Saturday, 17 December 2011

APA DAH JADI NI?????

Saya tertanya masih berfungsikah kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS?. Atau mereka terus dengan sikap pekak, buta dan tuli yang berpanjangan?. Benarkah mereka berkebajikan?

Baiklah kita utarakan tiga isu asas ini yang melibatkan kepentingan rakyat, yang sehingga kini
mereka(PAS, PKR dan DAP) buat endah tak endah.

1. Banyak jalan-jalan negeri gagal diturap, diselenggara, dan dibiarkan berlopak, berlubang sehingga mengancam keselamatan nyawa pengguna, hatta di ibu negeri, Alor Setar sendiri. Bukti dapat dilihat jika melewati Jalan Kilang Tebu, Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra, Jalan Tambang Badak, Jalan belakang RTM(Taman Pelangi), Jalan disimpang Traffic Light Sime Tyre, kualiti dan keadaan jalannya seperti di tahun 60-an.Lebih RM154 juta kerajaan Persekutuan peruntukkan kepada negeri untuk selia jalan, menerusi JKR, namun kerajaan negeri hanya belanja RM34 juta setakat ini. Selebihnya mengikut kata MB Azizan, disimpan
dalam Tabung Amanah MB, apa
maknanya ini?, tabung amanah MB atau tabung pilihanraya parti????

2. Ikan temenung(ikan kembong panggilan orang KL) hatta di jeti dan pasar Kuala Kedah sendiri harganya RM10 sekilo, mana EXCO Perdangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna Negeri Kedah, ADUN Tan Soo Nee dari PKR?. Tidurkah dia, makan gaji butakah dia?, tidak tahukah dia, mana dia program bersepadu untuk menyiasat dan meneliti kenapa hal ini berlaku, yang pelik di negeri-negeri diperintah BN tidaklah harga ikan temenung setinggi itu. Apa dah jadi ni???

3. Minyak masak dalam paket(1 KILO) susah sangat diperolehi di kedai runcit, mini market dan pasaraya. Yang ada hanya dalam botol 5 kilo itupun minyak MAZOLA(Minyak jagung) atau minyak sayuran dari luar negara. Nak beli minyak seperti mahu membeli dadah, dicari kesana sini namun letih Mak Teh, Mak Ngah dan Pak Tam mahu membelinya. Sekali lagi apa susulan tindakan kerajaan negeri, tidurkah mereka?, sedarkah mereka?, ataupun seperti biasa jawapan mereka, 'SAYA TAK TAU SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'. Ataupun jawapan standard lain 'NANTI KITA SIASAT'.Atau jawapan, ini urusan kerajaan pusat bukan kerajaan negeri. Kalau begitu jawapan PAS, PKR dan DAP maka jika sekiranya mereka sakit, kereta mereka terjatuh dalam longkang, kita jangan sama sekali tolong mereka, katakan pada mereka, 'INI BUKAN URUSAN KAMI, panggil orang KL pakat mai tolong tolak kereta hangpa". Baru padan dengan muka!!!!

4. Apa dah jadi ni??. Kalau nak mentadbir serius sikit buat kerja buat kerja cara Islam..Kasihani rakyat, utamakan rakyat, utamakan khidmat, sepertimana yang ditunjukkan oleh pimpinan BN terutamanya PM 1Malaysia, Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


8 comments:

  1. betoi tu dato, puak pas lebai malang ni depa tengok saja, dah penat dah kot jadi kerajaan?, kalau dah tak tau mentadbir, bubar dun, serah balik kedah pada bn, senang cerita, pas ni buat mengabihkan beras saja

    ReplyDelete
  2. bab jalan xyah ckp la,dulu time umno pegang pon smaa jugak..bila pas pegang,mcm2 hangpa nampak..awat hangpa betoi sgt ka??duit dok songlap,memg la najib dok tolong rkyat,tp duit sapa?duit kerajaan..lau pas amek,pas pon jgk jadi kerajaan..pas pun akan byk duit jugak..mcm2 dok fitnah..sampai ada kata org kelantan reput gigi minum air kotor kt kelantan,pasaipa air kt johor boh penapis 3 hari naik kuning berkarat penuh??sembang hangpa semua kata org xbeetoi,hangpa pon xbetoi..

    ReplyDelete
  3. Diakui ramai cerdik pandai anak Baling tinggal di luar.Mereka x minat dgn permainan politik Baling.Ada yg telah cuba tp kecundang kerana org Baling x kenal kerana jarang balik.Yg nak cuba bergiat,pemimpin2 bahagian pula risau kerana takut mereka tiada tempat.Baginilah jadinya di Baling.Sejarah mengajar kita.Budaya cantas masih ada.

    ReplyDelete
  4. biar anak jati baling yg bertanding pru 13..jangan ada calon impot yg cuba jadi jaguh didaerah baling...anak baling jangan jadi pemerhati sahaja...

    ReplyDelete
  5. aku pun rasa pelek, semasa Baling bawah BN...kurang pembangunan yg dibawa masuk...ttp apabila Baling jatuh kepada opposite..aku nampak Baling banyak berubah..aku akui bukan opposite yg bawa pembangunan tu...tapi aku rasa ini adalah satu modal yg akan dibawa oleh BN yg mengatakan ini adalah usaha kerajaan terdahulu yg didokong oleh kerajaan pusat...sebagai usaha meraih sokongan, tapi harus ingat orang kampong sekarang tidak mudah untuk dipergula-gulakan...semuanya sudah celek. Tidak ada lagi politik kuno yg menjadi pilihan....Tidak ada lagi politik kain pelekat, gula sekilo, rawatan percuma......

    ReplyDelete
  6. solehuddine shuib17 December 2011 at 20:11

    Calon PRU 13 di Parlimen Baling BN kena ambil Calon tempatan, kalau tak memang PAS akan menang lagi....orang Baling cepat Melatah. jangan selalu melatah.

    ReplyDelete
  7. Rakyat yg dapat nikmat18 December 2011 at 00:29

    Bagi aku keadaan lani pun ok.banyak dengar BN nak bantu rakyat.Kalau dulu tak semeriah lani.Buat tak heran kt rakyat.Alhamdulillah.Kakitangan kerajaan pun dapat nikmat w/pun harga barang mencanak naik.Biar keadaan sama kuat BN dan pembangkang.Baru masing2 nak jaga kerusi.Jadi rakyat kena kekalkan suasana mcm ni.Masing2 berlumba2 nak buat jasa.Apa pun terima kasih BN dan PR.

    ReplyDelete
  8. ada orang kata bagi dato aziz pong tak pa,dia duit banyak.Selagi dia tak menang dia akan bawa banyak duit kt baling,baru BN baling ada duit.Jadi terus sokong dia jadi calon BN.Uma percaya ke dak teori ni?Mcm Kelantan,Ketua bahagian BN kaya raya sebab duit pusat terus turun kt dema di bhgian, BN tak menang pun tak pa...................Sebab tu BN tak menang sampai lani.

    ReplyDelete