Wednesday 10 August 2011

MURTAD dan KEMISKINAN

Memang benar kata pepatah, 'wang bukanlah segala-galanya', namun segala-galanya didunia ini memerlukan wang. WANG seringkali dikaitkan dengan status sosial, keupayaan memenuhi material dan keperluan asasi. Yang tidak berwang, dikategorikan miskin kerana tidak berupaya memenuhi tuntutan sosial dan keperluan asas semasa.


Heboh berita menyatakan 12 orang umat Islam di Damansara Utama hampir dimurtadkan kesan kesempitan hidup yang mereka alami. Dan pihak gereja yang selamanya sudah menggunakan pendekatan saikologi, mendekati melalui kuasa wang berupaya menarik golongan ini atas nama majlis berbuka puasa bersama. Hairan, sebuah pertubuhan agama lain tiba-tiba boleh menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam. Bahkan di dalam wahyu Allah s.w.t telah diperingatkan kepada umat ini, 'bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku'. Garis pemisahannya jelas, 'yang haq tidak boleh bercampur dengan yang bathil'. Kita tidak boleh membasuh pakaian menggunakan air kencing meskipun status air kencing juga dalam kategori air.


Lantas apabila pasukan penguatkuasa seperti JAIS mengambil tindakan, ada pula pimpinan yang atas nama kepentingan politik mengherdik dan mempertikai tindakan bekenaan. Walhal soal aqidah, pemurnian dan mempertahankan aqidah adalah satu tanggungjawab semua umat yang jika boleh sanggup dipertahankan biarpun nyawa jadi taruhan. Contoh yang diperlihatkan oleh Bilal bin Rabaah r.a dan keluarga Amir Yassir adalah satu bukti jelas. Mereka sanggup disiksa, dibunuh hanya semata-mata mahu iktikad dan pertahankan bahawa yang layak disembah hanyalah Allah.

Maka pengajaran lain dari episod gereja di Damansara Utama ialah, amalkan secara jitu prinsip setiap mukmin adalah bersaudara. Yang susah kita bersama bantu, jangan kita diam membantu. Yang memerlukan kita tolong dan usahakan apa jua sedaya boleh. Agensi seperti Jabatan zakat lebih keraplah turun ke bawah, jangan hanya galak berkempen untuk umat ini membayar zakat namun penyaluran bantuan terlalu perlahan dan lambat.



hahahahahaha... begitulah kegembiraan yang diluahkannya
Dan lebih jelas hikmah disebalik peristiwa ini, kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w harus berusaha dengan gigih, kuat beribadat, kuat berdoa kerana doa adalah senjata umat Islam. Gigih dan disiplin untuk mencari rezeki agar kita tidak menjadi umat yang miskin, meminta-minta dang mengharapkan orang lain untuk menyelesaikan kemelut hidup kita. Yakinlah bahawa umat Islam itu sebenarnya saintis dan jutawan, dengan syarat mereka benar-benar memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang diajar oleh Al-Quran dan andainya sunnah Rasul, tingkahlaku para sahabat dan para tabien benar benar diikuti dan dicontohi.

Marilah menjadi umat yang membanggakan Islam....!!!!!



No comments:

Post a Comment