Di Kedah kini gah, terpampang video Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang berarak bersama masyarakat Cina dalam perarakan Tokong Sayur minggu lalu. Lalu senjata propaganda PAS NEGERI bermatian cuba menegakkan benang basah dengan tuduhan dan fitnahan yang melampaui had hukum hakam agama. Demikianlah PAS, semenjak dahulu, kini dan selamanya, mereka bukan sangat mahu berdakwah menegakkan syiar dan syariat Islam namun mahu bertindak seolah-olah sebagai Tuhan, dengan boleh mengeluarkan fatwa menghukum ikut suka.
Sebab itu apabila paparan muat turun video aksi seks melibatkan Anwar yang disahkan 100% pakar forensik fotografi sedunia bahawa itu adalah wajah Anwar dan sang pelakunya adalah Ketua PEMBANGKANG, maka juak-juak PAS yang dikatakan pandai hukum hakam agama ini mengeluarka seribu dalih penuh dongeng penglipur lara.
Dan banyak lagi kisah kebobrokan, pimpinan PAS, yang terlibat dalam kes menggoda isteri orang,mencuri isteri orang, bermukah dengan isteri orang apabila didedahkan dengan fakta dan bukti nyata sama ada dokumen atau bergambar maka si Imam-Imam PAS ini dengan lagak selamba menyatakan bahawa hasil solat istikharah mereka, dosa golongan berkenaan telah diampunkan Allah s.w.t.
Demikianlah agama sanggup dipermainkan oleh golongan penglipur lara agama ini. Apa sahaja asalkan niat boleh memenuhi matlamat, maka dengan iblis sekalipun sanggup mereka jadikan kawan, itu antara lain pengakuan Tok GURU PAS BERTARAF Murshidul AM suatu ketika dahulu.
Entahlah jika dengan golongan komunis, penaja negara Rebublik dan perjuangan haksama rata mengikut ukuran dunia dan juga golongan yang mahu memusnahkan Islam dan Melayu secara halus sekalipun PAS sanggup berdakapan, maka apalah sangat dengan IBLIS dan SYAITAN..
NAMUN paling menyedihkan ramai intelektual, profesional, golongan menengah boleh percayakan dan terpemgaruh dengan dongengan dan hasutan para penglipur lara ini. Barangkali inilah yang dikatakan 'pandai belum tentu cerdik'. Entahlah mungkin juga sebahagiannya kerana sindrom dunia akhir zaman, 'YANG JAHIL DISANGKA ALIM, DAN YANG BENAR-BENAR ALIM DIKATA JAHIL'..Dunia..dunia..kesan dongengan PENGLIPUR LARA..
No comments:
Post a Comment