Sunday 25 December 2011

SIGNIFIKAN 9 JANUARI 2012

Adam Adli,mahasiswa yang belum berjiwa Merdeka,bakal dibicarakan oleh Lembaga Tatatertib UPSI pada 9 Januari 2012


Dr Khir Toyo bakal membuat keputusan berhubung masa depan politiknya juga pada 9 Januari..setelah beliau didapati bersalah dalam kes rasuah.


Anwar Ibrahim bakal menerima keputusan pengakiman berhubung kes liwatnya juga pada 9 Januari.


Kita berdoa semoga 9 Januari 2012, tidak memunculkan apa-apa tragedi yang boleh dicatitkan dalam sejarah buruk politik negara..


Kita mohon perlindungan dari Allah s.w.t agar Malaysia dan rakyatnya bebas dari segala malapetaka..Amin...

Saturday 24 December 2011

PENGHUJUNG 2011, MOGA ADA SINAR DI 2012

Bermula 2012 kita mengharapkan sinar baru untuk menjernihkan politik negara dari elemen kacau bilau, titik bengit yang selama ini dicetuskan oleh golongan subversif dan kurang prihatin kepada ketenteraman awam.


Biarlah jika ada titik hitam 2011 kita lupa dan tinggalkan memori duka itu. Namun realitinya  tahun baru 2012 bakal menjanjikan lebih banyak usaha bersungguh kepimpinan YAB Dato Seri Haji Najib Tun Abdul Razak.


Benarlah gagasan 1Malaysia diupayakan dengan bersungguh oleh beliau dan barisan jemaah menterinya. Biar seribu tohmahan yang datang, biar sejuta ombak yang menghalang namun anakanda kepada Tun Abdul Razak ini bukan pemimpin sebarangan.


Kemahuannya kuat, istiqamah dan kesabarannya tinggi, komitmennya jelas, halatuju rakyat dan negara yang ingin dibawa kehadapan telah dipetakan dengan penuh murni.


Kita sebenarnya bertuah, negara ini aman, makmur, bebas beribadat, toleransi antara kaum cukup tinggi. Cuma ada segelintir gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan saya percaya dengan kefahaman dan kematangan rakyat yang tinggi, api dan gunting itu dapat kita buang jauh ke dalam lembah. Biar ianya rebah dan tidak lagi menggangu rakyat yang hidup dalam keadaan muhibbah.


Dan dihujung tahun ini, kakitangan awam tersenyum riang, bonus hasil bajet 2012 sudah tersedia di dalam akaun, tidak lama lagi lebih 6 juta rakyat bakal menerima imbuhan RM500 setiap orang..Ekonomi terus segar, keamanan terus subur, kerja kuat pemimpin BN terserlah..Nak Nafi apa lagi???. Bersyukurlah kita, kerana kerajaan ini kotakan janji, laksanakan tindakan dengan bestari.


Kepada penganut agama Kristian saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas, dan kepada yang masih bercuti selamat bercuti dan bagi anak-anak yang bakal memulakan penggal persekolahan 3 Januari nanti selamat kembali ke alam yang penuh menyeronokkan.


Apa pun diminggu terakhir 2011, ini kita tumpukan usaha untuk sediakan keperluan sekolah anak-anak itu yang lebih utama. Tanpa ilmu hidup tiada maknanya, tanpa ilmu hidup menjadi sia-sia.Syabas dan tahniah untuk anak-anak kita yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang diumumkan baru-baru ini.
Selamat menyambut tahun baru 2012.


Ikhlas dari saya:
DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR

Thursday 22 December 2011

TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!

Hakikat PAS menjadi alat PKR dan kuda tunggangan DAP bukan rahsia lagi. Hakikat bahawa PAS lebih menjaga hubungannya dengan 'kafir harbi' DAP dan sanggup memusuhi saudara seagama yakni jemaah UMNO juga bukan satu rahsia lagi.


Hakikatnya juga PAS takutkan DAP sehingga sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam ditukar ke Negara Kebajikan juga sudah diketahui umum. Dan hakikat bahawa PAS hanya menjadi alat PKR untuk PKR bertapak dengan kukuh dalam arena politik Malaysia juga tidak dapat disangkal lagi.


Realitinya juga PAS bukan berminat sangat untuk memenangkan perjuangan Islam juga telah diketahui masyarakat. Matlamat menghalalkan cara mereka adalah berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk 'iblis' semata-mata mahu menang dalam pilihanraya dan menjadi rakan kongsi kuasa kepada PKR dan DAP yang perjuangkan pluralisme dan negara rebublik yang tak ketahuan hala.


Dan apabila DR Hassan Ali dan YB Nasharudin Mat Isa dedahkan segala-galanya maka bertambah fahamlah kita akan rupa sebenar PAS, 'serigala yang bertopengkan wajah kambing tua'.

Wednesday 21 December 2011

GAYA POLITIK BARU?????

Kebelakangan ini pelbagai insiden yang dulunya tidak pernah difikir dan tergambar dek fikiran kini menjadi realiti.


Perhatikan contoh-contoh ini:


1. Parti Islam sudah melupakan dan meninggalkan sama sekali prinsip asas menegakkan negara Islam.


2. Mahasiswa khususnya Melayu rela 'berjiwa hamba' untuk menjadi kuda tunggangan segelintir pihak tanpa faham apa pun tujuan sebenarnya. Lebih malang pencapaian akademik mereka ini pula sekadar 'cukup makan'.


3. Lelaki Melayu pertama dengan gah sudah berkahwin dengan lelaki Inggeris dan gambar perkahwinannya disebar serata dunia.




4. Bukan Islam, direla dan dibenarkan untuk mencaci, mempersenda Melayu, persenda Islam, persenda Ketua Agama Islam dihadapan audien Melayu dan Islam.


5. Lebih malang, yang bermasalah dan melakukan pelbagai karenah dijulang sebagai 'orang baik' dan orang yang bersusah payah bekerja untuk mensejahterakan rakyat difitnah dan diadu domba dengan pelbagai cerita palsu.


6. Permusuhan sesama Melayu Islam dihangatkan, diapi-apikan dengan pelbagai cara, oleh bukan Islam yang kini bertepuk tangan menanti ruang untuk memasukkan jarum penjajahan bentuk baru.


*Mungkin ini agaknya yang dikatakan 'POLITIK BARU' yang dianjurkan oleh sebilangan pihak. Politik baru yang jelas menyanggahi prinsip, budaya, adat resam, terlalu bebas, melanggar undang-undang dan tidak lagi mentaati Ulil amri atau pemimpin dan juga golongan yang sepatutnya.


Siapakah penganjur budaya POLITIK BARU INI?
Apakah agenda mereka sebenarnya?
Perjuangkan demokrasi atau inginkan negara ini berada dalam keadaan Anarki (huru-hara)?


TEPUK DADA TANYA IMAN!!!!!! 

Sunday 18 December 2011

PETANDA YANG KIAN JELAS...

Memang benar, tanda-tanda kian jelas. Kegentaran pakatan pembangkang kian meluas, kelemahan mereka ditunjukkan dengan bukti nyata. Kecelaruan sesama mereka satu petanda. Di sebalik keghairahan BN terus bekerja tanpa mengira masa, pakatan pembangkang, alpa pada amanah utama.


Politiking mereka keterlaluan, ujian yang Allah s.w.t berikan dengan mandat memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan jelas mereka abaikan.


Umat Islam kian celik dan nampak 'wajah' sebenar PAS yang selama ini memuja Daulah Islamiyah. Namun kini perjuangan negara Islam ditinggalkan, negara kebajikan pula dimomokkan. Prinsip dan idealisme kian hancur, mereka lebih gentar pada DAP dan rakan sekutu PKR berbanding takutkan Allah s.w.t.


Mereka bersekongkol menginjak institusi raja, memperlekeh pimpinan negara dengan budaya biadap dan ala samseng jalanan, memporak peranda pegangan agama umat, mengharu birukan ajaran agama melalui tafsiran ikut suka.


Nah wajah mereka kian terserlah, demikian juga PKR, parti yang tiada halatuju kerana agendanya hanya 'menyelamatkan nafsu Anwar Ibrahim'. Nafsu kemaruk mahu menjadi PM at all cost biar dengan cara apa sekalipun.


Dan DAP tidak ketinggalan, bukan sedikit cercaan mereka yang mengguris umat Melayu, yang mewakili 67% penduduk negara ini. Barangkali Melayu itu jiwanya sabar jika tidak habis semua sudah terbakar!!!!!.


Rakyat boleh menilai, ya memang sebagai kerajaan BN ada salah silap dan kelemahan tertentu, namun muhasabah diri dan pembaikan sentiasa dilakukan, dan mengertilah serta akuilah apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini tidak mungkin muncul begitu sahaja tanpa usaha dan pendekatan tersusun yang dirangka dan dilaksana oleh BN.


Rakyat mengerti, rakyat memahami ini semua, namun pemahaman rakyat saban hari ditusuk dengan racun propaganda, dakyah jahat dari golongan yang tidak senang dengan kemakmuran, perpaduan dan kestabilan Malaysia.




Hakikatnya petanda kian jelas, pakatan pembangkang bakal temui jalan keluar, Jalan untuk dihumban ke lembah kehancuran dan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia. Dan rakyat yang matang lagi rasional akan mengajar mereka semua..!!!!





Saturday 17 December 2011

APA DAH JADI NI?????

Saya tertanya masih berfungsikah kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS?. Atau mereka terus dengan sikap pekak, buta dan tuli yang berpanjangan?. Benarkah mereka berkebajikan?

Baiklah kita utarakan tiga isu asas ini yang melibatkan kepentingan rakyat, yang sehingga kini
mereka(PAS, PKR dan DAP) buat endah tak endah.

1. Banyak jalan-jalan negeri gagal diturap, diselenggara, dan dibiarkan berlopak, berlubang sehingga mengancam keselamatan nyawa pengguna, hatta di ibu negeri, Alor Setar sendiri. Bukti dapat dilihat jika melewati Jalan Kilang Tebu, Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra, Jalan Tambang Badak, Jalan belakang RTM(Taman Pelangi), Jalan disimpang Traffic Light Sime Tyre, kualiti dan keadaan jalannya seperti di tahun 60-an.Lebih RM154 juta kerajaan Persekutuan peruntukkan kepada negeri untuk selia jalan, menerusi JKR, namun kerajaan negeri hanya belanja RM34 juta setakat ini. Selebihnya mengikut kata MB Azizan, disimpan
dalam Tabung Amanah MB, apa
maknanya ini?, tabung amanah MB atau tabung pilihanraya parti????

2. Ikan temenung(ikan kembong panggilan orang KL) hatta di jeti dan pasar Kuala Kedah sendiri harganya RM10 sekilo, mana EXCO Perdangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna Negeri Kedah, ADUN Tan Soo Nee dari PKR?. Tidurkah dia, makan gaji butakah dia?, tidak tahukah dia, mana dia program bersepadu untuk menyiasat dan meneliti kenapa hal ini berlaku, yang pelik di negeri-negeri diperintah BN tidaklah harga ikan temenung setinggi itu. Apa dah jadi ni???

3. Minyak masak dalam paket(1 KILO) susah sangat diperolehi di kedai runcit, mini market dan pasaraya. Yang ada hanya dalam botol 5 kilo itupun minyak MAZOLA(Minyak jagung) atau minyak sayuran dari luar negara. Nak beli minyak seperti mahu membeli dadah, dicari kesana sini namun letih Mak Teh, Mak Ngah dan Pak Tam mahu membelinya. Sekali lagi apa susulan tindakan kerajaan negeri, tidurkah mereka?, sedarkah mereka?, ataupun seperti biasa jawapan mereka, 'SAYA TAK TAU SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'. Ataupun jawapan standard lain 'NANTI KITA SIASAT'.Atau jawapan, ini urusan kerajaan pusat bukan kerajaan negeri. Kalau begitu jawapan PAS, PKR dan DAP maka jika sekiranya mereka sakit, kereta mereka terjatuh dalam longkang, kita jangan sama sekali tolong mereka, katakan pada mereka, 'INI BUKAN URUSAN KAMI, panggil orang KL pakat mai tolong tolak kereta hangpa". Baru padan dengan muka!!!!

4. Apa dah jadi ni??. Kalau nak mentadbir serius sikit buat kerja buat kerja cara Islam..Kasihani rakyat, utamakan rakyat, utamakan khidmat, sepertimana yang ditunjukkan oleh pimpinan BN terutamanya PM 1Malaysia, Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


Wednesday 14 December 2011

LAMA..TETAPI MASIH BERTENAGA!!!!!


Jenama Maggi, makanan segera, adalah jenama lama yang sudah pun mula dikeluarkan semenjak Perang Dunia ke-2. Namun kini terus hangat dipasaran dengan jualan lebih 40 juta bungkus sehari. Demikian juga jenama Ford, Daimler, Mercedes semuanya adalah jenama yang dihasilkan oleh pembuatnya pada awal kurun ke-20 dan penghujung abad ke-19, namun jenama-jenama itu terus menguasai pasaran automatif dunia.

Di negara China, jutawan unggul dari kaum wanita menjadi bilionaire hasil usahaniaga 'barangan lama dan kitar semula'. Dan bagi kebanyakkan orang ataupun hartawan didunia, status mereka diangkat dan dibanggakan apabila mampu memiliki barangan antik atau barangan lama yang harganya bernilai berjuta-juta dollar.

Jangan pula lupa, momentum gerakan tentera Jepun dalam Perang Dunia ke-2 menjadi mudah dalam menakluki Tanah Melayu kesan bantuan 'gerek(basikal) tua' yang menjadi kenderaan utama askar berkenaan.

Di sentuh soal 'lama' ini bukan apa. Cuma mahu menyanggah teori seorang tukang popaganda PAS di Kedah yang menyatakan faktor terlalu 'lama' berkuasa di Malaysia akan menyebabkan BN tumbang dalam PRU ke-13 nanti.

Jika teori 'lama' ini terpakai bermakna Nik Aziz yang sudahpun lebih 4 dekad menceburi politik patut sama tumbang. Demikian juga Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sudah melebihi 30 tahun menjadi Ahli Parlimen.

Isunya PAS juga sebuah parti yang juga sudah agak berusia, ditubuhkan pada tahun 1951, bermakna usianya sudah 60 tahun. Namun belum ditakdirkan Allah s.w.t untuk menerajui negara. Berbanding UMNO dan BN yang usianya menganjak 65 tahun.

Namun dengan pendekatan pragmatik, penjenamaan semula, khidmat bakti yang cemerlang, konsisten perjuangkan isu rakyat, dan sentiasa ada transformasi serta penambahbaikan, penjenamaan semula dan cara bekerja, maka UMNO/BN terus diterima rakyat..
Insya-Allah dalam PRU ke-13 nanti berkat dokongan, usaha dan doa semua, UMNO/BN sekali lagi akan terus diberi mandat untuk menyambung kerja-kerja membangunkan Malaysia tercinta.

Inilah yang dikatakan 'LAMA NAMUN TETAP BERTENAGA'. Ibarat orang tua yang sudah kematian isteri selama 30 tahun, namun apabila berkahwin semula dan ditemukan pula jodoh dengan anak dara sunti usia awal 20-an, maka orang tua tadi pastinya ditahniahkan dengan ucapan "Selamat pengantin Baru".

Monday 12 December 2011

MENJUJUNG KASIH DAN SEMBAH TAHNIAH!!DAULAT TUANKU


Ampun Tuanku beribu ribu ampun sembah patik mohon diampun

Patik pacal yang hina, Ismail bin Abu Bakar ingin merafak sembah, menjunjung kasih dan sembah tahniah di atas perlantikan KeBawah Duli Yang Mulia Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-14.Patik juga ingin menyembah tahniah di atas pertabalan KBDYMM Tuanku justeru terasmilah KBDYMM Tuanku sebagai payung mahkota negara.

Sembah tahniah juga kepada YTM Tunku Bendahara, Tunku Temenggong, dan Tunku Puteri Dato Sri Intan Shafinaz di atas perlantikan di dalam Majlis Perajaan Negeri Kedah.

Perlantikan ini cukup bermakna dan bersejarah bagi rakyat dan negeri Kedah. Mudah-mudahan KBDYMM Tuanku akan menduduki singahsana dan menjadi payung mahkota kepada seluruh rakyat Malaysia, agar Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera.

Daulat Tuanku!!!

Sunday 11 December 2011

HAPPY FOR RAKYAT AND HAPPY FUN PARK


Usaha demi usaha digagaskan untuk lerai kesusahan rakyat. Bermula dengan Klinik 1Malaysia,Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia(PRIMA), Kedai Rakyat 1Malaysia(KRIM) terus gah menyedikan barangan kualiti dengan harga murah, walau dicerca dan difitnah.Kemudiaan kesemua pelajar rendah dan menengah menerima habuan RM100 setiap orang dengan peruntukkan kerajaan pusat BN berjumlah RM530 juta.

Kini bantuan rakyat 1Malaysia(BRIM) wang saguhati one-off berjumlah RM500 bakal diagihkan bermula Januari, meskipun Mat Sabu kata haram siapa yang menerima wang berkenaan.Justeru kepada penyokong dan ahli PAS, PKR dan DAP harap jangan ambil wang itu, lebih baik diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Isu asasnya disebalik caci maki pakatan pembangkang, kerajaan BN terus berusaha, bekerja memberi khidmat merata-rata. Disebalik kecelaruan pakatan pembangkang mengadu domba, menghasut rakyat jangan menerima itu dan ini namun rupa-rupanya mereka, ahli dan pemimpin pembangkang yang terlebih kehadapan mengambil bantuan kerajaan.

Dulu pemimpin pakatan pembangkang mengatakan Kapal selam milik TLDM tidak boleh menyelam, dan kini NAH, apabila Lim Guan Eng , P. Ramasamy, Dr Mansor Othman, sendiri dibawa oleh Zahid Hamidi menaiki kapal selam, baru dia tahu kebenarannya.

Bercakap memang mudah, namun melakukannya bukan perkara enteng. Apapun keghairahan rakyat untuk kembali pada BN kian terserlah, inilah yang menggusarkan pakatan pembangkang. Lalu digunakan pelbagai cara, dan helah, HAKIKATNYAmereka benar-benar terdesak kali ini. Disebabkan itulah di Kedah yang diterajui oleh parti yang kononya berjuang atas nama Islam, kian hari terlibat dengan kerja mungkar.

Rumah hiburan, pusat karaoke, rumah urut tumbuh merata-rata, syiar dan dakwah Islamnya entah kemana. HAPPY FUN PARK, atau funfair gah diperkarangan stadium Darul Aman, bunyi bingit, percampuran bebas lelaki perempuan, waktu sembahyang entah kemana, namun itulah yang kini menjadi taruhan PAS untuk menarik hati rakyat.

Inilah skala pengurusan ekonomi 'lebai malang'. Sekadar funfair, pasar malam, dan ekspo kacang putih, tidak ada sinergi untuk majukan lagi ekonomi negeri dengan lebih matang. Perniagaan kian muram, rakyat kian tidak senang. Pelaburan di KHTP kian susut, duit GLC banyak yang kian kering, yang gah dinyatakan hasil balak, namun yang tidak didedahkan hasil balak meningkat kesan kawasan konsesi dibuka luas dan makin bertambah.

Duhai rakyat Kedah, sedar dan insaflah, tidak ada apa makna pun bertuankan parti yang kini sudah menjadi sayap terbaru DAP. Sebab itu mereka sanggup buang soal hudud dalam manifesto. Amal maaruf nahi mungkar mereka tinggalkan, kerja dakwah mereka abaikan, dulu benda yang mereka kata haram kita dah jadi halal dan kebaikan yang BN lakukan serta benda halal yang mahu diberikan kepada rakyat mereka kata haram..

Marilah bersama kita kembalikan kegembiraan rakyat dengan memilih sebuah kerajaan yang cekap bekerja bukan hanya bijak berkata-kata. Kerajaan yang boleh merangsang ekonomi dan daya maju negeri bukan kerajaan yang sekadar tahu menganjur funfair dan sarkas yang basi.

Wednesday 7 December 2011

LIMA DAN LANGKAWI



Pameran LIMA 11 sedang gah berlangsung di pulau lagenda LANGKAWI dari 6-10 Disember. Hotel-hotel dan chalet dipulau yang pernah disumpah Mahsuri itu dalam minggu ini 'fully booked'. Industri perkhidmatan seperti kereta sewa, kedai makan, outlet menjual barangan bebas cukai usah dihitung lagi laba keuntungannya.

Nikmat kesan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir mengistiharkan LANGKAWI BEBAS CUKAI pada tahun 1987. Selain lebih 104 buah pulau yang indah, Langkawi dikenali kerana dua event terbesar, 'LE TOUR de LANGKAWI dan LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AIROSPACE yang mengambil tempat setiap 2 tahun sekali.

Tahun ini sudah memasuki edisi kesebelah, pengunjungnya begitu hebat, sambutan cukup gah dari pempamer dalam dan luar negara. Nilai dagangan mencecah RM4bilion. Terima kasih DATO NAJIB kerana meneruskan legasi TUN DR MAHATHIR..Inilah kebijaksanaan perancangan dan tindakan pimpinan negara.

Agar ekonomi setempat boleh dimakmurkan dan rakyat beroleh manfaat. Mentadbir negeri bukan sekadar dengan kata-kata atau hamburan air liur atau ceramah panjang berjela, tetapi mesti melalui tindakan tersusun, JANJI DIKOTA, KATA DILAKSANA..Barulah KEDAH DAN RAKYATNYA BENAR-BENAR SEJAHTERA...

Sunday 4 December 2011

SIAPA WINNABLE CANDIDATE DI BALING???????


Berdasarkan laporan puluhan agensi dan setelah suluhan, analisis dan kajian dilakukan,tentulah agensi terbabit telahpun mengenalpasti calon-calon boleh menang yang sesuai untuk ditandingkan di Parlimen Baling, DUN Kuala Ketil, DUN Bayu, dan DUN Kupang.

Namun siapapun calon-calon berkenaan, saya amat yakin dengan momentum yang telah dinyalakan oleh Presiden parti dalam amanatnya di Perhimpunan Agung UMNO 2011 dan semangat baru yang dititipkan dikalangan ahli, maka kesemua DUN dan Parlimen di Baling saya yakin insya-Allah dapat dimenangi.Perihal paling mustahakan adalah kesiapsagaan jentera parti.

Kurangkan polemik dan masalah dalaman. Gemblengkan penyatuan hati dan kesungguhan. Dan yang termustahak sekali ahli UMNO, orang UMNO, pengundi atas pagar dan kalau boleh seluruh pengundi di Baling kembali mengundi calon UMNO.

Dan jangan sesekali ahli parti dan pekerja parti setelah bekerja dengan ikhlas secara bersungguh-sungguh lupa untuk berdoa serta bertawakkal kepada Allah s.w.t dan memohon pertolongan darinya untuk memenangkan 'jihad' kita bagi membela agama, bangsa dan negara. Siapapun yang diberi amanah selaku calon, maka hendaklah mereka berbaiah kepada rakyat dan komited laksanakan tugas. MUDAH-MUDAHAN, UMNO dan BN akan diterima dan diyakini kembali oleh seluruh pengundi dan rakyat di Baling...

Friday 2 December 2011

LANTUNAN UMNO BALING!!!!!


Percaya atau tidak, UMNO di Baling akan melakukan lantunan semula atau 'bounce back'. Memang benar dalam PRU 2008 lalu, calon UMNO kalah di kerusi Parlimen, DUN Kupang dan DUN Kuala Ketil. Hanya DUN Bayu yang berjaya dipertahankan
Namun percayalah kali ini, dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan, 'winnable candidate' pasti diletakkan. Ayuh sayap pemuda, puteri dan wanita! kita sepadu gerak kerja.Kita simpulkan tenaga, musuh kita hanya satu yakni PAS.

Kita kembalikan keyakinan pengundi kepada kita, kita tabur khidmat dan jasa tanpa mengira masa. Telah terserlah antara yang haq dan bathil. Selama 4 tahun PAS diberi amanah mentadbir Kedah, mereka hanya bermain kata-kata, kerja dibawah tidak seberapa, RAKYAT KEDAH MASIH TIDAK SEJAHTERA, dan NIKMATNYA PULA BUKAN UNTUK SEMUA.

Ayuh seluruh ahli, penyokong dan orang UMNO di Baling, kembalikan maruah parti dan perjuangan KITA!!!.Pastikan PRU 2008 ini kita menang BERGAYA!!!!!

Thursday 1 December 2011

LAKUKAN SAJA!!!!!!




JUST DO IT (Lakukan saja!) adalah tagline bagi jenama terkenal barangan sukan 'NIKE'. Dan dalam kerangka menghadapi PRU ke-13 yang dikatakan 'IBU SEGALA PILIHANRAYA' Presiden parti dalam amanatnya sempena Perhimpunan Agung UMNO ke- 62 bertarikh 1 Disember 2011 telah memperincikan 'game plan' yang teliti.

Benarlah, kesetiaan, komitmen dan kecintaan kepada parti harus mendahului kepentingan diri. Jika benar kita orang UMNO, maka nyawa dan badan, harta, masa dan tenaga sanggup kita korbankan demi menangkan parti.

Ahli UMNO membayar yuran seringgit lalu bertanya 'APA SAYA DAPAT'. Orang UMNO pula sering bertanya 'APA LAGI YANG SAYA BOLEH BUAT untuk menangkan PARTI KERAMAT'.

HIDUP UMNO!, HIDUP MELAYU!. HIDUP ISLAM.!!!!!.