Tuesday 20 September 2011

SEMOGA MOMENTUM TERUS DIPERHEBAT

Minggu ini dua event terbesar dianjurkan BN Kedah,20 hb September, Jamuan Hari Raya di Stadium suka menanti. Melihat dari sudut kuantiti atau bilangan yang hadir ternyatalah UMNO/ BN Kedah masih ada pengikut dan para simpatinya.

Dan pada 24 hb september nanti bakal berlangsung konvensyen BN Kedah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit.

Memang benar diperingkat pusat, UMNO dan BN telah diberi suntikan transformasi oleh YAB PM. Cuma sikap mahu berubah dan beranjak kepada model dan budaya politik baru harus turut seiring di peringkat akar umbi. Biar ada laungan di pusat diikuti tindakan sepadu di Bahagian dan Cawangan.

Hakikatnya ramai rakyat dan pengundi Kedah masih sayang dan yakinkan UMNO dan BN Kedah. Memang ramai yang menyesal mengundi pakatan rakyat dalam PRU ke-12 yang lalu. Kesan undi merajuk, undi marah, undi sabotaj dan undi balas dendam. Benarlah pepatah melayu menyebut, orang Melayu khususnya sering mengamalkan tindakan, 'MARAHKAN NYAMUK kelambu di BAKAR'.

Dalam keadaan emosi, marah, pertimbangan rasional ditolak ketepi, bangsa ini lazimnya menyesal setelah berlakunya sesuatu perkara, jarang ada usaha untuk mengamalkan prinsip 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI'.

Namun dalam pada kita mengharapkan rakyat dan pengundi di Kedah kembali yakin dan menyokong UMNO dan BN Kedah, barisan pimpinan dan ahli UMNO/BN sendiri harus menunjukkan teladan. Bersatu, berpadu, bersetia, taat pada parti, mendokong parti, mengutamakan parti dan tidak mempunyai agenda peribadi.

Ingatlah sentiasa pesan YAB PM, jika UMNO/BN tidak berubah UMNO/BN pasti rebah. Barang yang lepas jangan dikenang, kenalpasti kelemahan dan kesalahan lalu, bingkas bangun gerakkan jentera, kukuh dan rapatkan barisan, dekati rakyat sentiasa, ubah diri, pendekatan dan cara gerakerja, biar rakyat merasa selesa, yakin dan percaya, BAHAWA UMNO/BN, dulu kini dan selamanya adalah pembela rakyat yang UTAMA.

DAHULUKAN RAKYAT, UTAMAKAN RAKYAT..itulah yang patut menjadi pedoman kita...pasti PRU ke-13 nanti, UMNO/BN Kedah akan beroleh jaya, dan menghapus segala duka yang membelenggu rakyat Kedah yang dilingkungi awan mendung semenjak bernaung di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih banyak retorik dari usaha terbaik...

Kita berusaha dan bermunajat kepada Allah s.w.t,, mudah-mudahan perjuangan UMNO/BN diberi rahmat dan laluan mudah, agar KEDAH KEMBALI melangkah GAGAH...


No comments:

Post a Comment