Sunday 18 September 2011

SYOK SENDIRI... :D hehehehe

Di antara perkara paling disukai manusia apabila dirinya dipuji, dipuja dan segala arahannya diikuti oleh pengikut setia yang taksub semborono tanpa mahu memikir sedikit menggunakan akal lojik anugerah Allah s.w.t.

Ramai dikalangan manusia yang langsung tidak boleh menerima teguran, krtikan dan sentiasa menganggap dirinya 'maha betul' dan orang lain selama-lamanya salah. Golongan jenis ini sentiasa berfikiran terhad dalam ruang lingkup dirinya sahaja lantas tidaklah menghairankan akan menyatakan apa jua yang dilakukan manusia lain semuanya tidak betul.
Mat Sabu Ka... Tu !!!???...

Berbalik kepada cerita syok sendiri...banyak gejala seperti ini kian menjadi budaya hidup. Misalnya apabila melakukan kenduri kahwin, yang mahu digahkan adalah hiasan pelamin, hantaran kahwin yang puluhan atau ratusan ribu, persiapan khemah lima bintang dan jemputan kepada golongan tertentu sahaja. Katering pula diambil dari jenis yang bertaraf 5 bintang.

Maka dari sudut luaran majlis sebegini tentulah akan mendapat pujian namun dari sudut pengisian terasa hambar dan kurang impaknya. Apa tidaknya, jemputan kepada saudara mara , iiran terdekat tidak dihulurkan, sebaliknya jemputan dalam bentuk kad eksklusif kepada VIP yang jauh sanggup didahulukan. Jemaah surau dan masjid setempat juga tidak dilibatkan untuk memeriahkan majlis, selain penduduk setempat langsung tidak dikhabarkan untuk membolehkan muafakat dan gotongroyong dan kerjasama sepadu melaksanakan majlis dilaksanakan. Maka inilah yang dikatakan syok sendiri, gah secara luaran tetapi menyebabkan hati dan perasaan golongan sepatutnya dirai diketepikan.

Program politik juga banyak yang seperti ini. Apabila mahu diadakan majlis, konsep selalunya terbalik, yang mahu diutamakan untuk diraikan adalah pemimpin atau golongan VVIP yang bakal datang merasmikan majlis tersebut. Demi meramaikan majlis muka-muka yang sama sahaja dijemput, yang tidak menyokong dipinggirkan, inilah kesalahan tipikal penganjuran program. Keutamaan dilebihkan kepada persiapan kosmetik bukankan impak program. Majlis persiapan menelan belanja puluhan dan ratusan ribu namun kesannya tidak seberapa. Jika ada sumbangan, senarai nama yang diberi perhatian hanyalah dari kalangan saudara mara atau golongan yang dikenali, sedangkan yang berhak dan benar-benar layak dapat diketepikan.

Maka jadilah program politik berkenaan tidak mencapai matlamatnya, syok sendiri dan hanya disulami dengan ucapan puji-pujian kepada pemimpin atasan yang datang merasmikan selain diraikan dengan hidangan yang enak-enak walhal fokus untuk meraikan rakyat, pengundi melalui majlis yang dianjurkan sama sekali telah diabaikan.

Maka wajarlah ingatan PM, bahawa jika membuat program politik atau apa jua majlis sekalipun elakkan mengadakan program bersifat SYOK SENDIRI. Pentingkan dan dahulukan OUTCOME, agar rakyat, penduduk, atau warga yang menghadirinya benar-benar diraikan dan mendapat manfaat tanpa mengira latarbelakang mereka itu dari sudut ideologi politik.,kaum, agama, budaya dan status sosial... Lagi Syok !!! dekat sini...

No comments:

Post a Comment