Monday, 28 November 2011

BERSEDIAKAH UMNO/BN KEDAH...

Persoalan ini rasanya sudah banyak dikomentar hatta di dalam media arus perdana seperti Utusan Malaysia.Namun dalam kebanyakkan hal rasanya tidak banyak perubahan atau transformasi gegak gempita yang membolehkan UMNO/BN Kedah dilihat memberi ancaman kepada kerajaan PR di Kedah..Banyak isu yang mudah ditepis oleh kerajaan negeri yang memerintah.






Dulu Kedah menjadi tumpuan, kerana negeri Perdana Menteri, selama 22 tahun Tun Mahathir Ahli Parlimen Kubang Pasu menjadi PM, Kedah tidak terlepas dari perhatian..


Kini Kedah harus bergerak bersendirian, jentera tidak boleh terlalu berharap pada kunjungan kerja atau lawatan walkabout PM dan TPM semata-mata. Semua sayap parti baik UMNO mahupun komponen BN harus kreatif dan bergerak secara sepadu untuk menawan kembali hati pengundi di Kedah.


Kurangkanlah ketegangan di peringkat bahagian, tidak ada makna menjadi KETUA UMNO Bahagian, jika negeri jatuh ketangan orang. Bak kata pepatah, 'MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'.


Hanya UMNO dan BN yang boleh memenangkan calon dari parti UMNO dan BN. Jika kita masih gagal bergerak seperti yang sepatutnya dan hanya menanti sentuhan dari pemimpin pusat semata-mata, maka susahlah.






Jangan jadikan KEDAH sebagai KELANTAN KE-2..Semua pendukung UMNO dan BN di Kedah ingatlah, elakkan sabotaj, muafakat demi membolehkan kita beroleh berkat. Kemenangan mutlak dalam PRU ke-13 nanti, tolonglah UMNO DAN BN dengan penuh ikhlas dan rasa insaf di hati..

1 comment:

  1. saya selaku perwakilan pemuda umno kedah untuk PAU 2011 berasa malu dgn KETUA PEMUDA UMNO Kedah yang berucap bahaskan ucapan KJ tetapi macam orang tak reti berceramah

    ReplyDelete