Tuesday 31 May 2011

KENDURI DAN CUTI SEKOLAH...

Kalau ke ibu kota Kuala Lumpur waktu ini banyak hotel kecil, bajet hotel dan hotel besar 'fully book'. Di deretan kedai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, lautan manusia boleh jelas kelihatan.



Gedung membeli belah sudah banyak mengadakan promosi jualan hari raya, Jakel, Gulati's Silk House cat Nippon antara beberapa jenama besar yang sudahpun terkehadapan dari sudut ini.


Di kawasan perumahan, kampung, taman-taman jika ditinjau begitu banyak deretan khemah, bunga manggar didirikan. Buat menyambut pasangan pengantin baru yang bakal melangsungkan perkahwinan mendidrikan 'masjid' dan mahligai nan indah. 'Selamat bercuti sekolah' dan SELAMAT PENGANTI Baru saya ucapkan.

Dalam konteks kenduri kahwin yang diadakan, sudah banyak konsep 'pakatan' atau 'gotong royong' ditinggalkan. Banyak juadah dan hidangan disediakan melalui konsep 'buffet'. Yang penting sediakan sahaja ongkosnya, maka perunding pakej perkahwinan sedia memberi khidmat.

Secara tidak lansung perkahwinan atau kerja kenduri kahwin menjadi satu industri ekonomi yang rancak dan menguntungkan terutama setiap kali menjelang cuti sekolah. Spill over kesan dari kenduri kahwin mampu memberi impak kepada pembekal daging, ayam, khemah, kerusi meja, kedai barangan runcit, lori, dj, penyedia alatan audio dan banyak lagi.

Apapun jua, semua ini dapat kita nikmati dan langsungkan hanya kerana satu sebab yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun jua. Sama ada orang itu ahli UMNO, PAS, PKR atau DAP..Keramaian dan keupayaan mengadakan majlis sebegini yang dapat menghimpunkan saudara jauh dan dekat hanya kerana satu sebab...'MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN STABIL DAN TERHINDAR DARI BERLAKUNYA KACAU BILAU'..Maka marilah bersama mensyukuri nikmat Aman yang Allah s.w.t kurniakan kepada seluruh warga Malaysia..








Sunday 29 May 2011

ADA APA DENGAN BALING ?

Sebuah daerah di selatan negeri Kedah yang bersempadan dengan negeri Perak, dilingkungi berdekatan dengan tiga daerah lain selain berjiran dengan negara Thailand. 'A district with three boundries'.

1955, Rundingan Baling diadakan, mempertemukan kerajaan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya.
View Larger Map
Awal tahun 70-an, kononya ada rakyat Baling mati kelaparan, lantas timbullah gerakan demonstrasi mahasiswa secara besar-besaran di ibu kota Kuala Lumpur.


1985, Tragedi Memali, pertembungan sesama Islam, mengorbankan lebih 18 nyawa termasuk 4 anggota keselamatan yang bertarung jiwa dan darah untuk kekalkan keamanan negara.


Baling juga seringkali dikaitkan dengan daerah terpencil, mundur dan antara yang terus corot dalam kemiskinan.

Sebagai anak jati Baling, saya terpanggil untuk merekayasa semula fungsi, corak pembangunan dan penjanaan aktiviti ekonomi untuk rakyat setempat..

Persoalannya bagaimana dan bila semua ini harus dilaksanakan?
Bagaimana pula dengan upaya idea, sumber, kekuasaan dan autoriti untuk menggerakkan transformasi tersebut.


Impian tetap ada, namun Insya-Allah perubahan Baling perlukan komitmen semua, yang pasti Baling kaya dengan aset flora dan faunanya, suasana yang damai. Sumber tenaga manusia yang punyai kemahiran tersendiri.


Baling boleh dimajukan dengan produk pelancongan alam semulajadi, sukan lasak,perubatan tradisional. Dapat dipacu menjadi pusat pengajian agama tersohor, Baling juga kaya dengan hasil setempat yang jika dibuat branding, packaging, marketing yang menarik pasti memberi nilai tambah.


Baling perlu keluar dari kepompong dan stigma yang kurang menyenangkan, sebut apa sahaja tragedi atau peristiwa buruk yang tercatat dalam sejarah negara, semuanya pasti bermula di Baling.

Anak-anak Baling yang jauh, dekat, cerdik pandai, usahawan, teknokrat, pimpinan agama, alim ulama, ahli politik, pentadbir yang berasal dari Baling bersama seluruh rakyat perlu gembleng tenaga agar Baling tidak terus dibaling dan terbaling dari arus kemajuan, pemodenan negara. Jangan lagi Baling terus terlindung dan hanya terpacul bila adanya peristiwa ngeri atau yang menyayat hati..

Baling tidak mampu Menangis lagi...






Saturday 28 May 2011

BADUT PARLIMEN

Parlimen adalah tempat bersidangnya dan pembahasan rang undang-undang negara dan yang paling mustahak bajet negara perlu diluluskan di Parlimen.

Sebagai dewan yang mulia dan terkandung 3 komponen utama yakni Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tatacara persidangan, perbahasan perlu dihormati.

Tingkahlaku ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula perlu menampakkan sikap matang, profesional, berhemah dan boleh dijadikan teladan, kerana kepakaran ahli Dewan amat diperlukan bagi menzahirkan dasar bermanfaat untuk rakyat.

Malangnya tingkahlaku sepertimana yang kita lihat di Parlimen Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong kini sudah berjangkit ke Parlimen Malaysia.

Tiga atau 4 tahun kebelakangan ini, ada ahli Dewan Rakyat yang kuat tidur, ponteng secara konsisten, ada yang terjerit-jerit ibarat budak hingusan mahukan gula-gula. Ada yang terloncat-loncat ibarat kera mendapat bunga.

Ada pula yang suka terpekik terlolong persis diserang histeria sepertimana yang banyak berlaku disekolah-sekolah agama.

Wujud juga watak badut, pelawak, aksi sarkas yang memual lagi memalukan, kadangkala bila Perdana Menteri berucap, tiada langsung rasa hormat, adab dilempar dan dibakul sampahkan..

Mungkin anda semua tahu siapa yang selalu menjadi 'badut di Parlimen' .Menghiburkan penonton namun malangnya si badut berkenaan tidak mengerti bahawa tingkahlakunya menggambarkan sikap kebodohan dan ketidakupayaan yang nyata sebagai Ahli Yang Berhormat..







Friday 27 May 2011

'MENGURUS SENTIMEN RAKYAT'

Prinsip demokrasi tulen menyatakan, 'pemimpin perlu mendengar keluhan rakyat; bukan sebaliknya. Tren terkini membuktikan 'politik pembangunan', 'projek mee segera' tidak lagi laris sebagai bahan jualan untuk menarik hati pengundi.

Lantas apa yang rakyat dan pengundi mahukan?
Mungkinkah mereka mahukan pemimpin yang jujur, ikhlas dan bersedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa mudah ditemui?

Mungkin juga mereka harapkan pemimpin bertaraf super yang boleh melangsaikan semua masalah rakyat dengan hanya menggosok lampu ajaib aladin?

Atau mungkin juga rakyat rindukan pemimpin yang boleh melaksanakan kurikulum KBSM-menziarahi kenduri, melawat orang  bersalin,orang sakit dan orang mati. Mungkinkah pemimpin yang tidak lokek dan mudah menghulurkan not-not kertas bernama wang kepada rakyat yang memerlukan akan disanjung dan diberi pujian?

Namun itulah warna-warni menjadi pemimpin, tidak semudah yang diduga. Amanah yang berat, tanggungjawab yang besar, perlukan daya energetik, kreativiti, dan kecepatan dalam membuat keputusan.
Apa pun jua, umumnya pemimpin yang dihormati dan disukai rakyat adalah dari kalangan mereka yang berjaya 'MENGURUS SENTIMEN RAKYAT'..


Apakah maksud 'MENGURUS SENTIMEN RAKYAT'?
Satu persoalan yang hanya boleh ditemui jawapannya melalui 'tindakan' dan 'impak dari tindakan' yang dilakukan pemimpin itu sendiri..

*komen anda di Blog ini akan terus ke wall Facebook secara automatik.
Powered by  & 









Thursday 26 May 2011

CANDU SUBSIDI

Perkataan subsidi seolah-olah menjadi kata keramat dan kadangkala ditakuti apabila adanya kenyataan dari pihak pemerentah kemunkinan subsidi bakal diselaraskan.


Subsidi juga dalam kebanyakkan hal seolah olah dijadikan tongkat keramat oleh bangsa melayu, lalu timbul satu tanggapan songsang yang menyatakan tanpa subsidi melayu akan gagal bersaing, isunya benarkah begitu?

Bukankah ramai petani, peniaga, pekilang, usahawan dan pelajar melayu yang berjaya kerana inisiatif kendiri dengan peranan subsidi hanya mengambil tempat pada tahap yang minima? Sepatutnya kejayaan sebegini dihebahkan bagi membuang kepercayaan umum bahawa tanpa subsidi rakyat akan susah dan negara akan hancur.

Kepercayaan karut ini samalah seperti tanggapan masyarakat bahawa PAS itu Islam dan PKR itu perjuangkan keadilan. Tanggapan salah ini telah menjadi barah yang kian merebak dan dalam jangka panjang mampu melemahkan saraf survival masyarakat.


Lebih malang golongan yang paling banyak menerima faedah subsidi menjadi golongan yang cukup kuat menentang kerajaan dan konsisten pula membangkang apa saja dasar kerajaan, ini telah memberikan mereka faedah besar, barangkali satu kajian mendalam perlu dibuat perihal ini.

Barangkali juga kewujudan kelompok angkuh, sombong dan ego ini sikap mereka yang mahu mentertawakan kelompok lain yang menerima subsidi, lantas mereka menjadi manusia yang tidak mengenal erti dan konsep bersyukur, berterima kasih dan kurang pula muhasabah diri, memikirkan bertapa beruntungnya mereka selama ini.

Dengan tanggungan subsidi kerajaan pada tahun ini bakal mencecah rm23 bilion dan dijangka meningkat keangka rm40 bilion, bayangkan apakah subsidi ini membawa lebih banyak kebaikan ataupun keruntuhan dan hanya dengan penilaian yang adil barulah pendapat kita menjadi lebih tertib, praktikal dan ada hujahan ilmu.

Bukannya seperti kenyataan ambil kesempatan dan wacana retorik yang sering dilontarkan pas, pkr dan dap. Mereka hanya bijak membangkang sehinggakan selalunya mereka sendiri keliru dan tidak faham apa yang mereka sedang bangkangkan.

Munkin juga golongan ini dilanda sinrom 'CANDU SUBSIDI' jika sehari tidak menyebutnya, mengulas tentangnya mereka akan ketagihan dan menjadi tidak bermaya sama seperti penagih dadah yang ketagihan atau morfin.







Tuesday 24 May 2011

MENANGKIS SERANGAN SAIKOLOGI...


 Bermula PRU 2008, di antara elemen propaganda yang berjaya dipasakkan ke minda rakyat adalah kononya Pakatan Rakyat bersedia untuk berkongsi kuasa, berlaku adil seadilnya, kerana seperti kataAnwar, 'anak melayu anak saya, anak India anak saya, anak Cina anak saya dan anak Shamsidar juga mungkin anak saya".
Serangan saikologi tatkala itu adalah "mengundi MIC, MCA dan Gerakan bermakna mengundi UMNO untuk menjadi bigbrother'.

Ironinya, sentimen perkauman secara tidak langsung telah dipalu. Dengan PKR menjadi penghubung bagi PAS dan DAP serta sikap kurang agresif PAS dalam mempertahankan impian Daulah Islamiyah dan hududnya, maka DAP dan PKR lah menjadi rakan paling untung.Pilihanraya umum DUN Sarawak baru-baru ini menjadi bukti..

Sekali lagi Anwar menjadi master mind, mencatur dan hanya menjadikan kerajaan pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sebagai boneka, sementara di Kelantan, pengaruhnya tetap terasa.

Rumusannya kekuatan Melayu telah dipecah belahkan, strategi dan istiqamah PAS yang selama ini menjadi pengimbang yang cukup ampuh kepada UMNO untuk melaksanakan dasar Islamisasi berjaya didiamkan. Parti-parti komponen telah dijadikan bertaraf 'no class' dan dijauhi bukan Melayu hanya kerana mereka dikatakan dikuasai oleh big bro yakni UMNO. Strategi dan serangan saikologi ini dilihat berjaya dan inilah bakal diulangi dalam PRU ke-13..

Inilah hebatnya serangan saikologi kesan caturan strategi yang dinasihati oleh elemen Yahudi, PKR pasti gelak sakan, DAP, bertepuk tangan, yang rugi dan yang bakal menyesal tentulah Melayu yang kian kempunan..

Barangkali untuk sekian kalinya kita wajar ungkapkan kembali istilah, 'JANGAN BUMI DIPIJAK MILIKNYA ORANG' dan 'HEBAT BERSORAK DAN BERTEKAK, KAMPUNG TERGADAI'.

'Selamatkan Malaysia'









Sunday 22 May 2011

KAIN PUTIH JANGAN DICEMARKAN...

Had umur bagi sertai parti politik dari sudut kehalian adalah 18 tahun.

Telah kedengaran banyak cemuhan bahawa parti pemerintah BN sering salahgunakan premis awam, misalnya sekolah, dewan orang ramai dan anak-anak sekolah untuk tujuan politik. 

Namun perkara ini tidaklah pula dibesarkan bila mana parti lain memperalatkan kanak-kanak yang tidak berdosa untuk sertai perhimpunan yang juga berbaur politik atas nama HIMPUNAN PEMUDA parti tertentu yang berslogankan Islam.Perkara ini tidak pula menjadi satu dosa apabila kanak-kanak di TASKI atau SRIDU yang dibina dan diurus oleh parti berlabel Islam menanam sentimen benci sesama Islam terhadap kanak-kanak terbabit. Malah kanak-kanak yang belajar dipusat-pusat ini ada yang didera, dipukul sehingga menemui ajal sepertimana yang berlaku di Sekolah Rendah Islammilik parti berkenaan di sebuah negeri utara.

Malah lebih malang apabila kanak-kanak yang tidak berosa itu dan masih 'hijau' dan sewajarnya dibangunkan minda mereka dengan 'ilmu pengetahuan' dititipkan dengan 'political education' dan indoktrinasi yang cukup bahaya persis ajaran komunis dan occult.

Lebih  mengharukan anak-anak yang sepatutnya masih dibangku sekolah dikerah menjadi hamba-hamba bertara 'kuli' dan buruh untuk menjual kismis, air jampi, kalendar atas nama mencari dana bagi tabung sekolah mereka.

Dan eksploitasi ini berterusan tatkala kempen pilihanraya umum atau kecil, bila anak-anak yang masih berstatus kain putih dicorakkan oleh ibu bapamereka yang ego lagi sombong atas dasar taksub kepartian untuk mengendong parti tertentu..Ada yang berlambangkan 'roket' dan juga bulan mengambang.

Suatu ketika dahulu ketika Tragedi Memali,1985, kanak-kanak adalah antara mangsa yang dijadikan perisai bagi menahan usaha pasukan keselamatan untuk mendekati pengikut Ustaz Ibrahim Libya.

Dalam beberapa siri demonstrasi anjuran pembangkang, kanak-kanak jelas kelihatan sama ada dibawa oleh ibu bapa mereka ataupun sengaja diramaikan bagi mengendurkan pergerakan pasukan keselamatan mengekang asakan para demosntrator yang jelas bukan sahaja menjejaskan punca pendapatan peniaga, penjaja, penyebab kesesakan lalulintas, malah memecah kemanan awam. Satu tingkahlaku yang amat tidak serasi dan bukanlah tindakan yang digalakkan ajaran Islam.

Sampai bila kanak-kanak akan terus menjadi bahan eksploitasi, hanya ibu bapa yang waras dan faham akan keperluan dan tabiee kanak-kanak sahaja boleh menjawabnya. Mahukah kita mengisi dunia kanak-kanak dengan elemen keseronakan, pengisian ilmu pendidikan, sosialisasi yang harmoni bersama rakan sebaya mereka atau mengajar mereka elemen kebencian?.

Dihadapkan dengan situasi huru hara dan menerapkan pengajaran untuk membenci pemimpin itu dan memaki pemimpin ini.
* TAKZIAH kita ucapkan di atas kembalinya kerahmatullah anak-anak yatim di Hulu Langat yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di pusat kediaman mereka..Al-Fatihah...

kredit DrSS








KAIN PUTIH JANGAN DICEMARKAN...

CARLSBERG Malaysia recently launched the ‘Back to School’ project 
Coming soon this evening in Malay language.

Friday 20 May 2011

SENSASI DAN KONTROVERSI ITU YANG DIMINATI


Di antara azab siksa neraka yang diperlihatkan kepada Rasullulah s.a.w semasa di Mikrajkan ke langit adalah siksaan kepada golongan yang suka mengumpat.

Dalam pembudayaan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, lebih 48 buah majalah hiburan picisan menjadi antara majalah yang digemari.Walhal isu yang disajikan hanyalah cerita hantu, hiburan dan seks semata-mata.

Rating bagi rancangan Melodi yang disiarkan setiap Ahad jam 12.30 di TV3 yang menyajikan isu-isu sampah dan tidak menyumbang kepada pembinaan minda bangsa mencecah lebih 1.7 juta penonton bagi setiap siaran.

Books on Politics - Mathematics and Politics: Strategy, Voting, Power, and ProofDalam konteks perbincangan sesama rakan, isu gossip adalah antara bahan yang paling menarik untuk kita perkatakan. Orang itu tidak betul, orang ini jahat dan berbagai lagi.Pernah dikatakan antara pepatah Melayu moden 'hidup ini cukup indah bila dapat melakukan dua perkara 'makan percuma dan mengata orang'.

Budaya politik Malaysia juga menyaksikan bagaimana pentas ceramah atau kempen piihanraya dihiasi dengan ceramah maki-maki, kata mengata sepanjang masa,aibkan peribadi termasukah dongengan cerita yang bukan-bukan. Kurang sekali ahli politik yang berjaya mengungkapkan idea besar dan pemikiran hebat.Kerangka pemikiran dan tindakan yang boleh menyelesaikan permasalahan rakyat..

Golongan intelektual pula hanya gah dengan sijil menggunung tinggi namun mereka juga tidak terlepas dari suka menggosip antara satu sama lain.Bahkan dikhabarkan bahawa tatkala mahu melobi jawatan tinggi seperti Dekan, Pengarah atau Naib Canselor universiti, golongan yang dikatakan tinggi ilmunya ini juga tidak terlepas dari mengamalkan budaya surat layang, kata mengata, fitnah dan menggunakan khidmat bomoh siam.

Books on Politics - The Politics of Individualism: Parties and the American Character in the JacksonLaman sosial seperti facebook, twitter dan blog yang seharusnya menjadi wahana rangkaian hubungan sosial dan paparan hujah dan idea yang bernas kita disaluti dengan sumpah seranah fitnah atau kata mengata yang tiada penghujung..

Demikian juga pemimpin yang banyak berjasa, sekali kesilapan dilakukan, jadi ungkitan dan sumpahan sepanjang zaman..Perihal bakti, budinya, jasanya yang telahpun diusahakan zaman berzaman tidak langsung disebut, malah terus dilupakan...

Barangkali inilah yang dikatakan...'MELAYU MUDAH LUPA'.








Thursday 19 May 2011

JAMINAN UMAT MENUJU SYURGA ?


SERTAILAH PAS:
JAMINAN UMAT MENUJU SYURGA?



Bangsa Melayu cukup mudah terpegun dengan imej serban, jubah, janggut dan kebolehan individu membaca doa yang panjang.


Samalah seperti terpegunnya Melayu apabila mendengar celoteh penjual ubat dan penganjur skim cepat kaya.
Melayu dalam apa jua keadaan inginkan hasil bagi sesuatu kerja yang dilakukannya melalui jalan pintas.Mereka malas untuk berusaha, kurang gigih, kurang sabar dalam melakukan kerja mereka.

Buktinya 80% pengunjung restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan Mcdonalds adalah Melayu, dan melalui kuasa beli pengunjung Melayu restoran makanan segera berkenaan mencatatkan perolehan jualan lebih RM4 bilion setahun.

Di musim perayaan juga, ramai Melayu yang sanggup membunuh diri dijalan-jalanraya hanya kerana tergesa-gesa mahu pulang segera ke kampung untuk beraya.

Bangsa ini juga terburu-buru dan mudah percaya apabila diauta oleh pemimpin pujaan mereka tanpa mahu berfikir, muhasabah diri dan melakukan kajian mendalam.

Sebab itu pada ahkirnya yang sanggup berbaring di atas jalan, membuat kecoh dimasjid, melakukan huru hara dengan menjadikan PDRM sebagai musuh utama adalah bangsa Melayu yang sudah ramai  terkena dan tertipu dek dirasuk hantu raya.

Dan andaian ini menjelaskan kenapa ramai Melayu menyokong Pas, mengundi PAS, simpati pada PAS, mungkin kerana sikap asasi bangsa Melayu yang segala-galanya mahu cepat dan mudah.

Dengan menyokong PAS, mungkin Melayu merasa mudah atau akan diberi laluan yang tidak begitu sukar bagi mencium seterusnya menjejakkan kaki ke syurga..impian semua umat Islam.


Namun cukupkah sekadar menyokong sebuah gerakan Islam yang sikap dan tindak tanduk mereka banyak yang bercanggah dengan ISLAM.Islam yang bagaimana sebenarnya yang ingin kita bangunkan? Islam celupkah?, Islam sebenarkah sepertimana ajaran dibawa Rasullulah s.a.w.?

Apakah dengan mengundi PAS, jaminan syurga terbentang, di mana nas, dalil naqli, dalil aqli, pandangan ulama muktabar yang mengesahkan perkara ini. Apakah ada disebut di dalam hadis, dihuraikan secara panjang lebar oleh Imam Maliki, Hanafi, Shafie dan Hambali?

Jika sikap, hati,niat tidak betul, lalai dalam solat, culas dalam berpuasa, memakan harta anak yatim, memusuhi saudara seagama, kafirkan umat Islam yang lain, mengeluarkan fatwa mengikut selera, malas membayar zakat, apakah hanya sekadar dengan mengundi dan menjadi ahli PAS, semua dosa yang tercatit mampu diampunkan oleh Allah s.w.t.
Dan paling menghairankan berapa ramai yang sudah mengundi PAS, menyokong PAS, sudah terjamin dan sudah berada di pintu syurga?

Marilah bersama kita mendoakan kesejahteraan seluruh saudara kita yang berada di dalam jemaah PAS, mudah-mudahan akan bertemu titik persamaan yang memungkinkan umat Islam di MALAYSIA bersatu hati dan tidak lagi memusuhi sesama sendiri.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahawa seorang badui datang menemui Rasulullah saw.
lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang apabila aku lakukan, aku akan masuk surga. 

Rasulullah saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan solat fardu, membayar zakat dan puasa Ramadan. Orang itu berkata: Demi Zat yang menguasai diriku, aku tidak akan menambah sedikit pun dan tidak akan menguranginya. Ketika orang itu pergi, Nabi saw. bersabda: Barang siapa yang senang melihat seorang ahli surga, maka lihatlah orang ini. - Sahih Muslim





Wednesday 18 May 2011

ISU RAKYAT TERABAI, PERIHAL ANWAR DITABAL



1. Anwar harus dipuji sebagai strategis politik unggul abad ini.

2. Hanya kerana perihal peribadi, habis seluruh rakyat dimangsakan,masjid dicerobohi dengan gerombalan juak dan pengikutnya, mahkamah menjadi sarang dan tumpuan penyokongnya berdemonstrasi. Institusi penguatkuasa diperlekah, para bloggers tidak menoleh, video seksnya diangkat, dipuja ditontoni entah berapa juta pelayar youtube dan live stream.

3. Peliknya ramai dari kalangan kita menari mengikut rentak gendang yang dipalu Anwar.

4. Dek kerana terlalu asyik fokus pada isunya, kita terlena sebentar dari melihat isu sebenar yang menimpa rakyat. Nasib peniaga Melayu yang terumbang ambing menjadi mangsa diskriminasi di Pulau Pinang.


5. Dana awam yang kian hari dikikis atas nama pelbagai oleh parti Islam di Kedah termasuk cubaan merompak secara sah dana institusi pengajian tinggi.

6. Penyelewengan demi penyelewengan di Selangor, bermaharajalelanya DAP dalam menyanggah apa jua peruntukkan yang melibatkan keistimewaan Melayu/Islam serta perkara yang sudah dipersetujui dalam rangka perlembagaan.

7. Beban kos sara hidup rakyat yang kian mencanak naik, perihal gejala sosial, jenayah bersenjata yang kian membimbangkang.

8. Namun semua orang dilihat lebih sibuk hanya kerana isu melibatkan seorang individu 'anugerah Tuhan' bernama ANWAR BIN IBRAHIM.


9. Barangkali, kita semua harus fokus kembali kepada peranan dan tugas sebenar kita, mendokong aspirasi rakyat, menjaga kebajikan masyarakat dan menjulang pengharapan bangsa..bukan lagi terlena dan asyik dibuai dengan isu yang disendaloka demi sekadar mahu pertahankan insan bermasalah.






Tuesday 17 May 2011

PAS MEMANG HEBAT SEBAGAI PEMBANGKANG…


1. Semenjak PRU pertama 1959, peranan parti pembangkang di Malaysia lebih bersifat ‘oppose’(menolak) atau membangkang ‘semua perkara’.

2. Malangnya dalam proses membangkang, tidak pula pernah diusulkan cadangan alternatif lagi membina.

3. Lantaran itulah pembangkang di negara ini secara tipikal mengamalkan budaya ‘destructive criticism’. Bukannya bangkangan membina atau ‘constructive critism’.

4. Realiti ini berbeza dengan budaya demokrasi di Great Britain dan Amerika Syarikat. Masyarakat politik di sana dikatakan telah mencapai tahap kematangan politik yang tinggi. Peranan parti pembangkang lebih bercorak pengimbang. Mengimbangi apa jua dasar-dasar yang dilaksanakan pemerintah.

5. Dalam masa yang sama pembangkang berupaya menyediakan pilihan dasar dan pendekatan praktikal untuk disajikan sebagai kepada rakyat.

6. Lantaran itu apabila parti pembangkang naik menjadi kerajaan mereka dilihat ‘tahu apa yang mahu dilakukan’ dan ‘mampu melakukan apa yang diamanahkan’.

7. Bandingannya jauh berbeza dengan parti pembangkang di Malaysia. Kejayaan PAS mengemudi Kelantan selama 20 tahun tidaklah berupaya untuk menjadikan negeri tersebut sebuah model negeri Islam tulen yang lengkap amalan Islamisasinya dalam semua bidang sepertimana saranan Al-Maududi(antara tokoh gerakan Islam yang dipuja pendokong PAS).

8. Malah prinsip asas Islam, misalnya soal kebersihan masih menghantui negeri berkenaan.Walhal Islam secara jelas menekankan ‘kebersihan adalah sebahagian dari iman’. Namun yang peliknya di Kelantan, bekalan air bersih, persekitaran yang kurang kondusif dan tandas awam serta tandas di Masjid masih berada pada tahap yang menjengkelkan.

9. Di Kedah, janji seribu janji yang dilontarkan menerusi manifesto ‘KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA’ setelah 3 tahun baru disedari PAS, bahawa implementasinya tidak semudah kata-kata.

10. Malah mengikut getusan hati YAB Ustaz Azizan dalam satu temubual dengan akhbar harian secara jelas menyatakan, ‘banyak janji manifesto yang tidak praktikal dan disedari tidak boleh dilaksanakan di Kedah’.

11. Jika demikian, kenapa tidak dibuat kajian terlebih dahulu sebelum berjanji? Apakah manifesto berperanan sebagai road-map ke arah memajukan negeri atau sekadar dokumen tipu helah menyedapkan hati pengundi?

12. Bukankah berbohong itu amalan yang cukup dikeji disisi Islam? Di mana prinsip tanggungjawab sebuah gerakan Islam seperti PAS apabila melaksanakan kaedah ‘tujuan menghalalkan cara’ dengan membuat janji yang disedari mereka mustahil untuk dipenuhi?

13. Yang jelas, tanpa kepakaran, pengalaman, sumber yang banyak, daya pengurusan yang cekap, gerak hati yang tepat,keupayaan memahami pelbagai kehendak masyarakat, maka pentadbiran negeri tidak boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

14. Maka, lontaran soalan mudah harus dikemukakan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah..Setelah 3 tahun menguasai kerajaan, sudah berapa ramai yang telah disejahterakan? Merasa nikmat sebenar dari sudut pembangunan, tingkat pendapatan, peluang pekerjaan,pengurangan kadar kemiskinan, pertumbuhan kemakmuran ekonomi, dan kemajuan rohani?

15. Sebaliknya, isu-isu asas seperti kutipan sewa rumah kos rendah, kenaikan tariff air, projek keli yang tidak menjadi, kenaikan cukai pintu, isu Maahad Tahfiz Insaniah,rebat cukai tanah UUM, pemberhentian bayaran bil air di pejabat Pos, gagal dikelolakan dengan berhemah walhal sudut penyelesaiannya cukup mudah.

16. Jika perkara yang kecil sebegitupun gagal ditangani, lantas bagaimana perkara yang lebih makro dan sukar sifatnya seperti kemajuan ekonomi negeri, upaya membawa masuk pelaburan asing dapat dirungkaikan oleh PAS dan rakan pakatannya di Kedah?

17. Termampukah kerajaan PAS secara jujur menjawab segala kelemahan angkara perbuatan mereka sendiri???






Monday 16 May 2011

YANG MUDAH JANGAN DISULITKAN


Dalam sebuah negara demokrasi ,di antara keutamaan sikap pemimpin ialah  mendengar keluhan  rakyat. Tidak cepat melatah,panas baran, tidak emosional , tenang, berhemah  dan mampu membuat sesuatu yang betul.

Aspek yang kedua penting dalam soal pengurusan negara ialah keupayaan pemimpin menggunakan kuasa yang telah dimandatkan rakyat secara wajar dan adil. Pemimpin seringkali dihadapkan dengan satu tugas berat yakni pilihan di dalam membuat keputusan. Saban hari pemimpin akan menghadapi seribu satu macam persoalan yang memerlukan dirinya membuat keputusan.Dan keputusan yang dibuat pula bakal mengundang risiko baik buruk kepada rakyatnya.

Maka apabila pemimpin menyerahkan kepada pihak lain untuk membuat keputusan yang sepatutnya boleh dilakukan olehnya dan berada di bawah bidang kuasanya, maka natijah menyebabkan pemimpin tersebut  dipandang lemah dan dianggap bersikap lepas tangan.
Mengambil dua prinsip ini, maka apabila diterjemahkan dalam kes rebat cukai tanah yang dipohon UUM kepada kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS, tiga rumusan boleh dibuat:



1)      Menteri Besar Kedah gagal mengupayakan kuasa yang dimilikinya kerana menyerahkan kepada pihak PTG untuk membuat keputusan berhubung enam kali rayuan yang dikemukakan pihak pengurusan UUM.Penolakan pintu rundingan seperti yang disahkan oleh MB dalam kenyataanya diakhbar tabloid Sinar Harian, 11 Mei 2011 membuktikan, prinsip musyawarah tidak dipraktitkan dalam amalan sebuah kerajaan yang kononya mendakwa menjadikan Islam sebagai teras dalam segala tindakan.

2)      Kerajaan Barisan Nasional terdahulu lebih berhemah, rasional dan peka dalam memahami peranan serta fungsi UUM yang telah menyumbang bagi pertumbuhan ekonomi setempat melalui konsep ekonomi limpahan.Alasan inilah yang menyebabkan rebat cukai tanah selama 2 tahun diberikan dari tahun 2006-2008.

3)      Jika rakyat Kedah mahukan kebajikan anak-anak mereka yang belajar di UUM terus terbela, justeru dalam konteks Pilihanraya Umum akan datang adalah menjadi kewajaran Barisan Nasional dinobatkan kembali sebagai kerajaan. Agar keistimewaan rebat cukai tanah kepada UUM dapat diteruskan. Selain bayaran lebihan yang telah dibuat oleh pihak UUM semasa pemerintahan Kerajaan PAS di Kedah boleh dikembalikan untuk manfaat pelajar apabila BN mengambilalih tampuk kerajaan di negeri Jelapang Padi nanti.


Persoalan ini wajar menjadi  agenda penting untuk BN Kedah dalam merangka manifestonya khusus di Kedah dalam menghadapi PRU akan datang. Bidang pendidikan melibatkan kepentingan semua tanpa mengira fahaman politik, ideologi, keturunan dan latarbelakang kaum dan agama.
Justeru keupayaan BN Kedah untuk menggarap dan memperjuangkan isu-isu pendidikan dapat membuka ruang yang lebih luas bagi rakyat untuk lebih meyakini BN, sesuai dengan tradisinya iaitu ‘MEMBELA RAKYAT’..Pilihan ditangan anda!!!!!..Sama ada BN mahupun masyarakat seluruhnya..