1. Semenjak PRU pertama 1959, peranan parti pembangkang di Malaysia lebih bersifat ‘oppose’(menolak) atau membangkang ‘semua perkara’.
2. Malangnya dalam proses membangkang, tidak pula pernah diusulkan cadangan alternatif lagi membina.
3. Lantaran itulah pembangkang di negara ini secara tipikal mengamalkan budaya ‘destructive criticism’. Bukannya bangkangan membina atau ‘constructive critism’.
4. Realiti ini berbeza dengan budaya demokrasi di Great Britain dan Amerika Syarikat. Masyarakat politik di sana dikatakan telah mencapai tahap kematangan politik yang tinggi. Peranan parti pembangkang lebih bercorak pengimbang. Mengimbangi apa jua dasar-dasar yang dilaksanakan pemerintah.
5. Dalam masa yang sama pembangkang berupaya menyediakan pilihan dasar dan pendekatan praktikal untuk disajikan sebagai kepada rakyat.
6. Lantaran itu apabila parti pembangkang naik menjadi kerajaan mereka dilihat ‘tahu apa yang mahu dilakukan’ dan ‘mampu melakukan apa yang diamanahkan’.
7. Bandingannya jauh berbeza dengan parti pembangkang di Malaysia. Kejayaan PAS mengemudi Kelantan selama 20 tahun tidaklah berupaya untuk menjadikan negeri tersebut sebuah model negeri Islam tulen yang lengkap amalan Islamisasinya dalam semua bidang sepertimana saranan Al-Maududi(antara tokoh gerakan Islam yang dipuja pendokong PAS).
8. Malah prinsip asas Islam, misalnya soal kebersihan masih menghantui negeri berkenaan.Walhal Islam secara jelas menekankan ‘kebersihan adalah sebahagian dari iman’. Namun yang peliknya di Kelantan, bekalan air bersih, persekitaran yang kurang kondusif dan tandas awam serta tandas di Masjid masih berada pada tahap yang menjengkelkan.
9. Di Kedah, janji seribu janji yang dilontarkan menerusi manifesto ‘KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA’ setelah 3 tahun baru disedari PAS, bahawa implementasinya tidak semudah kata-kata.
10. Malah mengikut getusan hati YAB Ustaz Azizan dalam satu temubual dengan akhbar harian secara jelas menyatakan, ‘banyak janji manifesto yang tidak praktikal dan disedari tidak boleh dilaksanakan di Kedah’.
11. Jika demikian, kenapa tidak dibuat kajian terlebih dahulu sebelum berjanji? Apakah manifesto berperanan sebagai road-map ke arah memajukan negeri atau sekadar dokumen tipu helah menyedapkan hati pengundi?
12. Bukankah berbohong itu amalan yang cukup dikeji disisi Islam? Di mana prinsip tanggungjawab sebuah gerakan Islam seperti PAS apabila melaksanakan kaedah ‘tujuan menghalalkan cara’ dengan membuat janji yang disedari mereka mustahil untuk dipenuhi?
13. Yang jelas, tanpa kepakaran, pengalaman, sumber yang banyak, daya pengurusan yang cekap, gerak hati yang tepat,keupayaan memahami pelbagai kehendak masyarakat, maka pentadbiran negeri tidak boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.
14. Maka, lontaran soalan mudah harus dikemukakan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah..Setelah 3 tahun menguasai kerajaan, sudah berapa ramai yang telah disejahterakan? Merasa nikmat sebenar dari sudut pembangunan, tingkat pendapatan, peluang pekerjaan,pengurangan kadar kemiskinan, pertumbuhan kemakmuran ekonomi, dan kemajuan rohani?
15. Sebaliknya, isu-isu asas seperti kutipan sewa rumah kos rendah, kenaikan tariff air, projek keli yang tidak menjadi, kenaikan cukai pintu, isu Maahad Tahfiz Insaniah,rebat cukai tanah UUM, pemberhentian bayaran bil air di pejabat Pos, gagal dikelolakan dengan berhemah walhal sudut penyelesaiannya cukup mudah.
16. Jika perkara yang kecil sebegitupun gagal ditangani, lantas bagaimana perkara yang lebih makro dan sukar sifatnya seperti kemajuan ekonomi negeri, upaya membawa masuk pelaburan asing dapat dirungkaikan oleh PAS dan rakan pakatannya di Kedah?
17. Termampukah kerajaan PAS secara jujur menjawab segala kelemahan angkara perbuatan mereka sendiri???
No comments:
Post a Comment