah padahnya, dan jika sudah TERSESAT JALAN KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN..Awasilah LIDAH TIDAK BERTULANG dan janji-janji manis yang terkeluar dari mulut mereka itu.

Monday 7 November 2011

JANGAN MAIN API..!!!!!



Musuh utama manusia ialah kejahilan. Punca utama manusia suka bertindak semborono dan bercakap mengikut sedap mulut kesan kurang penghayatan sejarah.

Sebab musabab utama manusia suka berbalah kesan kata pepatah, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.

Ada pihak yang berfikir selepas bercakap. Ada pula yang suka bercakap ikut sedap mulut demi mahu melaksanakan usaha menjolok sarang tebuan.Ada pula yang sekadar suka menguji ibarat mahu membangkitkan siharimau yang sedang tidur lena...

Mereka ini berulang kali suka bangkitkan perihal senistif, cakap ikut sedap mulut, chauvinis, rasis, liberalis, dan tidak pernah mahu memahami sensitiviti agama, budaya dan kaum..Barangkali mereka ini ingin merasa kembali tragedi lampau menyayat hati 13 MEI. Hati hatilah sarang tebuan jangan dijolok, jangan sudah diberi betis, diminta pula paha.

Hati-hati bila bercakap..Apa halnya seks bebas mahu disokong, apa rasionalnya kakitangan awam mahu dikurangkan sehingga separuh, apa asasnya hak Bumiputera cuba dirungkai dan apa motifnya ibadah qurban mahu dipersenda. 'BAGI KU AGAMA KU, DAN BAGI KAMU AGAMA KAMU'. Jangan bermain api, kelak nanti membakar diri.


Sunday 6 November 2011

MATI TERLEBIH MAKAN..!!!!!


Keamanan berterusan membolehkan umat Islam di Malaysia sekali lagi menunaikan solat sunat AIDILADHA 1432H di ribuan masjid seluruh negara yang tersergam, bersih lagi indah.Tentulah sehari dua ini, ibadah korban, sembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri selain kenduri kendara akan sibuk diadakan dimasjid, dewan orang ramai, sekolah dan kampung-kampung.
Jemputan kenduri sempena 'korban' datang mencurah-curah, pastinya tekanan darah bulan ini akan meningkat naik sekali ganda..Inilah nikmat aman makmur bumi Malaysia. Lebih RM14 bilion insentif dan subsidi kesihatan kerajaan sediakan bagi rakyat ini. Puncanya untuk tangani penyakit yang ada kaitan dengan amalan pemakanan, kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung..

Itupun masih ramai yang kurang peka, kurang sedar dan kurang insaf.Rakyat di Somalia, umat Islam di Kembodia, Iraq, Palestine, menderita kekurangan makanan dan kemudahan perubatan. Namun umat Islam di Malaysia ,menjemput pelbagai jenis penyakit untuk menghinggapi tubuh mereka kesan terlebih makan. Dan apabila sakit, kerajaan ini jugalah yang menyara dan menyediakan kemudahan perubatan terbaik untuk mereka, dengan caj kadar bayaran terendah didunia bernilai RM1.

Saturday 5 November 2011

MUSIM MENJALA DAN MENANGGUK....


1. Hujan yang turun tidak berhenti-henti kebelakangan ini dinegeri utara membawa beberapa petanda. Apakah kemungkinan banjir besar seperti 2010 YANG lalu?.

2. Musim hujan juga membawa rezeki pada orang kampung, tali air, longkang, parit, kolam dan terusan menjadi perhatian dan tumpuan kaki pancing, kaki menjala dan kaki tangguk. Banyak spesis ikan darat boleh didapati, inilah berkatnya Bumi Malaysia, di mana-mana ada rezeki tersedia asalkan mahu berusaha.

3. Dan dimusim-musim begini juga kedapatan dan kelihatan parti parti politik kian bergerak bebas dan aktif. Mereka turut sedang memancing, menjala dan menangguk.

4. Bukan menangguk ikan, tetapi mencari bakal calon. Maka jika ada mana-mana profesor di Universiti, Jeneral tentera, Pegawai Kanan Polis, Pemimpin NGO, ulama, tokoh usahawan yang merasa diri sudah diintai dan mahu dipancing oleh parti parti tadi, maka bersedialah untuk terjun ke dunia politik.

5. Bersedialah untuk menghadapi karenah dunia politik dan gelagat pengundi.

6. Ibarat kata bijakpandai, 'JIKA TAKUT DILAMBUNG MUSIBBAH JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN'.



7. Harapan semoga kemasukan pelbagai tokoh yang mempunyai pelbagai latarbelakang pengalaman, pendidikan, dan kehidupan akan menambahkan lagi warna-warni politik Malaysia.

8. Selama MENJADI CALON PILIHANRAYA..Awasi HANTU RAYA DISEKELILING ANDA..Bila menang berkhidmatlah untuk rakyat..Bukan MENGELAK dari MENYELESAIKAN MASALAH MASYARAKAT..

BANYAKNYA PERMATA KEDAH YANG HILANG..!!!!!


Tahniah buat NEGERI SEMBILAN, di bawah bimbingan MOHD AZRAI KHOR ABDULLAH(anak jati KEDAH) PASUKAN bola sepak negeri berkenaan TELAH MENJULANG PIALA MALAYSIA EDISI 2011 Meskipun AZRAI KHOR tidak dipandang oleh negeri kelahirannya sendiri, namun dengan semangat gigih, azam, beliau mencipta nama di luar Kedah. Benarlah Kedah selaku sebuah negeri gagal mengenal antara 'KACA DAN PERMATA'. dan Kini PERMATA KEDAH membuat jasa dinegeri orang. Benarlah kata pepatah, HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN KEPALA BATU DI NEGERI SENDIRI, lebih baiklah menadah HUJAN EMAS di Negeri orang, jika pemimpin di negeri sendiri berhati batu.


Tahniah juga buat DATO AHMAD SHUKRI mantan CEO Kulim High Tech yang kini mengetusi SENAI HIGHT TECH PARK di JOHOR, tidak berapa lama mengetuai SHTP, lebih RM6 bilion pelaburan di bawa masuk. Dulunya semasa di KULIM HIGH TECH, Dato AHMAD SHUKRI berjaya membawa masuk lebih RM23 bilion pelaburan luar dan dalam negeri.

NAMUN dek kerakuasan kerajaan KEDAH SEJAHTERA yang mahu menempatkan cucu menakan selaku CEO baru KHTP, maka DATO SHUKRI difitnah dan di buang dengan penuh berhelah. BENARLAH ALLAH maha kaya, yang dizalimi yang dianiyai pasti dibela, kini DATO SHUKRI DAN MOHD AZRAI antara barisan anak KEDAH yang dibuang dan diketepikan oleh negeri kelahiran sendiri berjaya MENEMPA nama di luar KEDAH.

KEDAH SUDAH KEHILANGAN PERMATA BERHARGA, Langkawi yang digelar PERMATA KEDAH sekalipun hanya bergelapan sebagai PERMATA dek kerana sentuhan dan bantuan KERAJAAN PUSAT. Kalaulah diharapkan pada kerajaan PR Kedah, tentulah LANGKAWI akan kekal kebelakang menjadi PERMATA TIRUAN YANG TIDAK BERHARGA..

BERKORBAN APA SAHAJA....




Arafah adalah manifestasi 'mini mahsyar'. Semua manusia berpakaian yang sama, sehelai kain putih yang tidak berjahit. Tanpa mengira darjat, keturunan dan kuasa. Inilah keindahan Islam, dan inilah pengorbanan selaku hamba.

Maka kita seharusnya menginsafi, dengan pengorbanan pemimpin dan rakyat, Malaysia juga terus aman merdeka. Situasi yang membolehkan ibadah dilakukan tanpa sekatan, tanpa halangan, cuma janganlah pula terjebak dengan pengaruh liberalisme yang songsang sepertimana ajaran AMBIGA pemimpin pujaan PAS, PKR dan DAP yang menganjurkan SEKSUALITI MERDEKA.

Kebebasan dalam apa jua keadaan ada batasannya. BEBAS harus patuh mengikut syariat dan akur pada ketentuan undang-undang. HUKUM HAKAM jangan diabai, amalan songsang jangan dipakai. TABIEE FITRAH MANUSIA yang Allah berikan jangan dilawan. LELAKI PASANGANNYA WANITA, jangan pula LELAKI MENGGEMARI KAUM SEJENIS seperti kelakuan segelintir orang.

PENGORBANAN amat dituntut, agar nafsu diri dikawal. BIAR Negara, kawasan kejiranan terus aman dan berpadu. Gandakan usaha untuk memakmurkan negara, pertahankan negara dari anasir jahat lagi menyeleweng. Patuhi peraturan, jangan melalak sekadar ikut suka hati. Jangan pecah belahkan keharmonian masyarakat hanya kerana nafsu politik yang menggila.

JADILAH HAMBA ALLAH yang sentiasa berkorban demi untuk meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta.

SALAM AIDILADHA 1432 H
DARI DATO ISMAIL ABU BAKAR SEISI KELUARGA

Saturday 29 October 2011

SEMUANYA SALAH UMNO....????




1. PRU yang bakal memasuki versi ke-13 mencatatkan banyak corat-coret tersendiri.

2. Dahulunya di awal 50-60 DAN 70-AN, persaingan dan perdebatan antara parti yang bertanding dalam setiap kali kempen adalah 'policy debate'. Masing-masing mahu menunjukkan dasar yang akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat jika dipilih.

3. Tren kempen berubah mulai 80-an, apabila golongan radikal, ulama mula mengambil alih PAS, dan mulai 90-an tatkala Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO penghujung 90-an, budaya politik fitnah, mengaibkan isteri pemimpin, diri pemimpin serta cerita dalam kelambu menjadi wahana yang 'wajib' dalam setiap kali kempen.Tun Dr Mahathir dan kini Najib beserta isterinya antara pemimpin yang dinista dengan pelbagai gelaran, dan fitnah memualkan, namun kebesaran jiwa mereka ini membolehkan semuanya diatasi dengan tenang.

4. Yang tiada diada-adakan, yang benar dipalsukan, dan sejarah mencatitkan dengan jelas, jika diteliti kandungan ceramah pimpinan PAS, PKR isu yang disajikan tidak lain adalah tentang moral dan isu peribadi pemimpin, yang sebahagian besarnya adalah tokok tambah demi membangkitkan kebencian pengundi.

5. Dan kini apabila ramai pimpinan PAS, PKR, DAP dan anak pemimpin dari PAS, PKR dan DAP sendiri terjebak dengan krisis moral, skandal sexs, isu peribadi dan apabila musuh mereka dalam selimut dan rakan yang hampir dengan mereka sendiri membuka ruang kepada blogger pro-kerajaan dan menghebahkan kepada masyarakat awam, maka jalan pintas dan mudah yang seringkali diluahkan oleh pimpinan pembangkang ialah, 'INI SEMUA FITNAH JAHAT DARI UMNO'.

6. Asasnya 'JIKA TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG'. Jika nafsu sendiri bergelora, dan keinginan anu sudah tidak dapat ditahan dan diri sendiri yang melakukan noda, dosa dan maksiat kenapa mahu disalahkan orang lain.

7. Persoalan penting, apakah UMNO yang merancang agar ANWAR memasukkan anunya......ke dalam >>>>>>>>>>>CHINA DOLLS?

8. Apakah UMNO yang mengarahkan anak seorang pemimpin bertaraf VVIP dari Pulau Pinang agar meramas 'nenen'rakan sekolahnya dan demi menutup cerita, pemimpin tertinggi yang dikatakan bertaraf 'khalifah' itu sanggup membayar RM200 ribu

9. Adakah UMNO yang merancang dan mengarahkan agar seorang EXCO kanan PAS di Kedah 'merampas isteri orang' dan bermain cinta terlarang sehingga runtuhnya rumahtangga pasangan tidak berdosa.

10. Apakah UMNO yang mengarahkan atau berkuasa menentukan bahawa ada USTAZ AZIZAN ka atau HADI AWANG ka mesti berkahwin 2, 3 atau 4?

11. Apakah UMNO yang memaksa Anwar Ibrahim terlibat dalam aksi terlarang dalam hubungan sejenis menerusi pertuduhan liwat yang dihadapinya kini???

12. Bukankah ini semua kesan 'kegilaan nafsu' dan kurangnya 'displin ke atas nafsu' dari kalangan pemimpin dan anak pemimpin PAKATAN PEMBANGKANG terbabit.

13. Apa kena mengena UMNO dalam hal ini???

14. Benarlah kata bijaksana, IKUT NAFSU, LESU, ikut hati semuanya mahu dikuasai, tak kira halal, haram, kalau boleh semua MAHU DIGENGGAM..

15. Justeru, yang bersalah adalah diri sendiri, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO sebagai sebuah parti...

Sunday 23 October 2011

HAPPY DEEPAVALI, SELAMAT BERCUTI SEKOLAH, KEDAH BERTAMBAH MERIAH!!!!!!



26 Oktober, penganut agama Hindu di Seluruh Malaysia akan merayakan perayaan agama mereka yakni Pesta Cahaya atau Deepavali. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan HAPPY DEEPAVALI, kepada semua kawan rakan kaum India yang berada di Kuala Ketil. Baling, Lunas,Bukit Selambau, Sungai Petani, Alor Setar, Jitra dan dimana sahaja berada.

Semoga perayaan dan sambutan Deepavali pada tahun ini akan lebih meriah, dan sesungguhnya masyarakat majmuk di Malaysia cukup bertuah kerana diberi hak dan ruang untuk mengamalkan agama, budaya dan bahasa mengikut keperluan masing-masing. Ingatlah, hanya di Malaysia yang memberikan jaminan yang adil dan hak beragama, berpendidikan mengikut bahasa vernakular dan mengamalkan budaya mengikut kaum masing-masing. Malah Malaysia juga satu-satunya negara di dunia yang membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan sama ada Tamil atau Cina beroperasi. Inilah demokrasi sebenar yang wajar kita insafi.

Dan tidak lupa, untuk anak-anak sekolah yang bakal bercuti sekolah, semoga cuti ini dimanfaatkan dengan pengisian program berguna. Bagi yang belum berkhatan, maka masa inilah merupakan saat yang sesuai. Tidak ketinggalan untuk bakal pengantin baru dan lama yang akan menaiki jinjang pelamin, sama ada buat kali pertama, kedua, ketiga atau keempat.

Dan jika benarlah perkhabaran yang diterima dan sudah terheboh satu Kedah bahawa MB Ustaz Azizan menambahkan cawangannya satu lagi dengan bekas staf KEDAH MEDICAL CENTRE yang berusia awal 20-an, MAKA saya dengan rasa insaf dan rendah hati ingin MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KALI KETIGA KEPADA YAB MENTERI BESAR KEDAH.


Semoga dengan kehadiran orang baru, isteri baru ini menjadi penguat semangat kepada USTAZ dalam mentadbir negeri. Mudah-mudahan juga hilanglah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang dihidapi USTAZ selama ini. JIKA USTAZ dan isteri-isteri sejahtera, keluarga ustaz sejahtera tentulah juga KEDAH SEJAHTERA NIKMAT Untuk semua, janganlah nikmat untuk USTAZ sendiri semata-mata.

Wasalam..

Wednesday 19 October 2011

SYOKNYA PILIHANRAYA!!!!!!



Gambar file pilihan raya umum 1979
1. Sambutan Deepavali 26 Oktober 2011,

2. Hari raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban, Insya-Allah pada tanggal 6 November

3. Dan diharapkan selepas tarikh 6 November akan ada satu pengumuman besar dari YAB Perdana Menteri Malaysia, agar PRU ke-13 diadakan dalam tempoh segera.

4. Bukan apa, rakyat di Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan..dah lama dah!!!!!!. jemu dan menanggung siksa dengan telatah kerajaan Pakatan Rakyat, yang lebih banyak auta dari bekerja.

5. Maka setiap undi dalam PRU ke-13 nanti menjadi undi yang cukup bernilai..Cukup-cukuplah sepenggal rakyat memberi peluang kepada Pakatan rakyat memerintah beberapa buah negeri.

6. Dan dengan takdir Allah s.w.t, ditunjukkan sikap dan belang sebenar puak-puak ini apabila mendapat kuasa..Kesimpulannya, HAMPAS, CAKAP SAHAJA LEBIH, HASIL TIDAK SEBERAPA.

7. Ibarat kata orang lama, kerajaan Pakatan rakyat ini boleh disifatkan sebagai 'bodoh tak boleh ditegur, kalau cerdik tak boleh menumpang'. Ada dan tiada sama sahaja, ada tak bertambah, tiada pun rakyat tak kerugiaan apa-apa.

8. Ingatlah tanggungjawab anda sebagai pengundi, laksanakanlah amanah dengan terbaik, pilihlah parti yang telah terbukti berjaya membawa keamanan, keselamatan, kemakmuran dan perpaduan kepada negara ini. Marilah kita tinggalkan Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Nik Aziz, HADI Awang, Lim Guan Eng dan kita abadikan kisah mereka dalam sebuah himpunan KISAH PENGLIPUR LARA...

9. Maka pilihanraya umum ke-13 kali ini kita tunggu dengan penuh membara, azam sudah bulat, pilihan sudah dibuat, hanya satu..... BARISAN NASIONAL untuk semua..!!!!!!!

Sunday 16 October 2011

BIAR JASA JADI KENANGAN



DAH LEBIH 3 TAHUN TIADA APA YANG BOLEH DIBANGGAKAN..!!!!


1. Menonton siaran langsung perlawanan suku akhir bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Trengganu di Astro Arena membuatkan hati teruja. Trengganu dengan daya pengurusan yang sistematik telah membolehkan dua buah pasukannya termasuk T-Team melangkah ke separuh akhir.

2. Demikian juga pasukan Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Azrai Khor Abdullah,mantan jurulatih KEDAH yang dulu menjadi bahan permainan politik PAS, gara-gara PRESIDEN KFA yang bertaraf ustaz mahu melantik orang lain sebagai ketua jurulatih.

3. Sebenarnya sepanjang 3 tahun ini Kedah tidak boleh berbangga apa pun jua. Tiada kejayaan manis yang dicatatkan yang membolehkan kita sebagai anak Kedah merasa megah dan bangga.

4. Peluang kerja berkurang, pelaburan di KHTP menurun, gejala sosial meningkat,. bil air meningkat, cukai tanah meningkat, sampah yang tak dikutip bertambah-tambah, jalan negeri banyak yang berlubang-lubang.

5. Pusat hiburan karaoke, pusat urut bertambah, mat rempit kian galak, jenayaj curi dan jenayah jalanan serta kes khlawat dan rogol kian menjadi-jadi.

6. Ekonomi muram, harta MB dan barisan EXCOnya bertambah, kereta mereka ditukar baru, MB beroleh Mercedes baru lebih RM600 ribu.

7. Saya rasa barangkali rakyat KEDAH boleh berbangga dengan satu perkara, dan hal ini akan tersimpan dalam lipatan sejarah politik dan pentadbiran NEGERI LINDUNGAN BULAN KEDAH DARUL AMAN.

8. Kebanggaan kerana mempunyai MB paling 'kelolo' dalam sejarah di Malaysia. Kalau nak faham dan tahu apa erti kelolo maka rajin-rajinlah bertanya pada orang Kedah.

9. Setuju kot NOOOO!!!!!!


BN-BARANG NAIK,?????? PR-PEROMPAK RAKYAT?????




Lelucon BN disamakan dengan Barang Naik sudah dimainkan semenjak kempen PRU 2008. Dan kini setelah selesai pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu, isu ini dicipta semula oleh PR(Perompak Rakyat).

Walhal campurtangan kerajaan dengan subsidi berjumlah RM33 bilion setahun untuk memastikan harga barangan asas seperti gula, gas masak, petrol, minyak masak, beras, tepung tidak pernah pula mahu dibangkitkan oleh PR.

Malaysia bertuah sebenarnya kerana mengamalkan sistem ekonomi campuran.Tidak membiarkan semuanya ditentukan oleh 'market forces' (kuasa pasaran).
Kebanyakkan kenaikan harga barangan disebabkan oleh faktor permintaan, penawaran, cuaca, kesan ekonomi sedunia. Contohnya bawang besar dan bawang putih, kita import dari India, jika berlaku kekurangan penawaran kesan krisis cuaca atau bencana alam disana, sedang permintaan dari Malaysia bertambah, tentulah harga yang terpaksa dibayar oleh syarikat pengimport akan menjadi lebih mahal,. dan apabila sampai ke tangan pemborong dan peruncit juga akan lebih mahal sebelum dipasarkan untuk dibeli oleh pengguna.

Ini teras dan prinsip asas teori ekonomi, dan jika itupun tidak boleh difahami, maka layaklah penasihat ekonomi berelaun RM1 dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Patutlah dia menentang kenaikan elaun MP, walhal elaun ADUN Selangor beliau setuju naikkan. Ini disebabkan Ketua Pembangkang dan Penasihat PR tidak perlupun kenaikan elaun MP kerana beliau lebih kaya raya kesan harta dan duit yang beliau kumpulkan melalui proksinya semasa menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Jadi hakikatnya telitilah secara lojik sebab musabab kenaikan harga barangan. Jika nelayan turun ke laut, hasil tangkapan berkurang akibat cuaca buruk, sedangkan permintaan untuk ikan bertambah tentulah harganya meningkat, takanlah itupun salah BN. Adakah BN begitu berkuasa untuk menentukan keadaan cuaca, mengawal krisis bencana alam dan segala-galanya.

Tidak ada jaminan pun jika PR memerintah keadaan menjadi lebih baik. Sudah 3 tahun PR memerintah Kedah, yang jelas, harga air naik, cukai tanah naik, cukai pintu dikenakan dikawasan yang tiada khidmat PBT, sewa tapak pasar malam naik, bayaran parking kereta yang dulunya dijanjikan percuma dikenakan secara berterusan. Di Pulau Pinang, ruang rakyat marhein mencari makan dengan berjaja ditepi jalan, di pantai Batu Feringgi, di warung kini ditutup rapat. Jadi dimana laungan PR selama ini bahawa mereka sejahterakan rakyat, bukankah itu sikap dan cerminan PEROMPAK RAKYAT namanya??????