Tuesday, 8 November 2011

BANYAK SUNGGUH JANJI TAK TERKOTA!!!!!


Lidah tidak bertulang memang mudah berkata-kata. Pesan orang tua-tua menanam tebu ditepi bibir. Entahlah, berkunjung ke rumah kawan rakan dan sanak saudara sempena Cuti Aidiladha ini, kedapatan banyak sungguh rungutan.

Ini belum dihitung musibah demi musibah yang kian mengasak rakyat Kedah. Namun seperti biasa, terrpacullah dari mulut golongan prpaganda parti pakatan rakyat di Kedah, 'bersabarlah ini semua dugaan Allah'. Kita akui musibbah, bencana adalah ujian, namun tatkala BN memerintah dahulu, jika ada lembu dilanggar lori di pendalaman Baling sekalipun, maka akan berkokoklah ustaz PAS mengatakan, lihatlah 'ini semua bala dari Allah kerana BN memerintah Kedah'.

Kini bukan sahaja ribut mengasak di Taman Bersatu, banjir kilat di Taman Desarena semuanya di Kuala Kedah, sebelum Aidiladha, ribut mengganas di Jalan Langgar, Alor Setar, awal tahun 2010 dahulu kemarau terik diKedah, diakhiri dengan banjir besar yang hampir menenggelamkan Kedah dan gara-gara banjir itu MBnya naik marah yang aksinya boleh dilihat di skrin media elektronik..

Dan kalau bertanya pada rakan, taulan dan mendengar keluhan rakyat pelbagai peringkat, maka berjilid-jilid buku karangan boleh ditulis, semuanya tentang janji PAKATAN RAKYAT yang dahulunya begitu mudah dilafaz semasa kempen PRU 2008. Di Baling sendiri yang paling 'popular' janji yang pernah dilafazkan oleh tukang kempen PAS, ialah 'jika kami menang, sebelum subuh pengunjung lelaki dan perempuan yang mengunjungi kolam air panas AKAN KAMI ASINGKAN'.(Banyak lagi janji lain cukuplah sekadar dibawakan satu contoh janji yang belum tertunai).

Namun kini rakyat yang telah memberi mandat sudah naik rimas dan mereka kian sedar bahawa menanti janji janji manis untuk dilaksanakan ibarat 'MENUNNGU BULAN JATUH KE RIBA'..Rupanya yang gah hanya bendera BULAN yang tercacak di atas pokok buluh.

Inilah padahnya, dan jika sudah TERSESAT JALAN KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN..Awasilah LIDAH TIDAK BERTULANG dan janji-janji manis yang terkeluar dari mulut mereka itu.

2 comments:

  1. sudah tersebar seantero malaya, golongan pas,pkr dan dap memang pakar..pakar berjanji.pakar cakap bohong dan pakar menfitnah..yang lain hampas belaka

    ReplyDelete
  2. KALAU BOLEH DIBUKA MULUT PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAN DIPERIKSA LIDAH MEREKA, PASTI KITA AKAN MELIHAT SEMUANYA MEMPUNYAI SATU PERSAMAAN..LIDAH MEREKA SEMUANYA BERCABANG-CABANG!!!!

    ReplyDelete