Friday, 13 January 2012

1 UMMAH,

Saya terfikir sampai bila isu penyatuan dan perpaduan Melayu sebagai bangsa teras dan majoriti di Malaysia mampu diselesaikan?.


Bukankah umat Melayu yang kebiasaanya beragama Islam yang mengadap 1 kiblat yang sama, punyai 1 pegangan yang sama, bernabikan Muhammad s.a.w, percayakan Allah yang esa tidak berupaya untuk merungkai perbedaan yang wujud sesama mereka.




Apakah ideologi politik, taksub puak dan fahaman kepartian mengatasi aqidah umat Melayu yang beragama Islam?. Bukankah jika Melayu Islam berpadu akan lebih banyak membawa kebaikan berbanding kecelaruan yang kini melanda kesan wujudnya Melayu PAS, UMNO, dan PKR serta Melayu atas pagar?.


Penyatuan bukan bemakna hanya satu parti politik Melayu sahaja yang dibiarkan terus hidup. Penyatuan bermaksud kita semua senada dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu, kepentingan bangsa, kepentingan pendidikan anak bangsa, kepentingan negara, kesuciaan agama dan perihal berkaitan kedaulatan Raja-Raja.


Susah sangatkah untuk kita mencari titik persamaan dan bersenada dalam satu suara atas nama 1 UMMMAH untuk isu-isu yang saya maksudkan itu? Tentulah tidak, sebab kata pepatah, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.

2 comments:

  1. Dari dulu hingga sekarang Orang2 Melayu asyik membunuh antara satu sama lain.Yang rugi Melayu juga.Nak dikatakan tak belajar ugama,tak juga sebab ulamak2,ustaz2,iman2 dan juga mufti2 banyak ada.Apakah yg mereka ni semua lebih cenderung.Politik,Nama,Pangkat,Kedudukan dan Keewangan.Masing2 nak tunjuk bijak pandai dan nak dipuji.Baik ulamak Pas,Umno dan Keadilan,masing2 tak mau mengalah dan bersatu hati.Lupakah kamu semua kepada Tuhan,Hilangkah kerpecayaan kamu pada Agama Islam.Apalah nak jadi pada Negara yg kita cintai.Teramat sedih melihat keadaan orang2 Melayu dari dulu hingga sekarang bahkan sampai kiamat pun masih serupa.

    ReplyDelete
  2. BERSATU TEGUH, BERCERAI MELAYU HANCUR DAN ROBOH

    ReplyDelete