Sunday 18 December 2011

PETANDA YANG KIAN JELAS...

Memang benar, tanda-tanda kian jelas. Kegentaran pakatan pembangkang kian meluas, kelemahan mereka ditunjukkan dengan bukti nyata. Kecelaruan sesama mereka satu petanda. Di sebalik keghairahan BN terus bekerja tanpa mengira masa, pakatan pembangkang, alpa pada amanah utama.


Politiking mereka keterlaluan, ujian yang Allah s.w.t berikan dengan mandat memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan jelas mereka abaikan.


Umat Islam kian celik dan nampak 'wajah' sebenar PAS yang selama ini memuja Daulah Islamiyah. Namun kini perjuangan negara Islam ditinggalkan, negara kebajikan pula dimomokkan. Prinsip dan idealisme kian hancur, mereka lebih gentar pada DAP dan rakan sekutu PKR berbanding takutkan Allah s.w.t.


Mereka bersekongkol menginjak institusi raja, memperlekeh pimpinan negara dengan budaya biadap dan ala samseng jalanan, memporak peranda pegangan agama umat, mengharu birukan ajaran agama melalui tafsiran ikut suka.


Nah wajah mereka kian terserlah, demikian juga PKR, parti yang tiada halatuju kerana agendanya hanya 'menyelamatkan nafsu Anwar Ibrahim'. Nafsu kemaruk mahu menjadi PM at all cost biar dengan cara apa sekalipun.


Dan DAP tidak ketinggalan, bukan sedikit cercaan mereka yang mengguris umat Melayu, yang mewakili 67% penduduk negara ini. Barangkali Melayu itu jiwanya sabar jika tidak habis semua sudah terbakar!!!!!.


Rakyat boleh menilai, ya memang sebagai kerajaan BN ada salah silap dan kelemahan tertentu, namun muhasabah diri dan pembaikan sentiasa dilakukan, dan mengertilah serta akuilah apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini tidak mungkin muncul begitu sahaja tanpa usaha dan pendekatan tersusun yang dirangka dan dilaksana oleh BN.


Rakyat mengerti, rakyat memahami ini semua, namun pemahaman rakyat saban hari ditusuk dengan racun propaganda, dakyah jahat dari golongan yang tidak senang dengan kemakmuran, perpaduan dan kestabilan Malaysia.




Hakikatnya petanda kian jelas, pakatan pembangkang bakal temui jalan keluar, Jalan untuk dihumban ke lembah kehancuran dan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia. Dan rakyat yang matang lagi rasional akan mengajar mereka semua..!!!!





3 comments:

  1. dulu negara islam pun hang pa bising,tukar pun hang pa bising,memamg hang pa jenis suka bising kt pembangkang.Mcm pembangkang dulu2.Aku makin pelik dengan BN sekarang ni.Terdesak sgt.Nampak sgt takut kerjasama PR.Aku pun pelik jasa hangpa yang banyak yg hangpa dakwa pun rakyat tak suka kt hangpa.Rakyat skrg tidak lagi diperbodohkan lagi.

    ReplyDelete
  2. DAP GANTI PAS..UNDI PAS BERMAKNA UNDI DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM..TAKBEER!!!!!Rakyat memang tak bodoh lagi, tapi yang terus bodoh dulu,kini dan selamanya adalah penyokong PAS, yang menjadi balaci dan kuda tunggangan DAP dan Anwar Al-Juburi Wal-Liwati

    ReplyDelete
  3. Rakyat yang akan tumbangkan umno....ABU...

    ReplyDelete