Tuesday 14 February 2012

JANGAN SALAH FAKTA!!!!!

Malaysia mempunyai simpanan luar lebih RM190 bilion. Dagangan Malaysia mencatatkan lebihan untuk 4 tahun berturut-turut. Bond negara ini diberi penarafan rating 'AA'.


Dalam ertikata yang lain keyakinan institusi kewangan dan negara lain ke atas keampuhan ekonomi negara cukup tinggi. Dan jangan lupa hakikat bahawa, BRIM(Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diagihkan kepada ribuan atau ratusan ribu isi rumah adalah hasil dari pengurusan ekonomi negara yang berhemah.


Lebihan pendapatan negara kesan keberkesanan sistem kutipan cukai, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada kadar 4% setahun. Pelaburan luar yang rencam dan berterusan dan asas ekonomi negara yang berdaya saing.


Tahu atau tidak, peruntukkan lebih RM1.5 billion untuk tujuan BRIM adalah hasil simpanan wang negara. Malaysia tidak meminjam satu sen pun duit dari luar untuk tujuan agihan satu isi rumah RM500.


Tahu atau tidak negara dengan hanya mengutip cukai rokok  dan tembakau sahaja bagi satu tahun akan beroleh pendapatan menjangkau RM2.6 billion.


Ini belum dihitung cukai import eksport serta cukai kastam yang berjaya mencecah RM90 bilion untuk tahun 2011 sahaja. Cukai pendapatan yang dibayar oleh 2 juta pekerja kerajaan memperoleh RM210 bilion. Cukai korporat tahunan Malaysia mampu mendapatkan pulangan berjumpah RM270 bilion.


Tambahan duti eksais, bayaran perkhidmatan Malaysia beroleh tambahan RM130 bilion. Bayaran royalti dan cukai keuntungan Petronas yang dibayar kepada kerajaan Malaysia sahaja secara tahunan melebihi RM80 bilion setahun.


Bermakna pendapatan negara cukup mantap dan kukuh dan kita tidak perlu meminjam dari luar untuk diagihkan kepada rakyat sendiri terutamanya melaui BRIM dan saguhati RM100 setiap murid.


Inilah bukti pengurusan ekonomi berhemah, bukti kecekapan bagaimana lebihan pendapatan disimpan untuk diguna dimasa susah sepertimana kejayaan Nabi Allah Yusof semasa mentadbir Mesir satu ketika dahulu.


Dan jika sesiapa yang merasakan duit BRIM adalah duit yang dipinjam dari luar maka jangan menerimanya, demikian juga jika sesiapa merasakan BRIM adalah sumber dari duit haram atau hukum menerimanya adalah haram sepertimana Tok Guru PAS maka jangan mengambilnya.


Buat apa mahu makan dan memberi makan anak dan isteri dari hasil haram?. Betul atau tidak?

4 comments:

  1. tipu org bodo buleh la... mana cikgu amik fakta2 ni semua??? reka ka??? he he... just a simple question why always have a defisit in our budget???? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u have fakta?? kalau kata cikgu tipu?? show ler??

      Delete
    2. can u read? tegok calculation kat komen dibawah. takkan la average org makan gaji dgn kerajaan bayar cukai sampai rm105,000. cikgu ni tak pandai methematic kot.. hahaha. tak umno la kalau tak tipu..

      Delete
  2. fakta yang tak logik lansung "Cukai pendapatan yang dibayar oleh 2 juta pekerja kerajaan memperoleh RM210 bilion".. bermakna average seorang pekerja kerajaan membayar sebanyak RM105,000.00.. banyak sangat tu.. Nampak sangat fakta MENIPU!!!

    ReplyDelete