Ampun Tuanku beribu ribu ampun sembah patik mohon diampun
Patik pacal yang hina, Ismail bin Abu Bakar ingin merafak sembah, menjunjung kasih dan sembah tahniah di atas perlantikan KeBawah Duli Yang Mulia Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-14.Patik juga ingin menyembah tahniah di atas pertabalan KBDYMM Tuanku justeru terasmilah KBDYMM Tuanku sebagai payung mahkota negara.
Sembah tahniah juga kepada YTM Tunku Bendahara, Tunku Temenggong, dan Tunku Puteri Dato Sri Intan Shafinaz di atas perlantikan di dalam Majlis Perajaan Negeri Kedah.
Perlantikan ini cukup bermakna dan bersejarah bagi rakyat dan negeri Kedah. Mudah-mudahan KBDYMM Tuanku akan menduduki singahsana dan menjadi payung mahkota kepada seluruh rakyat Malaysia, agar Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.
Daulat Tuanku!!!
DAULAT TUANKU!!!!!!
ReplyDeletesemoga Allah s.w.t memberi barokah dan memanjangkan usia Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah. Mudah-mudaha Malaysia terus aman sejahtera dibawah naungan Tuanku berdua. Berpanjangan usia di atas takhta
ReplyDeletesebagai rakyat kedah, kami berbangga kerana Tuanku menjadi YDPA buat kali kedua, satu sejarah tersendiri dalam kesultanan melayu di Malaysia
ReplyDeletesembah tahniah untuk KBDYMM Tuanku
ReplyDelete