Sunday 6 November 2011

MATI TERLEBIH MAKAN..!!!!!


Keamanan berterusan membolehkan umat Islam di Malaysia sekali lagi menunaikan solat sunat AIDILADHA 1432H di ribuan masjid seluruh negara yang tersergam, bersih lagi indah.Tentulah sehari dua ini, ibadah korban, sembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri selain kenduri kendara akan sibuk diadakan dimasjid, dewan orang ramai, sekolah dan kampung-kampung.
Jemputan kenduri sempena 'korban' datang mencurah-curah, pastinya tekanan darah bulan ini akan meningkat naik sekali ganda..Inilah nikmat aman makmur bumi Malaysia. Lebih RM14 bilion insentif dan subsidi kesihatan kerajaan sediakan bagi rakyat ini. Puncanya untuk tangani penyakit yang ada kaitan dengan amalan pemakanan, kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung..

Itupun masih ramai yang kurang peka, kurang sedar dan kurang insaf.Rakyat di Somalia, umat Islam di Kembodia, Iraq, Palestine, menderita kekurangan makanan dan kemudahan perubatan. Namun umat Islam di Malaysia ,menjemput pelbagai jenis penyakit untuk menghinggapi tubuh mereka kesan terlebih makan. Dan apabila sakit, kerajaan ini jugalah yang menyara dan menyediakan kemudahan perubatan terbaik untuk mereka, dengan caj kadar bayaran terendah didunia bernilai RM1.

1 comment:

  1. bukan saja setakat terlebih makan dato, tapi rakyat Malaysia misalnya dirumah-rumah terbuka suka berebut makanan, tamak, akhirnya makanan yang diambil tidak pun mampu untuk dihabiskan.

    ReplyDelete