Tuesday 28 June 2011

HANTU RAYA DI JALAN RAYA...


Jika dharurat mereka inginkan..biarkan...
Jika hura-hara yang mereka harapkan..biarkan..
Jika pergaduhan yang mereka impikan..biarkan..
Dan jika keamanan yang dikecapi dianggap tiada nilainya biarkan..

Biarkan golongan BERSIH yang penuh kotoran ini penuhkan jalanraya 9 Julai nanti. Biarkan mereka menunjuk lagak dan belang yang tak seberapa...
Namun sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..

Jika ISA dan dharurat terpaksa diistiharkan, dan negara kembali di bawah urustadbir MAGERAN sepertimana di tahun 1969 dahulu, maka bersiap sedia dan berkemaslah segera Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Kedah dan MB Kelantan.. Kuasa, takhta dan segala keistimewaan yang anda nikmati selama ini bakal terlepas dari gengaman..Gara-gara tindak tanduk dan perbuatan ahli dan pendokong kamu sendiri..

MAHU MENJADI 'HANTU RAYA DI JALAN RAYA'...Kita biarkan LUNCAI terjun dengan labu-labunya..

Hantar pada rakan, klik




Wednesday 22 June 2011

MUSUH DI DEPAN MATA..

Terbongkar sudah bahawa penganjur perhimpunan Bersih adalah anti Islam. Pendokongnya adalah insan bergelar Dato, berprofesion peguam yang secara konsisten menyokong umat Islam agar murtad. Sanggup mewakili mana-mana umat Islam yang ingin meninggalkan ISLAM dan mencabar keputusan kes murtad sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah terbukti dalam kes Lina Joy.Ironinya yang terang sudah BERSULUH..
klik disini untuk maklumat seterusnya
mengenai status gambar ini

Musuh yang nyata ini juga mendokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, pejuang pluralisme agama walhal dalam kita suci Al-Quran, Allah s.w.t telah berfirman, 'bagi kamu agama kamu, bagiku agama ku'.

Tokoh pemimpin dan penganjur Bersih ini juga menyokong dan mahukan hak peguam bukan beragama Islam untuk layak diterima sebagai peguam syarie dan membela kes-kes di bawah hukum hakam Islam. Lojik manakah lagi yang mahu dipakai, apa kesudahan nasib dan masa hadapan umat, jika perihal umat diserhakan kepada bukan Islam.

Namun kerana ghairah, mahukan gerakan kuasa rakyat dipacu hanya disebabkan mengisi kemahuan yang satu, pemimpin, ahli dan para penyokong parti berlabel Islam sanggup bertuan dan berketuakan musuh ISLAM yang nyata ini..Yang jelas MUSUH YANG NYATA TELAH TERZAHIR DI DEPAN MATA. Malang ramai yang masih membutakan hati juga menutup MATA..Ayuh kita selamatkan Islam,SELAMATKAN BANGSA dan Selamatkan MALAYSIA...









Saturday 18 June 2011

BILA BADUT KETAGIH BERPOLITIK

To much politics and politiking, demikian keluhan sebahagian besar golongan massa. Sejak berakhir PRU 2008, rakyat dihadapkan dengan pelbagai event politik yang suspen, pilihanraya kecil dan kekalutan serba serbi.

Putaran jam dan paksi hidup rakyat tidak terlepas dari pengaruh politik dan politiking. Sehinggakan ramai yang sudah bosan, cemuih, majai dan meluat. Tetapi isyarat ini gagal dibaca oleh parti-parti politik...
Parti pembangkang terus dalam lamunan mereka sendiri, seolah-olah momentum sokongan dari rakyat masih memihak kepada mereka.

Barangkali politiking melampau adalah usaha golongan ini untuk alihkan perhatian rakyat dari melihat kelemahan pimpinan mereka di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan.. Mungkin juga alihan untuk rakyat tidak terlalu memikirkan isu peribadi, dan kekotoran yang dilakukan pemimpin mereka....
Tapi rakyat tidaklah sebodoh itu..Never insult people's intelligent'.


YOU CAN FOOL THE PEOPLE SOME OF TIME BUT YOU CANNOT FOOL ALL THE PEOPLE ALL THE TIME'.

Dan paling kemuncak politik yang bakal dibawa ke jalan raya 9 Julai ini atas nama 'BERSIH'. Entah apa agenda atau motif sebenar hanya rakyat yang waras mampu menilainya..

Prinsip pentingnya biarlah gerombolan badut-badut berkenaan terus berpolitik..Hakikatnya rakyat yang tulen dan rasional daya fikirnya bakal menumbangkan mereka.

Prinsip terasnya biarlah pemerintah kerajaan pusat terus dengan kerja asasi dan tanggungjawab murninya...memikir dan menyelesaikan isu rakyat....tanggungjawab dan amanah yang sentiasa menjadi fokus semenjak dulu sehingga kini...







Tuesday 14 June 2011

Owh Rumah Pusakaku!!!!

wahahaha.,.,previous post aku ckp aku nak tulis psal umno???.,,.,hahahah.,,.tapi mcm malas la pulak,.,.biarlah aku memikir dan terus memikir,..,mcm nak biarkan saja idea aku tuh tersemat rapi dlm pemikiran aku shj..,.sebab pemikiran ini terlalu luas.,.,idea2 kita mungkin tidak sealiran dgn orang lain.,.,namun aku berusaha sedaya upaya menggunakan logikal akal yg dikurniakan Allah ini untuk mentafsir senario2 dan keadaan semasa.,.,namun harus diingat.,.,pemikiran perlu bebas,..,suara harus bebas,..,namun mesti diingat kebebasan bukan bermaksud kita boleh memikirkan dan menyuarakan segalanya hanya berpandukan logikal akal ini..



Ali R.A. yang telah berkata: “Jikalaulah urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya.”. (H.R. Abu Daud, hadis no. 162).,

dalam hal2 agama dalil aqli adalah pilihan terakhir setelah tiada dalil2 naqli.,.,namun utk bermujtahid dlm hal agama selayaknya kita membiarkan ulama' yg lebih berilmu utk menentukan.,.,namun bg aku.,.,dlm hal politik dan kehidupan semasa.,.,kita perlu membebaskan pemikiran kita utk memikir dan menilai seluas luasnya,.,.dalam masa yg sama ilmu pengetahuan kita perlu sentiasa ditingkatkan supaya idea2 kita lebih bernas berdasarkan fakta bukannya omongan kedai kopi.,.,agak janggal remaja sekarang berbicara soal politik.,.,novel merdeka! yg menjadi rujukan komponen sastera(komsas) bg pelajar tingkatan 3 wilayah utara seperti suatu cerita dongeng.,.,kerana watak kudin sebagai seorang remaja yg cakna dgn keadaan bangsanya dan melibatkan diri dgn politik adalah sama seperti ultraman yg membantu rakyat menentang raksaksa...hahahahahaaha.,,..,bukan sy nak katakan yg watak kudin itu adalah rekaan.,,.namun ia amatlah sukar dicari dan dilihat di zaman kita sekarang,.,amat sukar dicari remaja yg melontarkan pemikiran2 mereka yg bernas,..,amat sukar mencari medium2 remaja mengutarakan kritikan2 yg membina,.,idea2 dan kritikan hanya melibatkan golongan tua yg boleh dibanggakan dari segi pengalaman mereka namun dari segi kemampuan minda mereka boleh dipertikaikan,..,ehehehehehe,.,mcm pejuang kebebasan bersuara plak aku,..,.,ok lah,.,masuk bab umno,,..

sokong umno???,..,benci umno???.,.,.,ok lah,,.ia terserah kepada anda samada mahu menyokong ataupun tidak,,.,kerana untuk membicarakan soal sokong atau tidak memerlukan waktu yg sangat panjang untuk dibahaskan.,.,jadi molek lah jika sy hanya membicarakan tentang umno dan significantnya terhadap survival melayu,..,.,(sy terpaksa menggunakan perkataan melayu walaupun pada sy adalah lebih indah jika melayu itu ditukarkan kepada islam.,.,.,mengapa islam??,.,.kalau berjuang atas nama islam ia lebih terbuka dan ada mobilitinya.,..,jika menggunakan perkataan islam maka x perlu najib mendefinasikan semula apa itu melayu dgn mendendangkan semula puisi usman awang dlm perhimpunan agung umno baru2 ni.,.,.segala keturunan diklasifikasikan sbg melayu.,.,sehinggakan mamak dan marbali jugak??,.(refer to the next post),.,mengapa sy katakan islam itu luas,terbuka dan ada mobiliti??.,,.kerana kalau kita gunakan istilah melayu ia bersandarkan bangsa,.,.,bolehkan india masuk melayu???,..,bolehkah dayak masuk melayu???.,.,semestinya tidak boleh kerana ia berdasarkan darah daging dan warisan.,.,apa bezanya dgn sistem kasta dlm agama hindu???,.,berjuang mempertahankan ketuanan bangsa tidak ubah seperti golongan 'atasan' dlm agama hindu yg mempertahankan sistem kasta yg memberi keuntungan kepada mereka.,.,ok2.,.,malas nak ulas bab nih,..,nanti pnjang lebar plak,,.nih x masuk soal hukum berjuang atas nma bangsa lg.,.,assabiah.,.,mati dlm assabiah n sebagainya),..,,.heheheheheheh.,.,balik topic asal.,.,

umno itu 'warisan' yg perlu kita jaga.,.,kenapa sy sebut ia warisan,..,maksodnya semua dari kita bertanggungjawab menjaganya supaya tidak rosak,..,contoh sy berikan.,.,kita mempunyai rumah pusaka.,.,ia dijaga oleh abg kita.,.,hari demi hari rumah itu semakin uzur dan usang.,.,byk sudah yg rosaknya,..,kerana abg kita tidak menjaganya dgn baik,..,tidak membaiki kerosakan tersebut.,.,.,persoalannya.,.,apakah kita seorang yg waras dgn hanya memarahi abg kita kerana rumah tersebut rosak walhal kita sendiri tidak berusaha membetulkan kerosakan tersebut,.,.,apakah logik kita dgn lantang mengutuk dan menyalahkan abg kita??.,.,mengapa kita tidak membantu??.,.,.,

baiklah.,.,mungkin ramai yg masih tidak jelas,..,mengapa sy katakan umno itu warisan yg perlu kita pelihara.,,.(peace no war.,.,bukan aku kempen sokong umno k).,.,.,dari sudut pandangan dan pemikiran sy umno itu benteng pertama melayu(susah btoi pekataan melayu nih.,.,nak ckp islam stg susah nak paham,..,so sng nak paham bila sy sebut melayu sama islam lah,.,termasuk india muslim k,..,hahahah)..,.,.,mengapa sy katakan ia benteng pertama???.,.,senario politik negara sekarang tampak mengahala kearah politik dua pihak walaupun terdapat pelbagai parti politik,.,.barisan nasional(BN) dan pakatan rakyat(PR),..,.,dlm barisan nasional kita dpt melihat kaum bukan melayu masih menghormati dan mengakui melayu sebagai ketua,..,presiden dan timbalan presiden umno secara automatiknya presiden dan timbalan presiden BN dan secara automatiknya PM dan TPM.,.,kita masih boleh melihat kaum bukan melayu mengakui najib yg sememangnya melayu itu sbagai ketua mereka...,..,tetapi dalam pakatan rakyat ia tidak berlaku,.,siapa ketua PR???,.,.anwar??,.,,zaid ibrahim???,..,,.ia tiada satu yg jelas mengenai siapa ketuanya,.,.kalau dikatakan anwar ketua,.,maknanya ketuanya berdasarkan ketokohan dan krediability individu.,.,persoalannya selepas ketiadaan anwar satu hari nanti siapa ketuanya???,,.,.dari segi krediability tidak mustahil lim guan eng akan menjadi ketua,,..,dalam pakatan rakyat tiada satu perjanjian jelas mengenai siapa ketua...adakah DAP dan PKR mengakui PAS sbg parti tunjang mereka sepertimana MCA,MIC dan laen2 mengakui Umno sbg parti tunjang dlm BN???,..,adakah lim kit siang mengakui tok guru ketua mereka??adakah anwar mengakui hadi awang ketua dia???.,sama sekali tidak.,,walaupun kita mengetahui wlau apa pon yg terjadi PM dan TPM tetap dari golongan MELAYU kerana sudah termaktub dalam perlembagaan,..,oleh sbb itu sy katakan diawal td bahawa umno benteng pertama kerana raja2 melayu benteng terakhir.,,.sy amat sedih apabila umno ini dirosakkan oleh pemimpin2nya sendiri,.mereka seperti meruntuhkan benteng itu,..,mereka menggadaikan masa depan anak cucu mereka demi kekayaan sementara mereka.,.,sehingga umno kini sudah ditahap parah.,.,tidak keterlaluan sy katakan seperti retak menanti belah..,.mengapa sy tersangat sedih dgn fenomena ini???.,.,.,kerana ia seperti menghampiri mustahil untuk diubah.,,.politik wang.,.,kronism,..,pecah amanah.,.,terlalu byk kerosakannya..,.,namun yg lebih jelik pemimpin2 mereka seolah2 tidak membenarkan untuk umno itu dibaiki.,.jika dikaitkan analogi yg saya berikan terdahulu,..,,.seperti 'abg' kita tidak membenarkan kita membaiki kerosakan rumah pusaka tersebut,.,.rujuk balik sejarah penubuhan PAS.,.mereka dari sayap ulama' umno,.,tanya tok guru dy mmg dari kecik bercita2 jd pembangkang kah??,,..,seronokkah jadi pembangkang???.,.,.,tapi tiada pilihan,.,.

mengapa sy katakan begitu???,..,kerana untuk membaiki umno anda perlukan jawatan dlm parti tersebut.,.,.,TETAPI mustahil anda untuk memanjat tangga dalam kepimpinan umno tanpa wang.,.,.,ok lah,.,sy x nak ulas byk soal politik wang dlm umno.,.,tiada siapa boleh sangkal bahawa ia ditahap kronik dlm umno.,.x pecaya???,.,dimana ali rustam???,..,azalina othman said???,..ketua pemuda x jd menteri??.,.,timbalan ketua pemuda timbalan menteri???,,arghhhhh.,.,.,susah nak ckp hal ni,..,kalau x caya apa aku ckp masuk sendiri n periksa sendiri,.,.,

umno menuju kehancuran???

aku x pasti samada mereka tidak sedar ataupun sengaja membutakan mata.,.,mentulikan telinga.,.,membenakkan hati demi menjamin kedudukan mereka skrg,..,harus diingat,..,tertubuhnya umno itu dlm keadaan yg sgt murni,.umno ialah rumah pusaka yg dibina dari titik peluh nenek moyang kita yg ikhlas tidak mengharapkan balasan mengerahkan tulang empat kerat mereka membina rumah pusaka tersebut walaupun terdapat pelbagai halangan,.,..,bukan untuk mereka.,,..,tetapi untuk anak cucu mereka berteduh,..supaya dgn adanya rumah tersebut anak cucu mereka tidak dimakan binatang buas.,,.tidak merempat dibumi sendiri,.,tidak diperkotak katikkan jiran2 yg mereka 'terpaksa' benarkan bersama2 menghuni tanah tumpah darah mereka.,,..,ia tertubuh dari bawah naik keatas.,.,ia tertubuh dari akar ke pucuk.,.,setengah abad lalu orang2 dari kampung bersusah payah ke bandar untuk menubuhkannya,..,berbeza dgn PKR(sorry penyokong2 PKR),.,.,PKR tertubuh dari pucuk ke akar,.,pucuk pimpinannya sgt hebat tetapi akar umbinya???,.,.terlalu rapuh..,.,,periksa lah ranting2 PKR,..dimana ahli mereka.,,.,melalui pandangan sy dan tafsiran politik sy yg masih bertatih ini.,.,kemenangan PKR dlm byk kerusi dlm PRU lalu bukan kerana kehebatan meraka.,.,tetapi kerana kekecewaan rakyat terhadap BN.,.,undi PKR terima sy rasakan melebihi keahlian mereka,.hahaahah,.,kembali kepada umno.,.,.,umno perlu cakna bahawa umno itu rural party not an urban party..,.,org2 kampung yg sgt memerlukan umno,..,mereka perlukan wakil rakyat,.,.,lembu sakit.,.,jambatan runtuh.,.,anak sakit,,.segala2nya mereka hanya merintih dan mengharap bantuan wakil rakyat.,.,tidak seperti penduduk2 di bandar.,.,jika ada masalah mereka menggunakan peguam2 mereka utk menyelesaikan masalah..,mereka menggunakan persatuan2 mereka.,.,NAMUN APA TERJADI PADA UMNO SEKARANG???,..,mereka bukan lg jadi party kampung.,.,mereka jd parti bandar,,..,pemimpin2 mereka hidup dibandar.,,..,kampung dipinggirkan.,.,itu sebabnya sekarang timbul 'turun padang',..,.,mengapa mereka perlu turun padang??.,.,ini kerana mereka sedar mereka bukan hidup dipadang2 becak bersama rakyat.,.,namun mereka berada di kayangan yg diulit kemewahan,..,menghampiri pilihanraya barulah tehegeh2 'turun padang'.,.,tidak seperti pemimpin2 dulu yg sama2 berlari bergolek melompat bergembira berduka di padang bersama2 rakyat.,.,so kalau umno nak selamatkan masa depan mereka,..,kembalikan umno kepada party kampung.,.,.,not an urban party,..,.,

recycle pemimpin??

yezzz,.,.,ia antara jalan2 umno menuju kehancuran,..,mengapa mereka perlu recycle???,.,tengku razaleigh.,.,rais yatim..,boleh pencen dah puak2 ni.,.,tetapi mereka terpaksa kerana mereka ketandusan pemimpin muda.,.,kalau mereka sayangkan umno mereka mesti mencari puncanya,..,mengapa umno ketandusan pemimpin???.,.,ini kerana golongan muda menjauhi umno.,.,mengapa???,,..,kerana org2 muda malaysia 'berdendam' dgn umno.,.,jelas boleh dilihat..,..,AUKU digubal untuk mengawal keterlibatan pelajar2 dlm politik supaya mereka fokus kepada pelajaran.,..namun dlm perhimpunan agung umno pemimin2 pelajar dari luar negara di bawa pulang untuk serta dlm perhimpunan.,.,x terganggukah pelajaran mereka??,.meninggalkan kelaz berhari-hari,..,,.mereka disponsor utk bersuara sedangkan pelajar2 di malaysia yg ingin bersuara diambil tindakan.,.,jangan diharap sponsor.,.,jgn diharap berucap di PWTC,..,,.jangan diharap menginap di hotel,,..,apa perasaan seorang kanak2 kalau mak dy beli aiskrim bg dekat abg shj..,dy nak beli mak x bg takut rosak gigi???,.abang bergigi besikah???.,kalau xnak benarkan pelajar berpolitik SEMUA jgn.,.,.,paham x pemimpin umno???.,.hahahahahahah,.,faktor kedua ialah kebebasan media.,.,dari awl sy katakan org2 muda mempunyai minda yg waras.,.,mereka dpt melihat dgn jelas bagaimana manipulasi kerajaan terhadap media massa.,.,mereka mempertahankan pengaruh mereka menggunakan media arus perdana.,.,untuk bersaing pihak pembangkang terpaksa menggunakan media altenatif iaitu internet.,.,pihak pembangkan sudah 'hidup' dgn blog2 dan web2 nih sejak 1998 lagi.,,.jadi mereka sudah pro dgn blog2 nih.,,..,tapi keadaan semasa menunjukkan org2 muda menghabiskan masa di maya ini lebih lama dari mereka membaca surat khabar dan menonton berita,,,.,.bilangan blogers pembangkang jauh lebih ramai dari blogers kerajaan,.tuh baru dari segi bilangan.,,.belum dikira kualitinya.,,maka mereka akan lebih kerap ketemu suara2 pembangkang..,jadi satu gerakan kepembangkangan yg kuat itu mula menebal dlm dada anak2 muda.,saya gunakan istilah kepembangkangan kerana kerajaan mesti sedar bahawa kepembangkangan ini tidak hanya melibatkan parti pembangkang,..,namun turut mengheret NGO2 dan persatuan2 lain.,bila menyedari hal ini berlaku.,.,putera dan puteri umno ditubuhkan untuk mendekati golongan muda.,.,tetapi golongan muda bagaimanakah yg mereka dekati??.,.,mereka mendekati REMPIT2.,,.MINAH2 yg mengandung.,.,senang ckp golongan2 bermasalah la,..,harus diingat AUKU hanya boleh mengikat pelajar paling lama smpai umor mereka around 25 la.,.,bila keluar universiti mereka seperti harimau terlepas dari kandang,,..,makanya pemimpin2 muda umno terdiri dari golongan2 yg tidak berkualiti,.,..,pelajar2 IPT tend to be an oppenent,..,para pendebat2 hebat menjadi pembangkang,.,bayangkan keadaan umno 20 tahun lagi(next 20 years tgok balik post aku nih.,,.,.betul x analisa aku tentang umno nh),..,.,so mansuhkan la AUKU.,.,.,ahhahahha.,,..,HAISSHHHHHHH byk lg aku nak ulas,.,.tp cukop lah setakat nih.,,.,.malas dah,.,.,bukan nya najib baca pon.,.,tapi juz buhsan2 aku buat la.,.,ahahahah

so pemimpin2 umno perlu berubah kalau betul2 sygkan parti dan anak2 cucu mereka..,.,sy menyeru pemimpin2 umno.,.,jgn kejar kemewahan..,.,jgn dikejar kontrak2 yg hanya sementara.,,.pikirlah anak2 bangsa sndiri,..,bagaimana anda boleh mengaku sebagai wakil rakyat sedangkan anda hanya melilau di KL.,.,anak bini u all pakai n makan mewah2,,.rakyat anda???,..,dah3,..,nih masalah kalau aku buhsan,..,ahhahaah.,.,.,soorry ea,..,nih kritikan membina kot.,.,hehehe  - credit to Syekh sms







Friday 10 June 2011

BERSIH YANG PENUH KOTORAN

Dalam tradisi Melayu dua perkara paling digemari, 'makan free dan mengata saudara sendiri'.
Dalam polemik dan pertembungan pemikiran Melayu juga, bangsa ini suka berpolemik, kurang gagasan besar, lebih banyak berteori tetapi kurang tindakan praktikal.
Dalam konteks budaya tipikal Melayu feudalisme juga, bangsa ini dikatakan suka menyalahkan orang lain dari melihat kelemahan diri sendiri..

Demikianlah budaya totok PAS, PKR dan DAP..Sebut apa sahaja tindakan atau kebaikan yang dilakukan pemerintah, dari sudut kacamata mereka semuanya buruk. Walhal ahli dan pimpinan merekalah yang antara golongan paling banyak merebut dan meraih nikmat program pembangunan dilakukan pemerintah.

Entahlah..apa lagi label atau gelaran yang boleh kita berikan pada mereka ini.Tegurlah, nasihatlah atau berbahas lah apa sahaja dengan mereka ini..Konsep thinking outside the box tidak pernah hadir dalam kerangka pemikiran puak ini.. Pandangan mereka disempitkan terhad dalam konteks kelompok dan jemaah mereka atau kumpulan mereka.

Sepanjang sejarah, pemerintah yang dengan tenaga upaya melakukan usaha terbaik dalam lapangan sosial, ekonomi, pembangunan, syiar dan syariat agama serta perpaduan rakyat tidak pernah pun diberi kredit..Yang berbakul dihamburkan hanyalah cacian, kata-kata sinis, sindiran, tentangan ataupun sumpah seranah yang memuntahkan..

Dan kini golongan yang kononya serba maksum, serba pandai, serba bijak dan serba tahu ini mahu mengadakan gerakan bersih kononya untuk membersihkan fungsi Suruhanjaya PILIHANRAYA yang dikatakan tidak adil, tidak telus dan komponen ke -13 BN..Walhal dengan peranan SPR yang sama, Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang kini menjadi milik mereka..

Dan kini atas ungkapan BERSIH mereka mahu menyusahkan rakyat, mengotorkan jalan raya di ibu kota, memecah keamanan, menggangu pelancong, lalulintas, keamanan,punca pendapatan penjaja disepanjang jalan Masjid India, Jalan TAR, Jalan Doraisamy, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail dan Dataran Merdeka serta kawasan sewaktu dengannya..

Sesungguhnya golongan inilah yang kian berdaki pemikiran mereka, dan mereka tidak layak menggelarkan gerakan mereka sebaga 'BERSIH' kerana ianya penuh dengan kekotoran yang boleh membinasakan.

Pihak berkuasa bertindaklah segera, seluruh rakyat boikotlah mereka ini..!!!!!!Kita lebih bersih dari mereka...







Thursday 9 June 2011

BERDOSAKAH CCTV?

Dalam dunia moden kini, jenayah yang berlaku turut dimodenkan seiring dengan perkembangan semasa.

Lantas, usaha pembuktian menjadi kian sukar, kerana banyak jenayah boleh dilakukan secara sembunyi tanpa dapat dikesan.

Maka disinilah terletaknya peranan teknologi, alatan untuk memudahkan kehidupan manusia.
Namun teknologi jika disalhguna boleh memudaratkan manusia, contohnya nuklear, jika untuk tujuan penghasilan tenaga, bahan elektrik bagi manfaat sumber kuasa atau tenaga kepada manusia amatlah signifikan sumbangannya. Selain bersih, nuklear turut menjimatkan.

Namun jika dimanfaatkan teknologi nuklear dengan tujuan membunuh misalnya senjata perang, maka ini boleh menghancurkan tamadun hidup.

Dalam dunia masa kini juga, tidak ada siapa yang cukup bodoh misanya untuk membawa empat saksi yang tidak fasiq dan adil untuk melihatnya berzina. Dan tidak ada penjenayah d mana-mana negara sekalipun yang mahu dan sanggup melakukan jenayah di dalam terang.



Semuanya secara gelap, sembunyi maka demikianlah kenapa kumpulan gangster dalam istilah melayunya dipanggil 'kongsi gelap'.

Lalu, dari sudut untuk mencerahkan penglihatan hakim, mangsa maka CCTV antara alatan teknologi digunakan,yang boleh merakam, merekod kegiatan jenayah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tertutup.

Di mahkamah seluruh dunia bukti rakaman CCTV 'valid' atau sah dijadikan bahan bukti bagi menghukum penjenayah, sama ada perogol, peragut,pembunuh, perompak, penculik, dan pencuri.

CCTV dengan teknologi didalamnya serta diakui tidak tahu bercakap bohong telah banyak membantu mengenalpasti penjenayah dan membongkar serta meberikan petunjuk kepada pihak berkuasa polis untuk menangkap penjenayah.

Malangnya ciptaan CCTV hasil kepakaran manusia yang dianugerahkan minda dan ilmu oleh Allah s.w.t kini mula diragui..Bukti rakaman dan apa yang terpapar di dalam CCTV dianggap bukan lagi bahan bukti yang boleh mensabitkan perlakuan jenayah individu..itulah antara lain alasan dan pendapat seorang Presiden dari parti berjenama Islam di Malaysia.

Maka akan bersorak sakanlah penjenayah, perogol, penzina, perompak, peragut dan pembunuh selepas ini..Jika kejadian mereka terlibat di dalam jenayah dirakamkan oleh CCTV maka itu tidak boleh dijadikan bukti, kerana CCTV dianggap 'besi bisu'.

Sekalung tahniah kita ucapkan di atas pandangan bernas Presiden parti jenama Islam. Dan andai ditakdirkan golongan ini menguasai Putrajaya, maka pastilah kumpulan penjenayah akan mengadakan kenduri kesyukuran 3 purnama lamanya, memikirkan kegiatan mereka kali ini pasti terlepas dari dihukum pihak mahkamah dan pihak berkuasa...







Friday 3 June 2011

BERUBAHLAH..BERUBAHLAH..

Kalau diikut jangka hayat UMNO usianya sudah menginjak 65 tahun..Ada yang kata tua, namun disebaliknya pula tanda kematangan. Jika mahu diukur jasa UMNO dalam konteks pembangunan negara dan bangsa cukup banyak. Namun kata-kata sebegitu mahukah didengar dan boleh 'didigest' oleh generasi muda kini?

Berapa ramai yang mendapat sentuhan UMNO untuk berjaya baik dibidang pendidikan mahupun perniagaan namun akhirnya menikam UMNO dari belakang.

Baik buruk UMNO walau sebesar mana sekalipun, itulah parti umat Melayu terbesar di Malaysia dengan keahlian lebih 3.3 juta orang.

Namun, apa punca masih ramai hatta umat Melayu yang mendapat nikmat kesan perjuangan UMNO terus memarahi UMNO dan kian menjauhi UMNO?. Apakah terdapat data yang tepat dan analisis empiris tentang sebab musabab bagi perihal ini?

UMNO sebagai organisasi yang bersalahkah atau segelintir pemimpinya? ataupun sebahagian kecil ahlinya?

Jika tuntutan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sering mengungkapkan UMNO perlu berubah jika tidak mahu rebah, maka apa sebenarnya yang perlu diubah???

Dasar perjuangankah?, budaya dan sikap ahli serta pimpinankah? ataupun UMNO dan ahlinya tetap begitu. Kekal konsisten dan idealisme perjuangan, cuma yang jauh berubah adalah sikap kritikal, kehendak dan aspirasi bangsa serta rakyat yang sudah jauh berubah?????? Mungkin segalanya sudah berubah, dan isunya bentuk perubahan yang bagaimana dan pada tahap mana perubahan itu boleh memuaskan hati rakyat?.

Dan mampukah UMNO atau sesiapa sahaja berubah demi memuaskan kehendak seluruh ahli dan seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta oarang???

Atau parti pembangkang lain seperti PAS, PKR dan DAP yang sebenarnya kian berubah..berubah ke arah yang caca marba sifatnya hingga rakyat keliru dan haru biru, dan dalam keharu biruan inilah UMNO turut terpalit sama...

Semua ini menimbulkan tandatanya...