Monday, 23 January 2012

NAGA MENGAUM!!!!!!

Lazimnya hanya harimau yang mengaum, namun apabila disebut naga mengaum tentu ada sesuatu yang tidak kena..Bagi masyarakat Tionghua naga adalah binatang lagenda yang hidup subur sepanjang zaman,lambang kegagahan dan kekentalan.




Demikian jugalah kentalnya semangat kaum Cina dalam memajukan ekonomi negara dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Melayu dan India. Justeru tahun baru Cina pada tahun ini mengikut kalendar lunar masyarakat Tionghua jatuh pada tahun naga. Diharapkan masyarakat Tionghua akan terus aman, makmur dan mencapai kejayaan selain terus mendokong setia kerajaan Barisan Nasional yang selama ini cukup bertimbang rasa kepada semua.


 'GONG XI FA CAI ,saya Ismail Abu Bakar dan sekeluarga ucapkan kepada seluruh rakan-rakan Tionghua'.




Berbalik kepada cerita naga mengaum tadi, terpecatnya Hassan Ali bakal membawa musibbah yang besar kepada PAS. Jelaslah sepertimana kata Hassan Ali, PAS bukan agama. Pas hanya parti politik yang dalam kebanyakkan hal memperalatkan agama demi kuasa. Sebab itu kepercayaan bahawa PAS itu adalah agama kesan tarbiyah PAS kepada ahli-ahlinya menimbulkan kesan taksub assobiyah yang melampau dan ini boleh menjadikan aqidah ummah bercelaru dan perlu dinilai semula.




Nampaknya selain Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa, Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, dan YB Ustaz Taib Azamuddin akan turut mengaum satu hari nanti.Hanya detik masa sahaja yang akan menentukannya. 


Kerana kebenaran itu pastinya akan menghapuskan kebathlian. Maka akan tersirnalah Islam dibumi Malaysia. Apabila adanya penyatuan ummah yang sebenar selain bangsa dan kaum lain akan turut berasa aman apabila kaum majoriti bersatu padu atas landasan aqidah yang benar. Insya-Allah, sama-sama kita doakan moga titik pertemuan antara dua parti umat Melayu Islam yang terbesar ini dapat mencapai asas persefahaman yang total.

1 comment:

  1. ikut Islam selamat, ikut PAS sesat.

    ReplyDelete