Sunday 27 November 2011

MENITI MASALAH RAKYAT...

Kesungguhan PM dan TPM dalam melakukan kerja turun padang, merencana dasar terbaik untuk rakyat tidak boleh disangsi.




Saksi dan bukti berhubung perkara ini cukup banyak jika mahu dicoretkan. Persoalannya sejauhmana kerja murni yang ditunjukkan oleh kedua pemimpin budiman ini bersambut. Dihayati oleh pelaksana dasar, pegawai tinggi di Kementerian, Jabatan mahupun pimpinan UMNO, MCA, MIC, PPP , GERAKAN serta parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.


Rasa cemburu terhadap beberapa langkah 'merakyat' yang dilaksanakan oleh PM cukup terserlah, dek kerana itulah isterinya DATIN SERI ROSMAH dan peribadi NAJIB sendiri 
menjadi sasaran fitnah dan kecaman bertalu-talu yang direka oleh sang pemuka dan pengkhianat negara.


Maka yang wajar menilai dan menghakimi perkara ini tentulah rakyat dan pengundi. NAJIB selaku PM seperti selalu sentiasa tenang, terus bekerja biar apapun tohmahan yang datang..Maka sebagai rakyat yang matang kita nilailah, kaji dan analisis secara rasional, tidak cukup baikkah PM kita yang seharian ke sana dan kesini semata-mata mahu merasai denyut nadi RAKYAT dan MENITI MASALAH RAKYAT

3 comments:

  1. pemimpin negara sibuk bekerja, pemimpin pembangkang, biasa la, sibuk mengata

    ReplyDelete
  2. ALANGKAH BAGUS KALAU SEMUA PEMIMPIN PERINGKAT BAHAGIAN, NEGERI DAN CAWANGAN UMNO DAN KOMPONEN BN DAPAT BEKERJA KUAT SEPERTI PM DAN TPM

    ReplyDelete
  3. selamat sejahtera dato,
    mengkala dok tengok kelaku pemimpin UMNO dan BN dinegeri Kedah saya dok rasa PAS akan terus perintah Kedah.

    ReplyDelete