Saturday 18 February 2012

MACAM-MACAM ADA, HABIS CELARU DIBUATNYA!!!!!

Manifesto yang lalu belum tertunai kini Buku Jingga pula diulang tayang. Kita ambil pendekatan lojik dan bijaksana. Bolehkan tiga parti yang secara terang-terangan berbeza ideologi, kemahuan dan kehendak, bergabung untuk matlamat bersama?


Tentulah mustahil, apa yang wujud hanyalah 'marriage of convenience'. Makin celaru jadinya. Pemimpin itu sokong Israel. lantas pemimpin yang satu lagi menolak Israel. Yang PAS mahukan Islam, tapi DAP terang-terangan anti Islam.


Akhirnya mereka ini dalam satu gabungan, bagaimana agaknya rupa dan keadaan Malaysia jika mereka ini memerintah?. Habis lintang pukang jadinya. Banyaklah aksi badut, benda tidak masuk akal dan kejadian-kejadian luar tabiee akan mengambil tempat.




Paling pelik dan ajaib, apabila mereka ini sendiri yang melakukan kesalahan, maka kesemuanya dikemukakan satu jawapan standard. 'INI SEMUA ANGKARA UMNO'. 'Ini akibat tindakan UMNO sebagai dalang'. Jawapan remeh yang cuba membodohkan rakyat. Telitilah, janganlah kita turut diperbodohkan oleh mereka ini, yang boleh menjadi bermacam macam watak ikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan. Depan cakap lain, belakang jadi lain.


Apa sahaja mereka bolehkan dan sanggup lakukan, kerana matlamat mereka hanya satu, 'MENUJU PUTRAJAYA' biarpun terpaksa menjual agama, menjual aqidah, menjual bangsa dan menjual maruah negara.

1 comment:

  1. saya amat sedih dan malu teramat sangat melihat seorang muslim yang ,melabelkan diri pejuang Islam ..sanggup bersama2 meraikan sambutan keagaaman agama bukan Islam..kalau beginilah perwatakannya..aku haramkan undiku untuknya,partinya dan kuncu2nya..ALLAH HU AKBAR..

    ReplyDelete