SERTAILAH PAS:
JAMINAN UMAT MENUJU SYURGA?
Bangsa Melayu cukup mudah terpegun dengan imej serban, jubah, janggut dan kebolehan individu membaca doa yang panjang.
Samalah seperti terpegunnya Melayu apabila mendengar celoteh penjual ubat dan penganjur skim cepat kaya.
Melayu dalam apa jua keadaan inginkan hasil bagi sesuatu kerja yang dilakukannya melalui jalan pintas.Mereka malas untuk berusaha, kurang gigih, kurang sabar dalam melakukan kerja mereka.
Buktinya 80% pengunjung restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan Mcdonalds adalah Melayu, dan melalui kuasa beli pengunjung Melayu restoran makanan segera berkenaan mencatatkan perolehan jualan lebih RM4 bilion setahun.
Di musim perayaan juga, ramai Melayu yang sanggup membunuh diri dijalan-jalanraya hanya kerana tergesa-gesa mahu pulang segera ke kampung untuk beraya.
Bangsa ini juga terburu-buru dan mudah percaya apabila diauta oleh pemimpin pujaan mereka tanpa mahu berfikir, muhasabah diri dan melakukan kajian mendalam.
Sebab itu pada ahkirnya yang sanggup berbaring di atas jalan, membuat kecoh dimasjid, melakukan huru hara dengan menjadikan PDRM sebagai musuh utama adalah bangsa Melayu yang sudah ramai terkena dan tertipu dek dirasuk hantu raya.
Dan andaian ini menjelaskan kenapa ramai Melayu menyokong Pas, mengundi PAS, simpati pada PAS, mungkin kerana sikap asasi bangsa Melayu yang segala-galanya mahu cepat dan mudah.
Dengan menyokong PAS, mungkin Melayu merasa mudah atau akan diberi laluan yang tidak begitu sukar bagi mencium seterusnya menjejakkan kaki ke syurga..impian semua umat Islam.
Namun cukupkah sekadar menyokong sebuah gerakan Islam yang sikap dan tindak tanduk mereka banyak yang bercanggah dengan ISLAM.Islam yang bagaimana sebenarnya yang ingin kita bangunkan? Islam celupkah?, Islam sebenarkah sepertimana ajaran dibawa Rasullulah s.a.w.?
Apakah dengan mengundi PAS, jaminan syurga terbentang, di mana nas, dalil naqli, dalil aqli, pandangan ulama muktabar yang mengesahkan perkara ini. Apakah ada disebut di dalam hadis, dihuraikan secara panjang lebar oleh Imam Maliki, Hanafi, Shafie dan Hambali?
Jika sikap, hati,niat tidak betul, lalai dalam solat, culas dalam berpuasa, memakan harta anak yatim, memusuhi saudara seagama, kafirkan umat Islam yang lain, mengeluarkan fatwa mengikut selera, malas membayar zakat, apakah hanya sekadar dengan mengundi dan menjadi ahli PAS, semua dosa yang tercatit mampu diampunkan oleh Allah s.w.t.
Dan paling menghairankan berapa ramai yang sudah mengundi PAS, menyokong PAS, sudah terjamin dan sudah berada di pintu syurga?
Marilah bersama kita mendoakan kesejahteraan seluruh saudara kita yang berada di dalam jemaah PAS, mudah-mudahan akan bertemu titik persamaan yang memungkinkan umat Islam di MALAYSIA bersatu hati dan tidak lagi memusuhi sesama sendiri.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahawa seorang badui datang menemui Rasulullah saw.
Bahawa seorang badui datang menemui Rasulullah saw.
lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang apabila aku lakukan, aku akan masuk surga.
Rasulullah saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan solat fardu, membayar zakat dan puasa Ramadan. Orang itu berkata: Demi Zat yang menguasai diriku, aku tidak akan menambah sedikit pun dan tidak akan menguranginya. Ketika orang itu pergi, Nabi saw. bersabda: Barang siapa yang senang melihat seorang ahli surga, maka lihatlah orang ini. - Sahih Muslim
No comments:
Post a Comment