Wednesday 31 August 2011

BIAR SAKIT PERUT JANGAN BUTA PERUT..!!!!


Selama sebulan, organ dalaman perut direhatkan, beban kerja memproses makanan menjadi perlahan, proses membuang toksid dan bahan tidak sepatutnya berjalan dengan sempurna kesan kita berpuasa.

Namun tatkala bermula HARI RAYA, 1 SYAWAL, kita melaksanakan proses membalas dendam. Makan semahunya, ketupat, lemang rendang, bauhulu dan entah seribu satu macam lagi disumbatkan di dalam perut. Perut pun mengalami kejutan budaya setelah berehat dari bekerja dalam tempoh yang lama.


Dan dengan rumah terbuka yang dianjurkan di sana-sini, ramai orang mengambil kesempatan untuk mengunjunginya. Pertama kerana ingin menjimatkan bajet makan tengahari, minum pagi dan minum petang setelah duit banyak dihabiskan untuk persiapan raya. Kedua menghadiri rumah terbuka kerana mahu berjumpa kawan lama. Dan ketiga tentulah mahu makan sepuas-puasnya dengan aneka juadah seperti laksa, satay, nasi tomato, dodol, dan entah apa lagi menu.


Apa pun berhati-hatilah menjaga perut kita,jangan terlalu disiksa perut kita sehingga menjadi tong sampah menyumbat segala aneka makanan. Bukankah RASULULAH S.A.W pernah berpesan, 'PERUT ADALAH SARANG SEGALA PENYAKIT'. Maka tidak hairanlah sepanjang SYAWAL ini klinik dan hospital akan jadi tumpuan, ada yang terkena cirit birit, ada yang kena keracunan makanan dan ada yang muntah-muntah,bukan kerana tersalah makan tetapi dek terlebih makan.

Kasihanilah saudara seagama kita di Somalia, yang mati kerna tidak makan, walhal di Malaysia, penyakit jantung, kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, injap jantung tersumbat semuanya kesan terlebih makan..

Apa pun juga jika sakit perut boleh diubat, NAMUN KALAU 'BUTA PERUT' seperti MAT SABU yang menjulang KOMUNIS sebagai idola dan heronya, maka spesis seperti ini tidak layak lagi menjadi warganegara.. Yang haq tetap haq dan yang bathil tetap bathil.

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin







Mudah-mudahan keamanan negara terus berkekalan, dan lebaran dapat kita rayakan dengan penuh makna dan keinsafan.

Wednesday 24 August 2011

INILAH NEGERI BERKEBAJIKAN :)

Anak buah saya dua hari yang lalu yang tinggal di Alor Setar sempat mengunjungi bazar Aidilfitri yang menjadi acara tahunan. Deretan khemah, gerai yang menganjur di Dataran Tunku dihadapan Bangunan UMNO Kedah melimpah sehingga ke depan Kedah supermarket.

Tanpa deretan bazar ini yang mengadap Pekan Rabu, institusi niaga unggul umat Melayu Kedah, maka Aidilfitri dan sambutannya di Alor Setar dirasa tidak lengkap dan kurang meriah. Dan anak buah saya yang membawa anak dan isterinya untuk membeli pakaian raya sempat berbual dengan beberapa peniaga di situ. Dapatan paling menarik, sewa gerai melambung tinggi mencecah RM6,000, ada peniaga yang mendapat tiga buah gerai sekaligus, ada yang tidak mendapat langsung meskipun undian pemilihan peniaga dikatakan dibuat secara undi terbuka..

Jika sewa khemah dan gerai yang luasnya 20X10 atau 10X10 itu mencecah RM6,000 bayangkan peniaga kecil-kecilan yang 100%nya adalah umat Melayu Islam terpaksa berikhtiar untuk membuat untung bersih purata sehari RM200 bermula dari 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Namun dua minggu seminggu dua kebelakangan ini hujan, ribut menjadi semacam satu tren di bandaraya Alor Setar.

Jumlah pengunjung pula agak suram dan mungkin hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri baru menampakkan kemeriahan pengunjung. Itupun kuasa beli pengguna kian menurun, kerana ramai yang lebih berhati-hati dan berjimat cermat meskipun kakitangan awam baru sahaja beroleh bonus setengah bulan gaji..Nampaknya inilah nasib dan himpitan yang terpaksa diharungi oleh peniaga kecil umat Melayu yang mahu berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan disebuah negeri berkebajikan yang menjanjikan slogan SEJAHTERA untuk rakyatnya.

Dan rasanya tidak perlulah kita memanjangkan hal ini kepada pembesar negeri KEDAH DARUL AMAN ini yang kini masih lagi dalam medication, dipantau kesihatannya oleh doktor kesan penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.Justifikasinya jika diajukan sekalipun maka jawapan si pembesar negeri yang berjawatan MB ini tentulah, 'SAYA TIDAK TAHU, SEBAB DEPA TAK BAGITAU SAYA'..

Maka bersabarlah kita semua di bulan mulia ini dalam menanggung pelaksanaan 'NEGERI BERKEBAJIKAN' di negeri KEDAH DARUL AMAN.

Monday 22 August 2011

Hayati Kemerdekaan atau Khianati Kemerdekaan

Inilah kemerdekaan hakiki..
Dan sempena Aidilfitri yang bakal jatuh sehari sebelum ulangtahun kemerdekaan negara kali ke-54, marilah kita merdeka dalam erti kata sebenarnya.

MERDEKA dari mudah terpedaya dengan fatwa songsang puak TOK GURU hipokrit yang berselindung di sebalik serban. walhal dihati mereka penuh kedajalan.Islam mereka haru birukan, demi UNDI dengan syaitan sekalipun mereka sanggup berkawan, dengan puak KAFIR HARBI yang ada rencana hancur dan murtadkan Islam mereka berjabat tangan.

INILAH mungkin yang dikatakan DAJJAL yang turun di akhir ZAMAN...!!!! Realiti tingkahlaku mereka sendiri kian MEMBUKTIKAN..

MERDEKA dari terus percaya kata-lata manis sang indvidu yang kerjanya tiada lain sekadar mahu memuaskan NAFSU ke putrajaya...sehingga rakyat sanggup diperalat dan diadu domba bagi mencetuskan huru hara..KONIN ATAS NAMA HAK ASASI MANUSIA..Malangnya siindividu ini yangdulunya digelar SHEIKH AL....???

Kian gelisah dan kegelisahan tidak dapat memenuhi keinginan yang sudah terbungkam semenjak 14 tahun dulu akhirnya dilepaskan ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga timbul istilah
DEPAN BELAKANG SAMA SAJA,
SAMA RATA, SAMA RASA, ..
SALAM KEMERDEKAAN KE-54

Wednesday 17 August 2011

CUKUP CUKUPLAH

Jika Ramadhan dipenuhi dengan aneka makanan di bazar Ramadhan, maka politik Malaysia pula dipenuhi dengan adengan kurang matang dan pembohongan berpanjangan serta dolak-dalik yang memualkan.

Lihat sahaja fitnah Pakatan, kononya Mismah, beroleh warganegara dalam tempoh 4 jam dari statusnya selaku pemastautin tetap. Walhal si Mismah menunggu selama 29 tahun, melalui proses dan prosedur sepatutnya mengikut undang-undang.



Lihat juga betapa mangsa liwat 'Saiful Bukhari' terpaksa menunggu lebih 3 tahun, walhal kesnya kini dijangkiti sindrom tangguh-tangguh akibat putar belit 'LAWYER IS A LIER' yang diketuai PeguamTUNDA Karpal SINGH.

Dan jangan lupa fitnah, putar belit berterusan dalam tabloid nyamuk lagi bertaraf picisan yang langsung tidak membina minda. Yang sarat hanyalah berita fitnah, mengaibkan orang dan mereka cerita.. Sepanjang masa, setiap ketika, tanpa mengira bulan puasa, Hari Raya dan hari biasa.

LUMRAH POLITIK APAKAH KESUDAHANNYA BEGINI JADINYA? Berbohong jadi makanan, mengata orang jadi mainan..menfitnah jadi taruhan, agama didagangkan..bagi puak ini yang hanya menjadi impian..UNDI..UNDI..UNDI biarpun maruah bangsa, agama dan kewibawaan negara jadi taruhan..

CUKUP..CUKUPLAH..Politik Malaysia perlukan nafas baru..sesegar nafas perokok yang mampu tahan dari merokok sepanjang di siang hari bulan Puasa...

Saturday 13 August 2011

BILA BERPECAH, UMAT PUN GOYAH

Mempertahankan aqidah umat adalah satu jihad. 
Bercakap tentang hak kita dan agama kita adalah satu jihad, tidak ada salahnya, dan jangan sesekali sesiapa pun yang cuba mendakwa kita sebagai rasis atau fundamentalis.

Artikel 3, jelas Islam adalah agama persekutuan..Peruntukkan perlembagaan terang lagi bersuluh, bahawa agama lain tidak boleh disebarkan ataupun diindokrinkan untuk memurtadkan umat Islam. Simbol, lambang, serta kesucian Islam wajib dipertahankan. Syiar dan syariat Islam sebagai deen, agama Allah wajib dilindungi dan dimajukan biar dengan darah dan air mata. Ini tuntutan agama.

Namun dek kerana bangsa dan umat ini berpecah, maka jarum halus mula menggoyah. Dulunya ada cubaan untuk mengadakan pilihanraya masjid bermaksud memcahbelahkan ukhwah umat Islam. Dulunya ada rungutan tentang lauangan azan waktu subuh kononya menggangu jiran bukan Islam yang sedang tidur. Pernah juga kalimah Allah mahu dikongsi oleh penganut Kristian.lebih jelek ada pemimpin Islam dek kerana mahukan undi dan sokongan maka tanpa nas dan dalil dari Al-Quran dan sunnah Nabi, maka secara semberono mereka menyokong perkongsian kalimah Allah. Walhal jika mahu Islam, masuklah dan amalkanlah Islam sepenuhnya. Kalimah Allah mahu dikongsi, namun qaidah dan iktikad tidak mahu bertuhankan Allah yang esa. Tidak mahu mengakui bahawa yang hanya wajib disembah hanya Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, adilkah golongan yang mahu berkongsi ini.

Kini dek kerana gilakan kuasa politik, ada pula usaha agar bacaan Al-Quran tidak dikumandangkan sebelum azan subuh. Dek kerana gilakan undi bukan Islam, maka apa pun jua tindak tanduk misionary Kristian yang cuba memurtadkan umat Islam dibiar lepas oleh pemimpin tertentu,. malah agensi agama dimarahi pula kerana cuba menyelamatkan aqidah umat Islam. Barangkali inilah yang dikatakan dunia akhir zaman.Barangkali inilah juga tandanya kemunculan dajjal dan inilah musibbah yang menimpa umat dek kerana umat ini mula berpecah belah. Ingatlah musuh Islam sentiasa menunggu, mereka terus bekerja dan tidak henti henti mengintai peluang untuk musnahkan agama dan umat yang mulia ini.

Dengan DARAH DAN AIR MATA WAJIB KITA BERJIHAD DEMI UNTUK ISLAM...BANGKITLAH DUHAI UMAT INI, BANGKITLAH.
Marilah menjadi umat yang membanggakan Islam....!!!!!



Wednesday 10 August 2011

MURTAD dan KEMISKINAN

Memang benar kata pepatah, 'wang bukanlah segala-galanya', namun segala-galanya didunia ini memerlukan wang. WANG seringkali dikaitkan dengan status sosial, keupayaan memenuhi material dan keperluan asasi. Yang tidak berwang, dikategorikan miskin kerana tidak berupaya memenuhi tuntutan sosial dan keperluan asas semasa.


Heboh berita menyatakan 12 orang umat Islam di Damansara Utama hampir dimurtadkan kesan kesempitan hidup yang mereka alami. Dan pihak gereja yang selamanya sudah menggunakan pendekatan saikologi, mendekati melalui kuasa wang berupaya menarik golongan ini atas nama majlis berbuka puasa bersama. Hairan, sebuah pertubuhan agama lain tiba-tiba boleh menganjurkan majlis berbuka puasa untuk umat Islam. Bahkan di dalam wahyu Allah s.w.t telah diperingatkan kepada umat ini, 'bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku'. Garis pemisahannya jelas, 'yang haq tidak boleh bercampur dengan yang bathil'. Kita tidak boleh membasuh pakaian menggunakan air kencing meskipun status air kencing juga dalam kategori air.


Lantas apabila pasukan penguatkuasa seperti JAIS mengambil tindakan, ada pula pimpinan yang atas nama kepentingan politik mengherdik dan mempertikai tindakan bekenaan. Walhal soal aqidah, pemurnian dan mempertahankan aqidah adalah satu tanggungjawab semua umat yang jika boleh sanggup dipertahankan biarpun nyawa jadi taruhan. Contoh yang diperlihatkan oleh Bilal bin Rabaah r.a dan keluarga Amir Yassir adalah satu bukti jelas. Mereka sanggup disiksa, dibunuh hanya semata-mata mahu iktikad dan pertahankan bahawa yang layak disembah hanyalah Allah.

Maka pengajaran lain dari episod gereja di Damansara Utama ialah, amalkan secara jitu prinsip setiap mukmin adalah bersaudara. Yang susah kita bersama bantu, jangan kita diam membantu. Yang memerlukan kita tolong dan usahakan apa jua sedaya boleh. Agensi seperti Jabatan zakat lebih keraplah turun ke bawah, jangan hanya galak berkempen untuk umat ini membayar zakat namun penyaluran bantuan terlalu perlahan dan lambat.



hahahahahaha... begitulah kegembiraan yang diluahkannya
Dan lebih jelas hikmah disebalik peristiwa ini, kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w harus berusaha dengan gigih, kuat beribadat, kuat berdoa kerana doa adalah senjata umat Islam. Gigih dan disiplin untuk mencari rezeki agar kita tidak menjadi umat yang miskin, meminta-minta dang mengharapkan orang lain untuk menyelesaikan kemelut hidup kita. Yakinlah bahawa umat Islam itu sebenarnya saintis dan jutawan, dengan syarat mereka benar-benar memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang diajar oleh Al-Quran dan andainya sunnah Rasul, tingkahlaku para sahabat dan para tabien benar benar diikuti dan dicontohi.

Marilah menjadi umat yang membanggakan Islam....!!!!!



Tuesday 9 August 2011

BONUS RAYA, HARI RAYA DAN PILIHANRAYA

1.2 juta penjawat awam tentunya tersenyum lebar mendengar pengumuman bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 sebagai persediaan menyambut hari raya.


Pengumuman oleh YAB PM ini tentulah tepat pada masanya, dalam pada RAMADHAN sudah memasuki minggu kedua..Dan saat-saat beginilah emporium, gedung hypermarket, kedai-kedai kain, Pekan rabu, kedai tudung dan kedai baju mengalunkan pelbagai jenis lagu raya yang menyemarakkan lagi semangat untuk beraya..

Demikianlah lumrah masyarakat ini, Aidilfitri ditanggapi dengan penuh meriah, penuh kesukaan, penuh dengan pelbagai cerita suka duka, terputus jari bermain mercun, kematian dijalan -jalan raya akibat kemalangan dan juga kerinduan anak-anak rantau untuk segera pulang ke kampung.

Apapun jua HARI RAYA AIDILFITRI pasti akan datang, satu hari tanda terbebasnya jasad insan dan umat Islam serta roh mereka disucikan dari segala sifat buruk kesan tarbiyah dan asuhan madrasah RAMADHAN..Tnetulah nikmat paling kemuncak bagi yang memahami makna Aidilfitri ialah kelahiran semula insa seperti fitrah yakni suci dan terhapus dari segala dosa, kesan pengampunan, taubat yang dipohon dan amalan taqwa penuh konsisten yang dilakukan sepanjang bulan RAMADHAN yang mulia. Meskipun ada Tok GURU tertentu yang terus mengeluarkan fatwa dan kata songsang bahawa dibulan Ramadhan sekalipun umat Melayu yang mengangotai sebuah parti yang bernama UMNO wajib dimaki hamun dan disumpah seranah...Tok Guru jenis apakah ini?????

Namun, selepas HARI RAYA ada satu lagi RAYA...apakah dianya PILIHANRAYA??? yang bakal menentukan kerajaan yang bakal memerintah untuk terus melindungi survival bangsa, agama dan negara. Sama-samalah kita MERAYAKANNYA...




Monday 1 August 2011

INDAHNYA JIKA RAMADHAN MILIK KITA SELAMANYA


Alhamdulilah, diketemukan sekali lagi ruang untuk menemui Ramadhan.Bulan mulia yang penuh barakah, hikmah, dan hidayah.

Tarawih malam pertama berjaya dilangsaikan dengan sempurna. Mudah-mudahan dapat terus beristiqamah untuk melaksanakannya sehingga hujung Ramadhan..

Perlu diakui tatkala Ramadhan, keinginan membuat baik bertambah, naluri dan hasrat untuk berbuat kerosakan dan kejahatan pula kian mengendur.

Alangkah indahnya jika suasana Ramadhan dapat diterjemah pada bulan-bulan yang lain. Masjid sentiasa penuh dengan jemaah, aktiviti kebajikan bersilih ganti. Tadarus Al-Quran seakan menjadi rutin..Nasib anak yatim dirai, golongan fakir ditolong tidak terhenti-henti. Aktiviti niaga umat Islam usah disangkal lagi. Bazar Ramadhan yang membuka peluang ekonomi bagi umat tumbuh bagaikan cendawan..Inilah semarak Ramadhan. Dan inilah antara
fenomena yang dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan.

Teringat suatu ketika dahulu semasa kecil, SEMASA Ramadhan, kegiatan curi-curi minum air paip dan kolah menjadi jadi buat menahan tenaga sementara menantikan masuk waktu berbuka.

Moreh dimasjid sentiasa dinanti selepas terawih. Sahur agak liat untuk dibangunkan hingga terpaksa dijirus dengan ayaq oleh kaum keluarga. Pastinya setiap individu punyai pengalaman menarik sepanjang Ramadhan. Tentulah paling tidak dilupakan disaat akhir Ramadhan. Tatkala kehangatan untuk membeli baju dan kasut 'raya'. Maka apabila baju dan kasut baru sudah dibeli, maka malam raya, tidur kita pasti bertemankan baju dan kasut yang baru dibeli itu.

Inilah indahnya Ramadhan di Malaysia. Unik, aman, dan tenteram suasana untuk seluruh rakyat menjalani ibadat ketiga dalam Rukun Islam. Tanpa kacau ganggu, tanpa rasa cemas dihujani peluru, bom atau mortar.. Makanan dan juadahnya pula berlebih-lebih, sedangkan ada saudara seagama kita di negara luar sana yang hanya berbuka sekadar dengan bubur dan tamar. Namun meja hidangan berbuka dirumah dipenuhi ayam panggang, itik golek, ikan bakaq, kuih muih, nasi beriani, nasi hujan panas, lai chi kang, air tebu, tembikai, sup, dan entah apa lagi menu yang kadangkala hanya muncul tatkala Ramadhan.

Maka apabila berbuka,berlakulah pesta 'makan sehingga hilang nyawa' kerana mahu membalas dendam akibat menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Maka falsafah puasa untuk mendidik jiwa insan menjadi lebih bertaqwa tidak lagi membawa erti. Lebih KACAU BILAU apabila, fokus Ramadhan disisipkan dengan promosi HARI RAYA yang terlalu awal sama ada melalui corong radio, tv, media cetak mahupun gedung membeli belah. Semuanya buatkan ramai orang 'naik gila'.

Keinginan berbelanja ibarat dunia sudah mahu kiamat... Hari Raya semuanya perlu serba baru, dari perabot, barang perhiasan, kuih muih, kereta, dan dalam diam-diam ada yang 'berbini baru'.Maka selepas Raya, ramai yang jadi 'hantu raya', melilau kesana kemari, lari dikejar hutang keliling pinggang...Maka elakkanlah perangai lama dari berulang. Berpuasa dan berhari rayalah mengikut syariat dan ajaran Islam. Janganlah berpuasa dan berhari raya mengikut budaya dan nafsu nafsi kita.

Pastikan, korban dijalanraya pada musim puasa dan hari raya ini dapat kita kurangkan. Pastikanlah anak-anak kita tidak menjadi cacat dek kerana bunga api dan mercun atau meriam buatan sendiri...Pastikanlah episod drama-drama air mata hari raya tidak lagi mengisi slot tayangan tv di malam raya...Kita fahami erti puasa dan makna Aidilfitri yang hakiki, agar kita menjadi insan terbaik..Dan berterusanlah memohon doa agar Ramadhan 1432 H tahun ini tidak menjadi Ramadhan terakhir buat diri kita...Insya-Allah.