Saturday, 24 December 2011

PENGHUJUNG 2011, MOGA ADA SINAR DI 2012

Bermula 2012 kita mengharapkan sinar baru untuk menjernihkan politik negara dari elemen kacau bilau, titik bengit yang selama ini dicetuskan oleh golongan subversif dan kurang prihatin kepada ketenteraman awam.


Biarlah jika ada titik hitam 2011 kita lupa dan tinggalkan memori duka itu. Namun realitinya  tahun baru 2012 bakal menjanjikan lebih banyak usaha bersungguh kepimpinan YAB Dato Seri Haji Najib Tun Abdul Razak.


Benarlah gagasan 1Malaysia diupayakan dengan bersungguh oleh beliau dan barisan jemaah menterinya. Biar seribu tohmahan yang datang, biar sejuta ombak yang menghalang namun anakanda kepada Tun Abdul Razak ini bukan pemimpin sebarangan.


Kemahuannya kuat, istiqamah dan kesabarannya tinggi, komitmennya jelas, halatuju rakyat dan negara yang ingin dibawa kehadapan telah dipetakan dengan penuh murni.


Kita sebenarnya bertuah, negara ini aman, makmur, bebas beribadat, toleransi antara kaum cukup tinggi. Cuma ada segelintir gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan saya percaya dengan kefahaman dan kematangan rakyat yang tinggi, api dan gunting itu dapat kita buang jauh ke dalam lembah. Biar ianya rebah dan tidak lagi menggangu rakyat yang hidup dalam keadaan muhibbah.


Dan dihujung tahun ini, kakitangan awam tersenyum riang, bonus hasil bajet 2012 sudah tersedia di dalam akaun, tidak lama lagi lebih 6 juta rakyat bakal menerima imbuhan RM500 setiap orang..Ekonomi terus segar, keamanan terus subur, kerja kuat pemimpin BN terserlah..Nak Nafi apa lagi???. Bersyukurlah kita, kerana kerajaan ini kotakan janji, laksanakan tindakan dengan bestari.


Kepada penganut agama Kristian saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas, dan kepada yang masih bercuti selamat bercuti dan bagi anak-anak yang bakal memulakan penggal persekolahan 3 Januari nanti selamat kembali ke alam yang penuh menyeronokkan.


Apa pun diminggu terakhir 2011, ini kita tumpukan usaha untuk sediakan keperluan sekolah anak-anak itu yang lebih utama. Tanpa ilmu hidup tiada maknanya, tanpa ilmu hidup menjadi sia-sia.Syabas dan tahniah untuk anak-anak kita yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang diumumkan baru-baru ini.
Selamat menyambut tahun baru 2012.


Ikhlas dari saya:
DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR

2 comments:

  1. malaysia akan lebih aman tanpa anwar, pas, pkr dan dap

    ReplyDelete
  2. TAHUN BARU, AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU..MOGA ALLAH PELIHARA BUMI MALAYSIA DARI MALAPETAKA, TERUTAMA MALAPETAKA 9 JANUARI 2012 ANGKARA ANWAR BRAHIM

    ReplyDelete