Sunday, 16 October 2011

BN-BARANG NAIK,?????? PR-PEROMPAK RAKYAT?????




Lelucon BN disamakan dengan Barang Naik sudah dimainkan semenjak kempen PRU 2008. Dan kini setelah selesai pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu, isu ini dicipta semula oleh PR(Perompak Rakyat).

Walhal campurtangan kerajaan dengan subsidi berjumlah RM33 bilion setahun untuk memastikan harga barangan asas seperti gula, gas masak, petrol, minyak masak, beras, tepung tidak pernah pula mahu dibangkitkan oleh PR.

Malaysia bertuah sebenarnya kerana mengamalkan sistem ekonomi campuran.Tidak membiarkan semuanya ditentukan oleh 'market forces' (kuasa pasaran).
Kebanyakkan kenaikan harga barangan disebabkan oleh faktor permintaan, penawaran, cuaca, kesan ekonomi sedunia. Contohnya bawang besar dan bawang putih, kita import dari India, jika berlaku kekurangan penawaran kesan krisis cuaca atau bencana alam disana, sedang permintaan dari Malaysia bertambah, tentulah harga yang terpaksa dibayar oleh syarikat pengimport akan menjadi lebih mahal,. dan apabila sampai ke tangan pemborong dan peruncit juga akan lebih mahal sebelum dipasarkan untuk dibeli oleh pengguna.

Ini teras dan prinsip asas teori ekonomi, dan jika itupun tidak boleh difahami, maka layaklah penasihat ekonomi berelaun RM1 dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Patutlah dia menentang kenaikan elaun MP, walhal elaun ADUN Selangor beliau setuju naikkan. Ini disebabkan Ketua Pembangkang dan Penasihat PR tidak perlupun kenaikan elaun MP kerana beliau lebih kaya raya kesan harta dan duit yang beliau kumpulkan melalui proksinya semasa menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Jadi hakikatnya telitilah secara lojik sebab musabab kenaikan harga barangan. Jika nelayan turun ke laut, hasil tangkapan berkurang akibat cuaca buruk, sedangkan permintaan untuk ikan bertambah tentulah harganya meningkat, takanlah itupun salah BN. Adakah BN begitu berkuasa untuk menentukan keadaan cuaca, mengawal krisis bencana alam dan segala-galanya.

Tidak ada jaminan pun jika PR memerintah keadaan menjadi lebih baik. Sudah 3 tahun PR memerintah Kedah, yang jelas, harga air naik, cukai tanah naik, cukai pintu dikenakan dikawasan yang tiada khidmat PBT, sewa tapak pasar malam naik, bayaran parking kereta yang dulunya dijanjikan percuma dikenakan secara berterusan. Di Pulau Pinang, ruang rakyat marhein mencari makan dengan berjaja ditepi jalan, di pantai Batu Feringgi, di warung kini ditutup rapat. Jadi dimana laungan PR selama ini bahawa mereka sejahterakan rakyat, bukankah itu sikap dan cerminan PEROMPAK RAKYAT namanya??????


No comments:

Post a Comment