Monday, 16 May 2011

YANG MUDAH JANGAN DISULITKAN


Dalam sebuah negara demokrasi ,di antara keutamaan sikap pemimpin ialah  mendengar keluhan  rakyat. Tidak cepat melatah,panas baran, tidak emosional , tenang, berhemah  dan mampu membuat sesuatu yang betul.

Aspek yang kedua penting dalam soal pengurusan negara ialah keupayaan pemimpin menggunakan kuasa yang telah dimandatkan rakyat secara wajar dan adil. Pemimpin seringkali dihadapkan dengan satu tugas berat yakni pilihan di dalam membuat keputusan. Saban hari pemimpin akan menghadapi seribu satu macam persoalan yang memerlukan dirinya membuat keputusan.Dan keputusan yang dibuat pula bakal mengundang risiko baik buruk kepada rakyatnya.

Maka apabila pemimpin menyerahkan kepada pihak lain untuk membuat keputusan yang sepatutnya boleh dilakukan olehnya dan berada di bawah bidang kuasanya, maka natijah menyebabkan pemimpin tersebut  dipandang lemah dan dianggap bersikap lepas tangan.
Mengambil dua prinsip ini, maka apabila diterjemahkan dalam kes rebat cukai tanah yang dipohon UUM kepada kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS, tiga rumusan boleh dibuat:



1)      Menteri Besar Kedah gagal mengupayakan kuasa yang dimilikinya kerana menyerahkan kepada pihak PTG untuk membuat keputusan berhubung enam kali rayuan yang dikemukakan pihak pengurusan UUM.Penolakan pintu rundingan seperti yang disahkan oleh MB dalam kenyataanya diakhbar tabloid Sinar Harian, 11 Mei 2011 membuktikan, prinsip musyawarah tidak dipraktitkan dalam amalan sebuah kerajaan yang kononya mendakwa menjadikan Islam sebagai teras dalam segala tindakan.

2)      Kerajaan Barisan Nasional terdahulu lebih berhemah, rasional dan peka dalam memahami peranan serta fungsi UUM yang telah menyumbang bagi pertumbuhan ekonomi setempat melalui konsep ekonomi limpahan.Alasan inilah yang menyebabkan rebat cukai tanah selama 2 tahun diberikan dari tahun 2006-2008.

3)      Jika rakyat Kedah mahukan kebajikan anak-anak mereka yang belajar di UUM terus terbela, justeru dalam konteks Pilihanraya Umum akan datang adalah menjadi kewajaran Barisan Nasional dinobatkan kembali sebagai kerajaan. Agar keistimewaan rebat cukai tanah kepada UUM dapat diteruskan. Selain bayaran lebihan yang telah dibuat oleh pihak UUM semasa pemerintahan Kerajaan PAS di Kedah boleh dikembalikan untuk manfaat pelajar apabila BN mengambilalih tampuk kerajaan di negeri Jelapang Padi nanti.


Persoalan ini wajar menjadi  agenda penting untuk BN Kedah dalam merangka manifestonya khusus di Kedah dalam menghadapi PRU akan datang. Bidang pendidikan melibatkan kepentingan semua tanpa mengira fahaman politik, ideologi, keturunan dan latarbelakang kaum dan agama.
Justeru keupayaan BN Kedah untuk menggarap dan memperjuangkan isu-isu pendidikan dapat membuka ruang yang lebih luas bagi rakyat untuk lebih meyakini BN, sesuai dengan tradisinya iaitu ‘MEMBELA RAKYAT’..Pilihan ditangan anda!!!!!..Sama ada BN mahupun masyarakat seluruhnya..

             





No comments:

Post a Comment