Saturday 28 May 2011

BADUT PARLIMEN

Parlimen adalah tempat bersidangnya dan pembahasan rang undang-undang negara dan yang paling mustahak bajet negara perlu diluluskan di Parlimen.

Sebagai dewan yang mulia dan terkandung 3 komponen utama yakni Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tatacara persidangan, perbahasan perlu dihormati.

Tingkahlaku ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula perlu menampakkan sikap matang, profesional, berhemah dan boleh dijadikan teladan, kerana kepakaran ahli Dewan amat diperlukan bagi menzahirkan dasar bermanfaat untuk rakyat.

Malangnya tingkahlaku sepertimana yang kita lihat di Parlimen Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong kini sudah berjangkit ke Parlimen Malaysia.

Tiga atau 4 tahun kebelakangan ini, ada ahli Dewan Rakyat yang kuat tidur, ponteng secara konsisten, ada yang terjerit-jerit ibarat budak hingusan mahukan gula-gula. Ada yang terloncat-loncat ibarat kera mendapat bunga.

Ada pula yang suka terpekik terlolong persis diserang histeria sepertimana yang banyak berlaku disekolah-sekolah agama.

Wujud juga watak badut, pelawak, aksi sarkas yang memual lagi memalukan, kadangkala bila Perdana Menteri berucap, tiada langsung rasa hormat, adab dilempar dan dibakul sampahkan..

Mungkin anda semua tahu siapa yang selalu menjadi 'badut di Parlimen' .Menghiburkan penonton namun malangnya si badut berkenaan tidak mengerti bahawa tingkahlakunya menggambarkan sikap kebodohan dan ketidakupayaan yang nyata sebagai Ahli Yang Berhormat..







No comments:

Post a Comment