Monday 28 November 2011

BERSEDIAKAH UMNO/BN KEDAH...

Persoalan ini rasanya sudah banyak dikomentar hatta di dalam media arus perdana seperti Utusan Malaysia.Namun dalam kebanyakkan hal rasanya tidak banyak perubahan atau transformasi gegak gempita yang membolehkan UMNO/BN Kedah dilihat memberi ancaman kepada kerajaan PR di Kedah..Banyak isu yang mudah ditepis oleh kerajaan negeri yang memerintah.






Dulu Kedah menjadi tumpuan, kerana negeri Perdana Menteri, selama 22 tahun Tun Mahathir Ahli Parlimen Kubang Pasu menjadi PM, Kedah tidak terlepas dari perhatian..


Kini Kedah harus bergerak bersendirian, jentera tidak boleh terlalu berharap pada kunjungan kerja atau lawatan walkabout PM dan TPM semata-mata. Semua sayap parti baik UMNO mahupun komponen BN harus kreatif dan bergerak secara sepadu untuk menawan kembali hati pengundi di Kedah.


Kurangkanlah ketegangan di peringkat bahagian, tidak ada makna menjadi KETUA UMNO Bahagian, jika negeri jatuh ketangan orang. Bak kata pepatah, 'MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'.


Hanya UMNO dan BN yang boleh memenangkan calon dari parti UMNO dan BN. Jika kita masih gagal bergerak seperti yang sepatutnya dan hanya menanti sentuhan dari pemimpin pusat semata-mata, maka susahlah.






Jangan jadikan KEDAH sebagai KELANTAN KE-2..Semua pendukung UMNO dan BN di Kedah ingatlah, elakkan sabotaj, muafakat demi membolehkan kita beroleh berkat. Kemenangan mutlak dalam PRU ke-13 nanti, tolonglah UMNO DAN BN dengan penuh ikhlas dan rasa insaf di hati..

Sunday 27 November 2011

MENITI MASALAH RAKYAT...

Kesungguhan PM dan TPM dalam melakukan kerja turun padang, merencana dasar terbaik untuk rakyat tidak boleh disangsi.




Saksi dan bukti berhubung perkara ini cukup banyak jika mahu dicoretkan. Persoalannya sejauhmana kerja murni yang ditunjukkan oleh kedua pemimpin budiman ini bersambut. Dihayati oleh pelaksana dasar, pegawai tinggi di Kementerian, Jabatan mahupun pimpinan UMNO, MCA, MIC, PPP , GERAKAN serta parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.


Rasa cemburu terhadap beberapa langkah 'merakyat' yang dilaksanakan oleh PM cukup terserlah, dek kerana itulah isterinya DATIN SERI ROSMAH dan peribadi NAJIB sendiri 
menjadi sasaran fitnah dan kecaman bertalu-talu yang direka oleh sang pemuka dan pengkhianat negara.


Maka yang wajar menilai dan menghakimi perkara ini tentulah rakyat dan pengundi. NAJIB selaku PM seperti selalu sentiasa tenang, terus bekerja biar apapun tohmahan yang datang..Maka sebagai rakyat yang matang kita nilailah, kaji dan analisis secara rasional, tidak cukup baikkah PM kita yang seharian ke sana dan kesini semata-mata mahu merasai denyut nadi RAKYAT dan MENITI MASALAH RAKYAT

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT BERSIDANG...

Setuju atau tidak Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang akan dimulakan pada 29 November-2 Disember di PWTC bakal menjadi titik tolak dalam menentukan sama ada UMNO terus kekal signifikan ataupun tidak. Disebalik gesaan demi gesaan agar UMNO perlu berubah jika tidak mahu rebah, rasanya masih banyak ruang penambahbaikan yang wajib disiapsagakan.


Namun berbanding dengan parti-parti lain, UMNO biarpun dibenci, disukai, dan dilabel dengan pelbagai nista, namun terus melangkah gagah dan track record sebagai parti umat Melayu yang terlalu banyak jasa pada pembangunan bangsa dan negara tentulah tidak boleh disangkal.


Isunya bagaimana mahu memahamkan generasi muda tentang kaitan UMNO dengan kemajuan dan sejarah negara bangsa.. Ini memerlukan iniovasi dan kreativiti, sama seperti 'dakwah' yang harus sesuai dengan realiti semasa begitu juga cara berpolitik UMNO..Mestilah 'fit' dan sesuai dengan selera dan kehendak pengundi semasa.


Kaedah lama yang 'kuno' terlampau out to date, wajar ditinggalkan..Mampukah UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu menanggapi mesej ini.Mudah-mudahan UMNO terus kekal disanubari umat Melayu/Islam dan menjadi pemimpin tulang belakang untuk seluruh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan1 Muharram 1433H yang kita sambut pada hari Ahad 27 November 2011 akan terus menempiaskan UMNO untuk turut sama berhijrah demi kepentingan ummah


SALAM MAAL HIJRAH 1433


'BERSATU, BERSETIA DAN BERKHIDMAT'.

Tuesday 22 November 2011

HARIMAU MENGAUM..GARUDA TERSEMBAM...

Disebalik provokasi,caci maki, serangan saikologi dan ancaman keselamatan, anak-anak muda HARIMAU MUDA gah membuktikan, bahawa dengan gabungan pemain keturunan Melayu, India, Cina atas nama pasukan bola sepak Sukan Sea Malaysia, GARUDA INDONESIA dibaham.


Tahniah, HARIMAU MUDA, isunya bukan sekadar kalungan pingat emas, persoalan lebih besar ialah kekentalan jiwa anak muda MALAYSIA yang tabah dan kental. Tahniah sekali lagi, KITALAH JUARA...

Friday 18 November 2011

SHOPPING COMPLEX DIUTAMAKAN, MADRASAH DIROBOHKAN






Ramai orang berkata, perihal tentang agama, hak dan budaya atau bahasa kaum lain jangan sesekali disentuh, kerana nanti Melayu dituduh ultra, pemimpin Melayu saban waktu berusaha untuk menjaga hati pengundi bukan Melayu kononya mereka penentu.

Namun dalam usaha mahu menjaga hati pengundi bukan Melayu, sedikit demi sedikit, hak, kemuliaan dan maruah pengundi Melayu dan umat Islam tercemar,diaibkan disepak terajang. Pemimpin boleh berlembut, berunding dengan bukan Melayu bila tiba isu misalnya mahu memindah atau merobohkan kuli, gereja atau tokong(sekadar satu contoh).

Namun bila tiba mahu meruntuhkan MADRASAH yang berdiri atas tanah wakaf khas dan berusia lebih 100 tahun, pemimpin parti Islam yang mentadbir Kedah, boleh berkata umat Melayu atau orang Islam yang degil serta membantah MADRASAH SOLIHIAH DI JALAN TAMBANG BADAK, ALOR SETAR dari dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan pusat beli belah 5 bintang ala BUKIT BINTANG adalah 'golongan BINGAI'(BODOH DAN BENGAP'.

Takpalah duhai USTAZ yang menjadi MB di Kedah, analah orang yang paling pandai, andalah MB yang paling hebat, tahu serba serbi hukum, bijak mengurus. JIKA GOLONGAN MARHEIN yang sanggup mempertahankan RUMAH ALLAH DARI dirobohkan dianggap BINGAI DAN BENGAP, maka kita nilaikan nanti ukuran darjat mereka di AKHIRAT KELAK...Apakah sudah menjadi satu tren di KEDAH atau di SELANGOR atau di Pulau Pinang, 'SHOPPING COMPLEX, GEREJA, TOKONG HINDU, TOKONG CINA DIUTAMAKAN, MADRASAH DAN HAK UMAT ISLAM DIKETEPIKAN?..

Jangan jawab sekarang duhai pemimpin parti Islam, jawablah nanti tatkala di YAU MIL MAHSYAR NANTI!!!!!

Tuesday 15 November 2011

ADA SAJA YANG TAK KENA!!!!!


Bila dibuka Klinik 1Malaysia di kawasan kediaman padat penduduk, ada suara dari sebuah parti chauvinis kononya klinik 1Malaysia hanya akan mengurangkan pendapatan klinik swasta yang lain yang beroperasi di kawasan kejiranan yang sama.

Lalu pelbagai dakyah dibuat kononya klinik ini hanya memberi rawatan asas, tidak dikendalikan oleh doktor sepanjang masa dan hanya dikendali oleh pembantu perubatan bertaraf atendan. Kini bila Kedai Rakyat 1Malaysia pula menjengah bandar-bandar utama agar rakyat dapat membeli barangan pada harga dan kos yang rendah, macam-macam pula rungutan yang timbul. Diada-adakan oleh parti chauvinis yang sama kononya harga barangan di KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA mahal, kualitinya rendah dan ada pula barangan yang sudah luput tarikh gunanya.


Sebenarnya parti chauvinis ini yang dulu, kini dan selamanya membawa fahaman chaunivis dan tersisa baki dengan pengaruh komunis mahu mensabotaj apa sahaja elemen yang me
mbawa manfaat kepada rakyat. Mereka ini tidak senang jika ada apa pun jua tindakan yang dilakukan kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat negara ini. Kerja mereka hanya satu, menjadi elemen sibversif untuk meracun fikiran masyarakat. Dulu mereka menentang dalam bentuk perang gerila, kini mereka berada di bandar-bandar besar, di Parlimen, di DUN dengan tujuan yang sama, tapi dalam bentuk yang lain, MEREKA MAHU melancarkan PERANG MINDA..

APA SEPATUTNYA KITA LAKUKAN PADA GOLONGAN INI???????


Monday 14 November 2011

SEMOGA SPM DIHADAPI DENGAN YAKIN!!!!


Tidak ada yang mustahil, jika sudah berusaha, bersiap sedia dan berdoa selain melakukan yang terbaik, saya yakin anak-anak yang bakal menempuh gerbang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia besok akan dapat melaluinya dengan yakin dan tenang.

Semoga anda semua mampu menghasilkan keputusan terbaik demi masa depan negara

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM
Ikhlas dari
DATO ISMAIL BIN ABU BAKAR

Friday 11 November 2011

WINABLE CANDIDATE THAT CAN WIN..!!!!!


Istilah 'winable candidate' bergema kembali.Kali ini PM memberikan tafsiran yang lebih luas semasa perjumpaan dengan MUBARAK(Majlis Bekas Wakil Rakyat) di Sri PERDANA baru-baru ini. PM menyatakan winable candidate ini tiada had umur, tidak kisah jika calon itu calon recyle(kitar semula) ada yang sudah berpenggal-pengal menjadi wakil rakyat, yang penting calon berkenaan boleh menjamin kemenangan cemerlang BN.

Paling mustahak dalam PRU-ke 13 yang dianggap paling getir, apabila diumumkan saja calon berkenaan, maka sudah ternampak dengan jelas lagi cerah bahawa calon berkenaan ada WOW factor, ada aura dan punyai advantage untuk menang berbanding calon parti lawan.

Pada hemat saya, tafsiran winable candidate cukup mudah. CALON YANG PENGUNDI SUKA, bukanya CALON yang pengundi sudah menyampah akibat janji yang tidak tertunai, sikap hipokrit, sentiasa sibuk dan tiada masa untuk rakyat dan bekerja mengikut musim.Yang penting winable canidate pada tanggapan saya ialah CALON yang bila diumumkan, sudah CONFIRM dianya akan mampu menjamin kemenangan hakiki untuk parti diwakilinya..Sebab itu BN perlukan WINABLE CANIDATE THAT CAN WIN..

ADA PIHAK NAK AMBILALIH PERANAN TUHAN!!!!!!


Lebih kurang 3 dekad lampau ada puak yang secara terang-terangan cuba mengambilalih peranan Tuhan. Maka terkeluarlah amanat guru mereka bahawa, 'sembelihan orang itu haram dimakan, solat berimamkan imam golongan lain tidak sah dan jika mati menentang puak yang satu lagi matinya adalah syahid'.

Malang sungguh, wanita,anak-anak dan golongan pertengahan yang tidak berdosa dari sebuah perkampungan yang bernama Kg Memali menjadi mangsa puak ini. Lebih malang tatkala para suami, anak mereka meninggal dan digahkan akan dibantu oleh jemaah dari sebuah parti, dana yang ditubuhkan habis disapu dengan diketuai oleh insan yang kita bergelar Senator.

Nampaknya kini makin ramai pihak yang seolah-olah bila berpolitik makin terlampau aksinya. Mereka bukan sahaja mempertikaikan soal-soal asas tetapi juga seolah-olah mula mahu memainkan dan mengambilalih peranan Tuhan. Maka dihukumkan bahawa orang itu kafir, walhal masih melafazkan syahadah, umat Islam di Johor dikatakan murtad hanya kerana tidak mahu menyokong parti mereka dan berterusan setia dengan UMNO/BN

Ibadah haji orang lain dihukum tidak sah, orang itu dan pemimpin atau khalifah yang mengetuai negara difitnah memakai tangkal dan lebih ajaib ada Tok Guru puak ini demi mahu menguasai undi sanggup pula keluarkan kenyataan bahawa, 'JIKA UNDI KAMI DIJAMIN SYURGA'.

Inilah keajaiban dan kekeliruan ajaran bentuk baru. Ajaran yang sungguh-sungguh mengelirukan umat, hanya kerana politik maka MEREKA INI CUBA MENGAMBILALIH PERANAN TUHAN. Seolah-olah keputusan dan hukuman mereka yang tentukan walhal semua balasan baik atau kejahatan manusia ini yang layak membalas dan menentukan hatta persoalan SYURGA DAN NERAKA hanyalah terletak dibawah kekuasaan ALLAH S.W.T

Renung-renungkan

Thursday 10 November 2011

PERANG MEDIA BARU...


Keberkesananya sudahpun terasa dalam kempen PRU-2008 yang lalu. Kekuatan manipulasi, paparan maklumat pilihan yang lebih cepat, tangkas dan terkini serta sajian yang lebih bebas tanpa terikat dengan norma kewartawanan menjadikan media baru lebih sensasi.

Lumrahnya di Malaysia atau dimana sahaja yang sensasi dan kontroversi itulah yang diminati. Dan kini pertembungan dunia maya baik melalui medium blog, facebook, twitter cukup jelas, aliran maklumat, berita dan hebahan cukup banyak.

Dan ini juga penyebab kenapa akhbar dan media konvensional kurang laris dan kian mengececil edarannya. Persoalannya, sudah bersediakah parti pemerintah dengan penguasaan dunia maya ini sebagai wahana penyebaran maklumat dan saluran informasi?. Jika PM sendiri mempunyai lebih 900,000 pengikut dilaman muka bukunya selain laman blog 1MALAYSIAnya diikuti ramai dan beliau lebih santai berinterakasi dengan generasi muda menerusi perjumpaan berkala dengan rakan dalam talian bagaimana pula dengan pimpinan yang lain?.

Ramai penganalisis berkata, dan sudahpun terbukti, 'era PRU ke-13' medium media maya akan menjadi penentu utama keupayaan parti untuk menarik sokongan pengundi saluran 3, 4 DAN 5. Benarlah juga kata tokoh futuristik dunia, PETER F. DRUCKER, 'barangsiapa menguasai maklumat dialah menguasai dunia'.

Bahan media baru ini jugalah yang membolehkan rakyat mengetahui pembohongan, sikap hipokrit dan amalan songsang kebanyakkan pemimpin pembangkang. Bahang media baru juga yang buatkan semakin ramai pemimpin lebih berhati-hati dalam tindakan mereka, kerana kemana jua mereka pergi, apa pun jua tindakan dan aksi mereka seolah-olah ada CCTV dan mata yang merakamkannya. Dan ingatlah kalaupun boleh terlepas dari aksi CCTV dan mata didunia, CCTV dan mata yang hakiki yakni pemantauan dari Malaikat dan Allah s.w.t pasti kita tidak akan terlepas dar pemerhatian.

Maka, alatan sudah ada, media baru sudah bercambah, terpulanglah pada yang empunya diri, menggunakan untuk kebaikan atau untuk tujuan meruntuhkan..Paling penting siapa yang kurang IT savy dan masih kurang arif tentang manfaat dan penguasaan media baru maka dirasakan dialah orang yang agak janggal dan kerugian dalam arus modenisasi masa kini.

Tuesday 8 November 2011

BANYAK SUNGGUH JANJI TAK TERKOTA!!!!!


Lidah tidak bertulang memang mudah berkata-kata. Pesan orang tua-tua menanam tebu ditepi bibir. Entahlah, berkunjung ke rumah kawan rakan dan sanak saudara sempena Cuti Aidiladha ini, kedapatan banyak sungguh rungutan.

Ini belum dihitung musibah demi musibah yang kian mengasak rakyat Kedah. Namun seperti biasa, terrpacullah dari mulut golongan prpaganda parti pakatan rakyat di Kedah, 'bersabarlah ini semua dugaan Allah'. Kita akui musibbah, bencana adalah ujian, namun tatkala BN memerintah dahulu, jika ada lembu dilanggar lori di pendalaman Baling sekalipun, maka akan berkokoklah ustaz PAS mengatakan, lihatlah 'ini semua bala dari Allah kerana BN memerintah Kedah'.

Kini bukan sahaja ribut mengasak di Taman Bersatu, banjir kilat di Taman Desarena semuanya di Kuala Kedah, sebelum Aidiladha, ribut mengganas di Jalan Langgar, Alor Setar, awal tahun 2010 dahulu kemarau terik diKedah, diakhiri dengan banjir besar yang hampir menenggelamkan Kedah dan gara-gara banjir itu MBnya naik marah yang aksinya boleh dilihat di skrin media elektronik..

Dan kalau bertanya pada rakan, taulan dan mendengar keluhan rakyat pelbagai peringkat, maka berjilid-jilid buku karangan boleh ditulis, semuanya tentang janji PAKATAN RAKYAT yang dahulunya begitu mudah dilafaz semasa kempen PRU 2008. Di Baling sendiri yang paling 'popular' janji yang pernah dilafazkan oleh tukang kempen PAS, ialah 'jika kami menang, sebelum subuh pengunjung lelaki dan perempuan yang mengunjungi kolam air panas AKAN KAMI ASINGKAN'.(Banyak lagi janji lain cukuplah sekadar dibawakan satu contoh janji yang belum tertunai).

Namun kini rakyat yang telah memberi mandat sudah naik rimas dan mereka kian sedar bahawa menanti janji janji manis untuk dilaksanakan ibarat 'MENUNNGU BULAN JATUH KE RIBA'..Rupanya yang gah hanya bendera BULAN yang tercacak di atas pokok buluh.

Inilah padahnya, dan jika sudah TERSESAT JALAN KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN..Awasilah LIDAH TIDAK BERTULANG dan janji-janji manis yang terkeluar dari mulut mereka itu.

Monday 7 November 2011

JANGAN MAIN API..!!!!!



Musuh utama manusia ialah kejahilan. Punca utama manusia suka bertindak semborono dan bercakap mengikut sedap mulut kesan kurang penghayatan sejarah.

Sebab musabab utama manusia suka berbalah kesan kata pepatah, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.

Ada pihak yang berfikir selepas bercakap. Ada pula yang suka bercakap ikut sedap mulut demi mahu melaksanakan usaha menjolok sarang tebuan.Ada pula yang sekadar suka menguji ibarat mahu membangkitkan siharimau yang sedang tidur lena...

Mereka ini berulang kali suka bangkitkan perihal senistif, cakap ikut sedap mulut, chauvinis, rasis, liberalis, dan tidak pernah mahu memahami sensitiviti agama, budaya dan kaum..Barangkali mereka ini ingin merasa kembali tragedi lampau menyayat hati 13 MEI. Hati hatilah sarang tebuan jangan dijolok, jangan sudah diberi betis, diminta pula paha.

Hati-hati bila bercakap..Apa halnya seks bebas mahu disokong, apa rasionalnya kakitangan awam mahu dikurangkan sehingga separuh, apa asasnya hak Bumiputera cuba dirungkai dan apa motifnya ibadah qurban mahu dipersenda. 'BAGI KU AGAMA KU, DAN BAGI KAMU AGAMA KAMU'. Jangan bermain api, kelak nanti membakar diri.


Sunday 6 November 2011

MATI TERLEBIH MAKAN..!!!!!


Keamanan berterusan membolehkan umat Islam di Malaysia sekali lagi menunaikan solat sunat AIDILADHA 1432H di ribuan masjid seluruh negara yang tersergam, bersih lagi indah.Tentulah sehari dua ini, ibadah korban, sembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri selain kenduri kendara akan sibuk diadakan dimasjid, dewan orang ramai, sekolah dan kampung-kampung.
Jemputan kenduri sempena 'korban' datang mencurah-curah, pastinya tekanan darah bulan ini akan meningkat naik sekali ganda..Inilah nikmat aman makmur bumi Malaysia. Lebih RM14 bilion insentif dan subsidi kesihatan kerajaan sediakan bagi rakyat ini. Puncanya untuk tangani penyakit yang ada kaitan dengan amalan pemakanan, kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung..

Itupun masih ramai yang kurang peka, kurang sedar dan kurang insaf.Rakyat di Somalia, umat Islam di Kembodia, Iraq, Palestine, menderita kekurangan makanan dan kemudahan perubatan. Namun umat Islam di Malaysia ,menjemput pelbagai jenis penyakit untuk menghinggapi tubuh mereka kesan terlebih makan. Dan apabila sakit, kerajaan ini jugalah yang menyara dan menyediakan kemudahan perubatan terbaik untuk mereka, dengan caj kadar bayaran terendah didunia bernilai RM1.

Saturday 5 November 2011

MUSIM MENJALA DAN MENANGGUK....


1. Hujan yang turun tidak berhenti-henti kebelakangan ini dinegeri utara membawa beberapa petanda. Apakah kemungkinan banjir besar seperti 2010 YANG lalu?.

2. Musim hujan juga membawa rezeki pada orang kampung, tali air, longkang, parit, kolam dan terusan menjadi perhatian dan tumpuan kaki pancing, kaki menjala dan kaki tangguk. Banyak spesis ikan darat boleh didapati, inilah berkatnya Bumi Malaysia, di mana-mana ada rezeki tersedia asalkan mahu berusaha.

3. Dan dimusim-musim begini juga kedapatan dan kelihatan parti parti politik kian bergerak bebas dan aktif. Mereka turut sedang memancing, menjala dan menangguk.

4. Bukan menangguk ikan, tetapi mencari bakal calon. Maka jika ada mana-mana profesor di Universiti, Jeneral tentera, Pegawai Kanan Polis, Pemimpin NGO, ulama, tokoh usahawan yang merasa diri sudah diintai dan mahu dipancing oleh parti parti tadi, maka bersedialah untuk terjun ke dunia politik.

5. Bersedialah untuk menghadapi karenah dunia politik dan gelagat pengundi.

6. Ibarat kata bijakpandai, 'JIKA TAKUT DILAMBUNG MUSIBBAH JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN'.



7. Harapan semoga kemasukan pelbagai tokoh yang mempunyai pelbagai latarbelakang pengalaman, pendidikan, dan kehidupan akan menambahkan lagi warna-warni politik Malaysia.

8. Selama MENJADI CALON PILIHANRAYA..Awasi HANTU RAYA DISEKELILING ANDA..Bila menang berkhidmatlah untuk rakyat..Bukan MENGELAK dari MENYELESAIKAN MASALAH MASYARAKAT..

BANYAKNYA PERMATA KEDAH YANG HILANG..!!!!!


Tahniah buat NEGERI SEMBILAN, di bawah bimbingan MOHD AZRAI KHOR ABDULLAH(anak jati KEDAH) PASUKAN bola sepak negeri berkenaan TELAH MENJULANG PIALA MALAYSIA EDISI 2011 Meskipun AZRAI KHOR tidak dipandang oleh negeri kelahirannya sendiri, namun dengan semangat gigih, azam, beliau mencipta nama di luar Kedah. Benarlah Kedah selaku sebuah negeri gagal mengenal antara 'KACA DAN PERMATA'. dan Kini PERMATA KEDAH membuat jasa dinegeri orang. Benarlah kata pepatah, HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN KEPALA BATU DI NEGERI SENDIRI, lebih baiklah menadah HUJAN EMAS di Negeri orang, jika pemimpin di negeri sendiri berhati batu.


Tahniah juga buat DATO AHMAD SHUKRI mantan CEO Kulim High Tech yang kini mengetusi SENAI HIGHT TECH PARK di JOHOR, tidak berapa lama mengetuai SHTP, lebih RM6 bilion pelaburan di bawa masuk. Dulunya semasa di KULIM HIGH TECH, Dato AHMAD SHUKRI berjaya membawa masuk lebih RM23 bilion pelaburan luar dan dalam negeri.

NAMUN dek kerakuasan kerajaan KEDAH SEJAHTERA yang mahu menempatkan cucu menakan selaku CEO baru KHTP, maka DATO SHUKRI difitnah dan di buang dengan penuh berhelah. BENARLAH ALLAH maha kaya, yang dizalimi yang dianiyai pasti dibela, kini DATO SHUKRI DAN MOHD AZRAI antara barisan anak KEDAH yang dibuang dan diketepikan oleh negeri kelahiran sendiri berjaya MENEMPA nama di luar KEDAH.

KEDAH SUDAH KEHILANGAN PERMATA BERHARGA, Langkawi yang digelar PERMATA KEDAH sekalipun hanya bergelapan sebagai PERMATA dek kerana sentuhan dan bantuan KERAJAAN PUSAT. Kalaulah diharapkan pada kerajaan PR Kedah, tentulah LANGKAWI akan kekal kebelakang menjadi PERMATA TIRUAN YANG TIDAK BERHARGA..

BERKORBAN APA SAHAJA....




Arafah adalah manifestasi 'mini mahsyar'. Semua manusia berpakaian yang sama, sehelai kain putih yang tidak berjahit. Tanpa mengira darjat, keturunan dan kuasa. Inilah keindahan Islam, dan inilah pengorbanan selaku hamba.

Maka kita seharusnya menginsafi, dengan pengorbanan pemimpin dan rakyat, Malaysia juga terus aman merdeka. Situasi yang membolehkan ibadah dilakukan tanpa sekatan, tanpa halangan, cuma janganlah pula terjebak dengan pengaruh liberalisme yang songsang sepertimana ajaran AMBIGA pemimpin pujaan PAS, PKR dan DAP yang menganjurkan SEKSUALITI MERDEKA.

Kebebasan dalam apa jua keadaan ada batasannya. BEBAS harus patuh mengikut syariat dan akur pada ketentuan undang-undang. HUKUM HAKAM jangan diabai, amalan songsang jangan dipakai. TABIEE FITRAH MANUSIA yang Allah berikan jangan dilawan. LELAKI PASANGANNYA WANITA, jangan pula LELAKI MENGGEMARI KAUM SEJENIS seperti kelakuan segelintir orang.

PENGORBANAN amat dituntut, agar nafsu diri dikawal. BIAR Negara, kawasan kejiranan terus aman dan berpadu. Gandakan usaha untuk memakmurkan negara, pertahankan negara dari anasir jahat lagi menyeleweng. Patuhi peraturan, jangan melalak sekadar ikut suka hati. Jangan pecah belahkan keharmonian masyarakat hanya kerana nafsu politik yang menggila.

JADILAH HAMBA ALLAH yang sentiasa berkorban demi untuk meningkatkan ketaqwaan kepada pencipta.

SALAM AIDILADHA 1432 H
DARI DATO ISMAIL ABU BAKAR SEISI KELUARGA