Sunday 11 December 2011

HAPPY FOR RAKYAT AND HAPPY FUN PARK


Usaha demi usaha digagaskan untuk lerai kesusahan rakyat. Bermula dengan Klinik 1Malaysia,Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia(PRIMA), Kedai Rakyat 1Malaysia(KRIM) terus gah menyedikan barangan kualiti dengan harga murah, walau dicerca dan difitnah.Kemudiaan kesemua pelajar rendah dan menengah menerima habuan RM100 setiap orang dengan peruntukkan kerajaan pusat BN berjumlah RM530 juta.

Kini bantuan rakyat 1Malaysia(BRIM) wang saguhati one-off berjumlah RM500 bakal diagihkan bermula Januari, meskipun Mat Sabu kata haram siapa yang menerima wang berkenaan.Justeru kepada penyokong dan ahli PAS, PKR dan DAP harap jangan ambil wang itu, lebih baik diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Isu asasnya disebalik caci maki pakatan pembangkang, kerajaan BN terus berusaha, bekerja memberi khidmat merata-rata. Disebalik kecelaruan pakatan pembangkang mengadu domba, menghasut rakyat jangan menerima itu dan ini namun rupa-rupanya mereka, ahli dan pemimpin pembangkang yang terlebih kehadapan mengambil bantuan kerajaan.

Dulu pemimpin pakatan pembangkang mengatakan Kapal selam milik TLDM tidak boleh menyelam, dan kini NAH, apabila Lim Guan Eng , P. Ramasamy, Dr Mansor Othman, sendiri dibawa oleh Zahid Hamidi menaiki kapal selam, baru dia tahu kebenarannya.

Bercakap memang mudah, namun melakukannya bukan perkara enteng. Apapun keghairahan rakyat untuk kembali pada BN kian terserlah, inilah yang menggusarkan pakatan pembangkang. Lalu digunakan pelbagai cara, dan helah, HAKIKATNYAmereka benar-benar terdesak kali ini. Disebabkan itulah di Kedah yang diterajui oleh parti yang kononya berjuang atas nama Islam, kian hari terlibat dengan kerja mungkar.

Rumah hiburan, pusat karaoke, rumah urut tumbuh merata-rata, syiar dan dakwah Islamnya entah kemana. HAPPY FUN PARK, atau funfair gah diperkarangan stadium Darul Aman, bunyi bingit, percampuran bebas lelaki perempuan, waktu sembahyang entah kemana, namun itulah yang kini menjadi taruhan PAS untuk menarik hati rakyat.

Inilah skala pengurusan ekonomi 'lebai malang'. Sekadar funfair, pasar malam, dan ekspo kacang putih, tidak ada sinergi untuk majukan lagi ekonomi negeri dengan lebih matang. Perniagaan kian muram, rakyat kian tidak senang. Pelaburan di KHTP kian susut, duit GLC banyak yang kian kering, yang gah dinyatakan hasil balak, namun yang tidak didedahkan hasil balak meningkat kesan kawasan konsesi dibuka luas dan makin bertambah.

Duhai rakyat Kedah, sedar dan insaflah, tidak ada apa makna pun bertuankan parti yang kini sudah menjadi sayap terbaru DAP. Sebab itu mereka sanggup buang soal hudud dalam manifesto. Amal maaruf nahi mungkar mereka tinggalkan, kerja dakwah mereka abaikan, dulu benda yang mereka kata haram kita dah jadi halal dan kebaikan yang BN lakukan serta benda halal yang mahu diberikan kepada rakyat mereka kata haram..

Marilah bersama kita kembalikan kegembiraan rakyat dengan memilih sebuah kerajaan yang cekap bekerja bukan hanya bijak berkata-kata. Kerajaan yang boleh merangsang ekonomi dan daya maju negeri bukan kerajaan yang sekadar tahu menganjur funfair dan sarkas yang basi.

No comments:

Post a Comment