Saturday 5 November 2011

MUSIM MENJALA DAN MENANGGUK....


1. Hujan yang turun tidak berhenti-henti kebelakangan ini dinegeri utara membawa beberapa petanda. Apakah kemungkinan banjir besar seperti 2010 YANG lalu?.

2. Musim hujan juga membawa rezeki pada orang kampung, tali air, longkang, parit, kolam dan terusan menjadi perhatian dan tumpuan kaki pancing, kaki menjala dan kaki tangguk. Banyak spesis ikan darat boleh didapati, inilah berkatnya Bumi Malaysia, di mana-mana ada rezeki tersedia asalkan mahu berusaha.

3. Dan dimusim-musim begini juga kedapatan dan kelihatan parti parti politik kian bergerak bebas dan aktif. Mereka turut sedang memancing, menjala dan menangguk.

4. Bukan menangguk ikan, tetapi mencari bakal calon. Maka jika ada mana-mana profesor di Universiti, Jeneral tentera, Pegawai Kanan Polis, Pemimpin NGO, ulama, tokoh usahawan yang merasa diri sudah diintai dan mahu dipancing oleh parti parti tadi, maka bersedialah untuk terjun ke dunia politik.

5. Bersedialah untuk menghadapi karenah dunia politik dan gelagat pengundi.

6. Ibarat kata bijakpandai, 'JIKA TAKUT DILAMBUNG MUSIBBAH JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN'.



7. Harapan semoga kemasukan pelbagai tokoh yang mempunyai pelbagai latarbelakang pengalaman, pendidikan, dan kehidupan akan menambahkan lagi warna-warni politik Malaysia.

8. Selama MENJADI CALON PILIHANRAYA..Awasi HANTU RAYA DISEKELILING ANDA..Bila menang berkhidmatlah untuk rakyat..Bukan MENGELAK dari MENYELESAIKAN MASALAH MASYARAKAT..

2 comments:

  1. Masaalahnya yang mahu menjadi calon langsung tidak mengukur baju dibadannya sendiri..sebaliknya penyakit syok sendiri mula menjadi-jadi

    ReplyDelete
  2. harap-harap siapa saja yang jadi calon kemudian menang dalam election, tunaikan semua janji dibuat.jangan jadi habis madu sepah dibuang, time kempen bukan main, bila dah dapat title YB, asyik sibuk memanjang, bila tanya ada di KL, KL. cukup cukuplah berbohong pada pengundi, orang kg bukannya bodoh lagi zaman la ni

    ReplyDelete