Tuesday 12 July 2011

JAGA TEPI KAIN SENDIRI LA PULAK....

Demo sudah, salakan pun sudah. Maka sudah sampai masanya pemimpin dan golongan perusuh yang berkiblatkan PAS, PKR atau DAP menjengok perihal rumahtangga sendiri. Amanah besar di Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan tertunaikah sudah?

Dasar Islamisasi, kebajikan rakyat, kerancakan pembangunan, peluang niaga, pekerjaan dan ekonomi rakyat dilaksana atau masih akan..akan..akan direncana???
Isu kemiskinan, kebajikan warga luar bandar, masyarakat penjaja, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak,institusi pendidikan dijaga dengan betul ataupun sekadar melepas batuk ditangga?

Nasib belia, siswazah menggangur, ibu dan bapa tunggal, anak yatim, maahad tahfiz, golongan miskin, pertubuhan kebajikan benar-benar diprihatin ataupun dipandang ke lain????

Isu kemiskinan rakyat, pembangunan, kemudahan asas, penyediaan kehidupan yang kondusif lagi sejahtera sudah terbina ataupun masih melekat dibibr dan sekadar menjadi kata-kata..??

Itulah, 'kata dulang paku serpih, mengata orang jangan terlebih'. teliti dan periksa perihal rumahtangga sendiri..persoalan di negeri sendiri masih belum tertuntas, janganlah pula bercita-cita besar, buat malu saudara, perjuangan dan prinsip sahaja.

Kata orang lagi..'siakap senohong gelama ikan duri, janji bohong lama-lama boleh jadi YB PAS, PKR dan DAP..'

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Hantar pada rakan, klik



No comments:

Post a Comment