Friday 11 November 2011

WINABLE CANDIDATE THAT CAN WIN..!!!!!


Istilah 'winable candidate' bergema kembali.Kali ini PM memberikan tafsiran yang lebih luas semasa perjumpaan dengan MUBARAK(Majlis Bekas Wakil Rakyat) di Sri PERDANA baru-baru ini. PM menyatakan winable candidate ini tiada had umur, tidak kisah jika calon itu calon recyle(kitar semula) ada yang sudah berpenggal-pengal menjadi wakil rakyat, yang penting calon berkenaan boleh menjamin kemenangan cemerlang BN.

Paling mustahak dalam PRU-ke 13 yang dianggap paling getir, apabila diumumkan saja calon berkenaan, maka sudah ternampak dengan jelas lagi cerah bahawa calon berkenaan ada WOW factor, ada aura dan punyai advantage untuk menang berbanding calon parti lawan.

Pada hemat saya, tafsiran winable candidate cukup mudah. CALON YANG PENGUNDI SUKA, bukanya CALON yang pengundi sudah menyampah akibat janji yang tidak tertunai, sikap hipokrit, sentiasa sibuk dan tiada masa untuk rakyat dan bekerja mengikut musim.Yang penting winable canidate pada tanggapan saya ialah CALON yang bila diumumkan, sudah CONFIRM dianya akan mampu menjamin kemenangan hakiki untuk parti diwakilinya..Sebab itu BN perlukan WINABLE CANIDATE THAT CAN WIN..

3 comments:

  1. calon kena baik akhlak, ada ilmu,mesra rakyat, pandai bekerja,jujur, ikhlas, hubungan awam yang baik, boleh memimpin, sanggup berkorban jiwa dan raga untuk orang dipimpinnya, jika ada ciri-ciri itu maka rakyat akan suka

    ReplyDelete
  2. yang lama dan berpengalaman jangan lupa, yang muda dan profesional diadun sekali, yang penting boleh menang

    ReplyDelete
  3. calon kitar semula yang dah berkali kali kalah tak payah calon la kot???

    ReplyDelete