Friday 24 February 2012

BILA KUASA DIUTAMA, RAKYAT MENJADI MANGSA!!!!

Pergolakan di dalam kerajaan PAS Kedah bukan rahsia lagi. Empat orang EXCO Kanan dikatakan tidak mahu dilantik semula sebagai tanda protes kepada kepimpinan Azizan.


Empat EXCO berkenaan ialah Dr Hamdan Khlaib, Dr Ismail Salleh, Dato Pahrolrozi Zawawi dan juga EXCO Agama Dato Taulan Rasul, yang antara EXCO terus bisu meskipun Madrasah Salihiah dilanda musibbah.Dari perkhabaran seorang rakan di Wisma Darul Aman,dikhabarkan, pejabat EXCO Dato Pahrolrozi telahpun dikosongkan sejak sebulan yang lalu.


Grand design sebenar adalah untuk memastikan Azizan meletak jawatan sebagai MB ataupun mendesak agar beliau tidak dicalonkan semula sebagai calon dalam PRU akan datang. Ini bagi membolehkan calon pilihan Anwarinas naik menjadi MB Kedah.(Itupun kalau PAS,PKR daan DAP terus berkuasa di Kedah). Dan gerakan ini pula ditatang dan didokong oleh Mahfuz Omar dan tangan-tangan ghaib dibelakang.


Saya tidak berminat sangat tentang 'power games' yang sedang melanda kerajaan PAS sekarang ini. Yang patut dikesahkan adalah nasib rakyat dan kesilapan rakyat masa nan lalu.


Mengundi PAS, PKR dan DAP dengan harapan nasib mereka akan berubah namun semuanya punah gara-gara janji yang haru biru. Empat tahun rakyat Kedah kerugian, ada rakan berseloroh, 'macam mana PAS nak jaga negeri, jaga ikan keli(projek K-Keli di Beris) pun tak reti'.


Jadi tanpa mahu menghuraikan lebih banyak siri kelemahan dan kegagalan sebuah kerajaan yang mentadbir mengikut sedap mulut dan menggunakan kepala lutut berbanding kepala minda ini, saya serahkan kepada rakyat untuk menilai. Jika mahu terus berada dalam kerugian kesan taksub melampau lampau maka teruslah menyokong PAS, PKR dan DAP.


Sebaliknya jika ingin sesuatu yang lebih menjamin dan membela nasib kita selain boleh menyuarakan kritikan dan pandangan kita, maka marilah dengan ikhlas hati kita kembali mengundi BN. 

Saturday 18 February 2012

SIAPA JADI PILIHAN??????

Bahan PRU kian hampir. Banyak persoalan yang berligar dan menjadi spekulasi. Dalam politik spekulasi membentuk persepsi, persepsi akhirnya terbentuk menjadi realiti.


Di antara persoalan menarik:


1. Mampukah BN menawan kembali negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan?


2.Bolehkah BN terus menjadi kerajaan di peringkat kerajaan persekutuan?


3. Bagaimana nasib dan prestasi parti-parti komponen BN dan UMNO kali ini?


4. Peluang Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini?


5. Isu apakah yang bakal mewarnai pilihanraya kali ini?


6. Siapakah calon-calon yang menjadi pilihan pengundi pada kali ini?


SEGALANYA AKAN DIJAWAB DAN DITENTUKAN OLEH RAKYAT.
Memang tepat,
RAKYAT AKAN MENJADI HAKIM KEPADA AMALAN SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA..


Namun apa sekalipun, biar apa sekalipun, jauh disudut hati semua orang, saya yakin dan teramat yakin, bahawa seburuk-buruk BN sekalipun, BN are much better compare to Pakatan Rakyat..




Justeru hanya satu pilihan kita, BARISAN NASIONAL.Demi survival negara, bangsa, agama dan kerukunan hidup seluruh warga Malaysia 

MACAM-MACAM ADA, HABIS CELARU DIBUATNYA!!!!!

Manifesto yang lalu belum tertunai kini Buku Jingga pula diulang tayang. Kita ambil pendekatan lojik dan bijaksana. Bolehkan tiga parti yang secara terang-terangan berbeza ideologi, kemahuan dan kehendak, bergabung untuk matlamat bersama?


Tentulah mustahil, apa yang wujud hanyalah 'marriage of convenience'. Makin celaru jadinya. Pemimpin itu sokong Israel. lantas pemimpin yang satu lagi menolak Israel. Yang PAS mahukan Islam, tapi DAP terang-terangan anti Islam.


Akhirnya mereka ini dalam satu gabungan, bagaimana agaknya rupa dan keadaan Malaysia jika mereka ini memerintah?. Habis lintang pukang jadinya. Banyaklah aksi badut, benda tidak masuk akal dan kejadian-kejadian luar tabiee akan mengambil tempat.




Paling pelik dan ajaib, apabila mereka ini sendiri yang melakukan kesalahan, maka kesemuanya dikemukakan satu jawapan standard. 'INI SEMUA ANGKARA UMNO'. 'Ini akibat tindakan UMNO sebagai dalang'. Jawapan remeh yang cuba membodohkan rakyat. Telitilah, janganlah kita turut diperbodohkan oleh mereka ini, yang boleh menjadi bermacam macam watak ikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan. Depan cakap lain, belakang jadi lain.


Apa sahaja mereka bolehkan dan sanggup lakukan, kerana matlamat mereka hanya satu, 'MENUJU PUTRAJAYA' biarpun terpaksa menjual agama, menjual aqidah, menjual bangsa dan menjual maruah negara.

Tuesday 14 February 2012

BINA KEKUATAN SENDIRI

Saya masih komited dan yakin bahawa UMNO/BN Kedah tidak kurang  hebatnya. Saya tetap yakin bahawa bukanlah satu tugas yang sukar bagi BN Kedah untuk 'wrest back Kedah' dari Pakatan Rakyat.




Syarat asasnya:


1) Pemulihan semangat ahli UMNO dan komponen BN
2) Gerakerja tersusun
3) Penyatuan dan kerjasama ahli dan pimpinan
4) Kurangkan pergeseran dan pertelingkahan sesama ahli dan pimpinan
5) Calon berwibawa
6) Isu yang jelas dan mudah difahami rakyat
7) Jentera parti yang mantap
8) Pendekatan kerja berorientasi rakyat atau 'people oriented approach'.


Formula di atas telah dipraktitkan semenjak puluhan tahun yang lalu sehingga membolehkan UMNO/BN mentadbir Kedah. Prinsipnya 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.


Jika mahu menang, bekerjalah cara orang nak menang, sebaliknya jika selesa dengan status sekarang sebagai 'pembangkang' maka BN Kedah tidak perlu melakukan apa-apa.

JANGAN SALAH FAKTA!!!!!

Malaysia mempunyai simpanan luar lebih RM190 bilion. Dagangan Malaysia mencatatkan lebihan untuk 4 tahun berturut-turut. Bond negara ini diberi penarafan rating 'AA'.


Dalam ertikata yang lain keyakinan institusi kewangan dan negara lain ke atas keampuhan ekonomi negara cukup tinggi. Dan jangan lupa hakikat bahawa, BRIM(Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diagihkan kepada ribuan atau ratusan ribu isi rumah adalah hasil dari pengurusan ekonomi negara yang berhemah.


Lebihan pendapatan negara kesan keberkesanan sistem kutipan cukai, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada kadar 4% setahun. Pelaburan luar yang rencam dan berterusan dan asas ekonomi negara yang berdaya saing.


Tahu atau tidak, peruntukkan lebih RM1.5 billion untuk tujuan BRIM adalah hasil simpanan wang negara. Malaysia tidak meminjam satu sen pun duit dari luar untuk tujuan agihan satu isi rumah RM500.


Tahu atau tidak negara dengan hanya mengutip cukai rokok  dan tembakau sahaja bagi satu tahun akan beroleh pendapatan menjangkau RM2.6 billion.


Ini belum dihitung cukai import eksport serta cukai kastam yang berjaya mencecah RM90 bilion untuk tahun 2011 sahaja. Cukai pendapatan yang dibayar oleh 2 juta pekerja kerajaan memperoleh RM210 bilion. Cukai korporat tahunan Malaysia mampu mendapatkan pulangan berjumpah RM270 bilion.


Tambahan duti eksais, bayaran perkhidmatan Malaysia beroleh tambahan RM130 bilion. Bayaran royalti dan cukai keuntungan Petronas yang dibayar kepada kerajaan Malaysia sahaja secara tahunan melebihi RM80 bilion setahun.


Bermakna pendapatan negara cukup mantap dan kukuh dan kita tidak perlu meminjam dari luar untuk diagihkan kepada rakyat sendiri terutamanya melaui BRIM dan saguhati RM100 setiap murid.


Inilah bukti pengurusan ekonomi berhemah, bukti kecekapan bagaimana lebihan pendapatan disimpan untuk diguna dimasa susah sepertimana kejayaan Nabi Allah Yusof semasa mentadbir Mesir satu ketika dahulu.


Dan jika sesiapa yang merasakan duit BRIM adalah duit yang dipinjam dari luar maka jangan menerimanya, demikian juga jika sesiapa merasakan BRIM adalah sumber dari duit haram atau hukum menerimanya adalah haram sepertimana Tok Guru PAS maka jangan mengambilnya.


Buat apa mahu makan dan memberi makan anak dan isteri dari hasil haram?. Betul atau tidak?

Sunday 5 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Muhammad s.a.w, insan terpuji pembawa rahmat kesekelian alam. Akhlak baginda adalah Al-Quran. Mengajak ke arah perdamaian menyeru manusia ke arah kebenaran.


Penyatuan ummah jadi agenda, deen Islam jadi keutamaan. Manusia diajar dengan kasih sayang, bukan kebenian atau api dendam. Inilah Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t, yang menjadi ikon seluruh umat Islam.


Diakui kehebatan, kejujuran, kebijaksanaan oleh kawan dan lawan. Dengan deen Islam, tamadun manusia dan dunia yang selama ini gelap gelita menjadi terang hasil sifat-sifat asasi SIDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANOH yang menjadi sifat wajib seorang Rasul.


Muhammad s.a.w sememangnya 'penamat segala nabi' dan tidak ada lagi nabi selepas baginda. Baginda adalah Rasul akhir zaman, justeru jika di Kelantan, di Kedah atau di mana sahaja ada orang mengakui dan ada ustaz budak atau bapa yang mengiktiraf Tok Guru itu dan ini adalah Nabi maka , kita mohon kepada golongan ini. ISTIGFAR DAN BERTAUBATLAH SEGERA..


Dan jangan juga merasa bimbang, KITA SAMA SEKALI TIDAK AKAN MENJADI KRISTIAN dengan menyambut sambutan MAULIDUR  RASUL. Tidak salah kita adakan satu hari memuji, berselawat, mengagungkan insan pilihan Allah. Tidak salah kita mengenang segala jasa dan pengorbanan Muhammad s.a.w dalam misinya menyebarkan dakwah Islamiyah..


SALAM MAULIDUR RASUL 1433H
Dari saya:
DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR