Sunday, 27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT BERSIDANG...

Setuju atau tidak Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang akan dimulakan pada 29 November-2 Disember di PWTC bakal menjadi titik tolak dalam menentukan sama ada UMNO terus kekal signifikan ataupun tidak. Disebalik gesaan demi gesaan agar UMNO perlu berubah jika tidak mahu rebah, rasanya masih banyak ruang penambahbaikan yang wajib disiapsagakan.


Namun berbanding dengan parti-parti lain, UMNO biarpun dibenci, disukai, dan dilabel dengan pelbagai nista, namun terus melangkah gagah dan track record sebagai parti umat Melayu yang terlalu banyak jasa pada pembangunan bangsa dan negara tentulah tidak boleh disangkal.


Isunya bagaimana mahu memahamkan generasi muda tentang kaitan UMNO dengan kemajuan dan sejarah negara bangsa.. Ini memerlukan iniovasi dan kreativiti, sama seperti 'dakwah' yang harus sesuai dengan realiti semasa begitu juga cara berpolitik UMNO..Mestilah 'fit' dan sesuai dengan selera dan kehendak pengundi semasa.


Kaedah lama yang 'kuno' terlampau out to date, wajar ditinggalkan..Mampukah UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu menanggapi mesej ini.Mudah-mudahan UMNO terus kekal disanubari umat Melayu/Islam dan menjadi pemimpin tulang belakang untuk seluruh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan1 Muharram 1433H yang kita sambut pada hari Ahad 27 November 2011 akan terus menempiaskan UMNO untuk turut sama berhijrah demi kepentingan ummah


SALAM MAAL HIJRAH 1433


'BERSATU, BERSETIA DAN BERKHIDMAT'.

2 comments:

  1. rakyat semakin cerdik dan boleh menilai, UMNO perlu lakukan lebih baik dan yang terbaik demi Islam, demi melayu dan demi negara..PAS dan PKr sudah tidak boleh diharap, mereka sudah menjadi talibarut komunis DAP

    ReplyDelete
  2. salam cikgu,
    PAS dan PKR dan DAP lagi banyak problem, tapi diaorang pandai simpan problem dalam kain. UMNO pula suka menjaja masalah kawan rakannya sendiri..itu yang jadi masalah dan ramai'hantu raya' dlm UMNO

    ReplyDelete