Friday 11 November 2011

ADA PIHAK NAK AMBILALIH PERANAN TUHAN!!!!!!


Lebih kurang 3 dekad lampau ada puak yang secara terang-terangan cuba mengambilalih peranan Tuhan. Maka terkeluarlah amanat guru mereka bahawa, 'sembelihan orang itu haram dimakan, solat berimamkan imam golongan lain tidak sah dan jika mati menentang puak yang satu lagi matinya adalah syahid'.

Malang sungguh, wanita,anak-anak dan golongan pertengahan yang tidak berdosa dari sebuah perkampungan yang bernama Kg Memali menjadi mangsa puak ini. Lebih malang tatkala para suami, anak mereka meninggal dan digahkan akan dibantu oleh jemaah dari sebuah parti, dana yang ditubuhkan habis disapu dengan diketuai oleh insan yang kita bergelar Senator.

Nampaknya kini makin ramai pihak yang seolah-olah bila berpolitik makin terlampau aksinya. Mereka bukan sahaja mempertikaikan soal-soal asas tetapi juga seolah-olah mula mahu memainkan dan mengambilalih peranan Tuhan. Maka dihukumkan bahawa orang itu kafir, walhal masih melafazkan syahadah, umat Islam di Johor dikatakan murtad hanya kerana tidak mahu menyokong parti mereka dan berterusan setia dengan UMNO/BN

Ibadah haji orang lain dihukum tidak sah, orang itu dan pemimpin atau khalifah yang mengetuai negara difitnah memakai tangkal dan lebih ajaib ada Tok Guru puak ini demi mahu menguasai undi sanggup pula keluarkan kenyataan bahawa, 'JIKA UNDI KAMI DIJAMIN SYURGA'.

Inilah keajaiban dan kekeliruan ajaran bentuk baru. Ajaran yang sungguh-sungguh mengelirukan umat, hanya kerana politik maka MEREKA INI CUBA MENGAMBILALIH PERANAN TUHAN. Seolah-olah keputusan dan hukuman mereka yang tentukan walhal semua balasan baik atau kejahatan manusia ini yang layak membalas dan menentukan hatta persoalan SYURGA DAN NERAKA hanyalah terletak dibawah kekuasaan ALLAH S.W.T

Renung-renungkan

5 comments:

  1. Tapi masalahnya ramai yg percaya dan taksub dengan kata kata Tok Guru, mudahnya nak masuk syurga...yg cakap seperkara ..yg percaya pun bangang tak terkata...hmmm..

    ReplyDelete
  2. meme ler semua umat islam akn masok syurga sesudah d balas semua perbuatan jahat mereka kecuali mereka2 yg menyegutukn Allah.(bertuhankan manusia,parti dsbnya)

    ReplyDelete
  3. smoga saudara2 kita yg terlalu taksub dgn ajaran songsang itu diberikan hidayah oleh ALLAH untuk mereka kembali ke jalan yg sebenarnya... dan jg smoga ALLAH memberi hidayah kpda pemimpin2 negara kita supaya mereka jg lebih memimpin berpandukan agama....

    ReplyDelete
  4. Tok Guru yg dipuja, Al-Quran dan As Sunnah di tolak bulat2.. Makin bahaya nih..

    ReplyDelete
  5. Bughyatul Mustarshidin11 November 2011 at 14:56

    di melaka, pengikut taksub parti bulan beritikad seandainya mati, jika diletak nyer bendera bulan didalam liang lahad dijamin syurga dan lepas siksa kubur sampai mcm tu sekali.. astaghfirullah hal azim

    ReplyDelete