Keberkesananya sudahpun terasa dalam kempen PRU-2008 yang lalu. Kekuatan manipulasi, paparan maklumat pilihan yang lebih cepat, tangkas dan terkini serta sajian yang lebih bebas tanpa terikat dengan norma kewartawanan menjadikan media baru lebih sensasi.
Lumrahnya di Malaysia atau dimana sahaja yang sensasi dan kontroversi itulah yang diminati. Dan kini pertembungan dunia maya baik melalui medium blog, facebook, twitter cukup jelas, aliran maklumat, berita dan hebahan cukup banyak.
Dan ini juga penyebab kenapa akhbar dan media konvensional kurang laris dan kian mengececil edarannya. Persoalannya, sudah bersediakah parti pemerintah dengan penguasaan dunia maya ini sebagai wahana penyebaran maklumat dan saluran informasi?. Jika PM sendiri mempunyai lebih 900,000 pengikut dilaman muka bukunya selain laman blog 1MALAYSIAnya diikuti ramai dan beliau lebih santai berinterakasi dengan generasi muda menerusi perjumpaan berkala dengan rakan dalam talian bagaimana pula dengan pimpinan yang lain?.
Ramai penganalisis berkata, dan sudahpun terbukti, 'era PRU ke-13' medium media maya akan menjadi penentu utama keupayaan parti untuk menarik sokongan pengundi saluran 3, 4 DAN 5. Benarlah juga kata tokoh futuristik dunia, PETER F. DRUCKER, 'barangsiapa menguasai maklumat dialah menguasai dunia'.
Bahan media baru ini jugalah yang membolehkan rakyat mengetahui pembohongan, sikap hipokrit dan amalan songsang kebanyakkan pemimpin pembangkang. Bahang media baru juga yang buatkan semakin ramai pemimpin lebih berhati-hati dalam tindakan mereka, kerana kemana jua mereka pergi, apa pun jua tindakan dan aksi mereka seolah-olah ada CCTV dan mata yang merakamkannya. Dan ingatlah kalaupun boleh terlepas dari aksi CCTV dan mata didunia, CCTV dan mata yang hakiki yakni pemantauan dari Malaikat dan Allah s.w.t pasti kita tidak akan terlepas dar pemerhatian.
Maka, alatan sudah ada, media baru sudah bercambah, terpulanglah pada yang empunya diri, menggunakan untuk kebaikan atau untuk tujuan meruntuhkan..Paling penting siapa yang kurang IT savy dan masih kurang arif tentang manfaat dan penguasaan media baru maka dirasakan dialah orang yang agak janggal dan kerugian dalam arus modenisasi masa kini.
tapi ramai pemimpin UMNO masih merasakan cara kempen cara lama masih berkesan, mereka sukar menerima kemasukan teknologi baru dan tidak mahu ubah pendekatan kempen supaya lebih menarik dan inovatif, mungkin juga mereka itu buta IT
ReplyDelete