Di antara azab siksa neraka yang diperlihatkan kepada Rasullulah s.a.w semasa di Mikrajkan ke langit adalah siksaan kepada golongan yang suka mengumpat.
Rating bagi rancangan Melodi yang disiarkan setiap Ahad jam 12.30 di TV3 yang menyajikan isu-isu sampah dan tidak menyumbang kepada pembinaan minda bangsa mencecah lebih 1.7 juta penonton bagi setiap siaran.
Budaya politik Malaysia juga menyaksikan bagaimana pentas ceramah atau kempen piihanraya dihiasi dengan ceramah maki-maki, kata mengata sepanjang masa,aibkan peribadi termasukah dongengan cerita yang bukan-bukan. Kurang sekali ahli politik yang berjaya mengungkapkan idea besar dan pemikiran hebat.Kerangka pemikiran dan tindakan yang boleh menyelesaikan permasalahan rakyat..
Golongan intelektual pula hanya gah dengan sijil menggunung tinggi namun mereka juga tidak terlepas dari suka menggosip antara satu sama lain.Bahkan dikhabarkan bahawa tatkala mahu melobi jawatan tinggi seperti Dekan, Pengarah atau Naib Canselor universiti, golongan yang dikatakan tinggi ilmunya ini juga tidak terlepas dari mengamalkan budaya surat layang, kata mengata, fitnah dan menggunakan khidmat bomoh siam.
Demikian juga pemimpin yang banyak berjasa, sekali kesilapan dilakukan, jadi ungkitan dan sumpahan sepanjang zaman..Perihal bakti, budinya, jasanya yang telahpun diusahakan zaman berzaman tidak langsung disebut, malah terus dilupakan...
Barangkali inilah yang dikatakan...'MELAYU MUDAH LUPA'.
No comments:
Post a Comment