Tuesday 31 May 2011

KENDURI DAN CUTI SEKOLAH...

Kalau ke ibu kota Kuala Lumpur waktu ini banyak hotel kecil, bajet hotel dan hotel besar 'fully book'. Di deretan kedai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, lautan manusia boleh jelas kelihatan.



Gedung membeli belah sudah banyak mengadakan promosi jualan hari raya, Jakel, Gulati's Silk House cat Nippon antara beberapa jenama besar yang sudahpun terkehadapan dari sudut ini.


Di kawasan perumahan, kampung, taman-taman jika ditinjau begitu banyak deretan khemah, bunga manggar didirikan. Buat menyambut pasangan pengantin baru yang bakal melangsungkan perkahwinan mendidrikan 'masjid' dan mahligai nan indah. 'Selamat bercuti sekolah' dan SELAMAT PENGANTI Baru saya ucapkan.

Dalam konteks kenduri kahwin yang diadakan, sudah banyak konsep 'pakatan' atau 'gotong royong' ditinggalkan. Banyak juadah dan hidangan disediakan melalui konsep 'buffet'. Yang penting sediakan sahaja ongkosnya, maka perunding pakej perkahwinan sedia memberi khidmat.

Secara tidak lansung perkahwinan atau kerja kenduri kahwin menjadi satu industri ekonomi yang rancak dan menguntungkan terutama setiap kali menjelang cuti sekolah. Spill over kesan dari kenduri kahwin mampu memberi impak kepada pembekal daging, ayam, khemah, kerusi meja, kedai barangan runcit, lori, dj, penyedia alatan audio dan banyak lagi.

Apapun jua, semua ini dapat kita nikmati dan langsungkan hanya kerana satu sebab yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun jua. Sama ada orang itu ahli UMNO, PAS, PKR atau DAP..Keramaian dan keupayaan mengadakan majlis sebegini yang dapat menghimpunkan saudara jauh dan dekat hanya kerana satu sebab...'MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN STABIL DAN TERHINDAR DARI BERLAKUNYA KACAU BILAU'..Maka marilah bersama mensyukuri nikmat Aman yang Allah s.w.t kurniakan kepada seluruh warga Malaysia..








No comments:

Post a Comment